Bacaan Alkitab Hari Ini : Hakim-hakim 11-21
Ahad, 29 Ogos 2021
“Sedang di kamarnya ada orang bersiap-siap. Kemudian berserulah perempuan itu kepadanya: “Orang-orang Filistin menyergap engkau, Simson!” Tetapi ia memutuskan tali-tali busur itu seperti tali rami yang terbakar putus, apabila kena api. Dan tidaklah ketahuan di mana duduk kekuatannya itu. “
(Hakim-hakim 16: 9)
Tuhan mempunyai rancangan untuk Samson. Dia harus diasingkan dan dikuduskan untuk Tuhan sejak dia dilahirkan dan akan melepaskan Israel dari tangan orang Filistin.
Simson menjadi hakim terhadap orang Israel selama 20 tahun dan pada umumnya melakukan apa yang Tuhan rancangkan untuknya meskipun banyak kekurangan karakternya. Boleh dikatakan bahawa apa yang membuat Simson boleh bertahan selama bertahun-tahun adalah kerana dia mengetahui ikrar nazarnya dan mentaatinya hampir sepanjang hidupnya.
Dia mendapat keyakinan dari Tuhan kerana mengetahui bahawa dia tidak boleh memotong rambutnya kerana ianya adalah sumber kekuatannya dari Tuhan. Akan tetapi, keyakinan pada Tuhan ini menyebabkan dia yakin pada diri sendiri, bangga dan menganggap dari dirinya sendiri adalah sumber kekuatannya dan memberitahu rahsianya kepada Delila. Ketika dia bangun dari tidurnya, dengan rambutnya telah dipotong oleh orang Filistin, dia masih berfikir bahawa dia dapat mengalahkanorang Filistin, dia tidak tahu bahawa Tuhan telah meninggalkannya.
Sebagai orang percaya yang dewasa rohani, kita seharusnya tidak terperangkap ke dalam perangkap keyakinan diri ini. Hari demi hari, kita perlu mengenal Tuhan, pekerjaan- Nya dan janji-janji-Nya dalam hidup kita dan percaya kepada Tuhan, percaya kepada Dia untuk segala-galanya. Kita harus ingat bahawa semua yang baik tentang kita adalah dari Tuhan saja.
Doa Hari Ini :
Berdoa agar kita belajar menyingkirkan segala sesuatu yang menghalang dan melemahkan kita dan sebaliknya, tetap bergantung pada Dia sehingga kita akan diberi keupayaan untuk melakukan semua hal melalui Dia yang memberi kita kekuatan.
Berdoa untuk pasukan perubatan Malaysia yang telah memerangi pelbagai virus dan penyakit berjangkit di barisan hadapan, agar mereka berwaspada dalam perawatan dan perlindungan diri, dan kedamaian Tuhan akan menjaga fikiran dan hati mereka.
Berdoa agar kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) akan mengeluarkan cara-cara yang jelas untuk membantu suku masyarakat Orang Asli di Malaysia untuk membebaskan diri daripada lingkaran kemiskinan yang telah wujud selama berabad-abad.