Bacaan Firman Tuhan Hari Ini : 1 Samuel 7-16
Selasa, 31 Ogos 2021
“Ketika mereka turun sampai ke ujung kota, berkatalah Samuel kepada Saul: ““Katakanlah kepada bujang itu, supaya ia pergi mendahului kita, tetapi berhentilah engkau sebentar, maka aku akan memberitahukan kepadamu firman Allah.””
(1 Sam 9:27)
Kehidupan Raja Saul menonjol sebagai kehidupan penuh tragedi yang terdiri daripada serangkaian situasi dan keputusan yang, akibat dari perwatakannya yang bermasalah, menyebabkan kematiannya sendiri dan kematian orang-orang yang dikasihinya.
Dia bermula dengan baik, dengan iman sederhana yang bergantung kepada Samuel untuk menunjukkan lokasi keldai bapanya yang hilang. Dia ialah seorang pemimpin yang kuat dan berani, menang dalam pertempuran di Yabesh Gilead dan, setelah mengalami tangan Tuhan yang kuat dalam memberikan kemenangan kepada Israel, memberi kemuliaan kepada Tuhan.
Malangnya, banyak hal merosot dari sana untuk Saul, dan satu hal yang menonjol ialah kegagalannya yang berulang kali untukmematuhifirmandanperintahTuhan. Samuel berkata kepada Saul dengan ayat yang terkenal ini, “Sesungguhnya, mematuhi itu lebih baik daripada korban sembelihan...” (1 Sam 15:22 - AVB).
Dalam hidup kita hari ini, kita tahu pekerjaan Tuhan kerana kita melihat dan mengalami tangan-Nya yang kuat berkarya dalam hidup kita dan di gereja kita masing-masing. Namun, iman dan kepercayaan kita kepada Dia akan terbantut jika kita hanya bergantung pada peristiwa-peristiwa “perasaan baik” ini. Beberapa hari yang lalu, saya menulis bahawa iman kita akan dibangunkan dengan mengalami tangan Tuhan dalam hidup kita. Hari ini, saya ingin menambahkan bahawa iman kita akan tumbuh dengan cepat jika kita mengetahui firman-Nya, percaya pada janji- janji-Nya dan mematuhi perintah-perintah- Nya, sesuatu yang gagal dilakukan Saul.
Doa Hari Ini :
Berdoa agar kita menjadi kuat dalam memahami Firman Tuhan, baik melalui pembacaan firman-Nya, mendengarkan khutbah-khutbah berdasarkanFirman di gereja kita masing-masing, atau mendengar bimbingan Roh Kudus agar iman kita dikuatkan, memampukan kita untuk mencapai hal-hal besar untuk Tuhan.
Kajian Kesihatan dan Kematian Nasional terbaru menunjukkan bahawa setiap 3 dari 10 orang dewasa Malaysia berusia 16 tahun ke atas mengalami beberapa bentuk masalah kesihatan mental. Berdoa agar rakyat Malaysia menemukan cara untuk melepaskan tekanan mereka dan agar Gereja memainkan peranan yang berpengaruh dalam membantu orang-orang yang menderita dalam kesihatan mental.
Berdoa agar masalah pencemaran persekitaran yang dialami oleh masyarakat orang asli ditanggapi secara serius oleh pihak berkuasa yang berkaitan dan ditangani dengan cara yang adil dan pelaksanaan rancangan yang itu.