Bacaan Alkitab Hari Ini : 1 Samuel 27-31, 2 Samuel 1-5
Khamis, 2 Sep 2021
Jalan Daud untuk menjadi bakal raja Israel tidaklah mudah meskipun dia telah diurapi oleh nabi Samuel ketika masih menjadi seorang gembala yang muda (1 Sam. 16).
Saul (yang diurapi Tuhan) ialah raja dan Daud tahu bahawa dia harus menunggu masa Tuhan. Kehidupan Daud dalam beberapa tahun berikutnya terus menanjak.Ada beberapa kejadian di mana dia harus melarikan diri dari Raja Saul dan orang Filistin, tetapi masa penantian ini menjadi bahagian daripada proses bimbingan dari Tuhan, memberinya kesempatan untuk melayani di bawah pemerintahan raja Saul. Daud menghargai hubungan yang dia miliki dengan Tuhan dan memahami apa yang Tuhan lakukan untuk masa depannya.
Pelajaran yang harus dipelajari dari Daud sepanjang kejayaannya ini ialah jangan mencederakan orang yang diurapi Tuhan. Dia mempunyai dua kesempatan untuk melakukannya dan itu akan membuka jalan baginya untuk naik takhta sendiri, tetapi dia tidak pernah mengambil jalan itu (1Sam.24: 3-7; 26: 5-10). Daud tahu bahawa walaupun diurapi Tuhan ini tidak memberi hak kepadanya untuk mengambil nyawa orang lain, terutama ketika orang yang dia layani adalah yang diurapi Tuhan. Daripada mengambil tindakan itu sendiri, Daud percaya bahawa Tuhan akan berurusan dengan Saul.
Kejayaan Daud juga tidak mudah kerana dia kehilangan kawan terbaiknya, Yonatan (anak Saul). Hubungan mereka dapat digambarkan bukan hanya sebagai ikatan rohani tetapi juga hubungan perjanjian (1 Sam 18:3). Renungkan ratapan Daud atas kematian Yonatan dalam 2 Samuel 1:25-26.
Daud menggambarkan kasih sayang yang luar biasa antara Yonatan dan dirinya sendiri dalam keadaan yang paling tidak diingini. Itu ialah kasih sayang yang hanya boleh ada antara dua sifat mulia yang bersatu dalam takut akan Tuhan. Walaupun Yonatan ialah pewaris sah Raja Saul, dia tahu bahawa raja yang berikutnya telah ditunjuk oleh Tuhan secara ilahi.Yonatan juga memahami bagaimana Tuhan bekerja dan keadaan seharusnya tidak menghalang rancangan Tuhan untuk masa depan.
Doa Hari Ini :
Berdoa agar Tuhan menolong kita untuk tidak menggunakan kata-kata kasar pada mereka yang telah diakui sebagai yang diurapi Tuhan, dan supaya kita belajar daripada tindakan bijak Daud dalam menangani masalah ini, tunduk sepenuhnya kepada Tuhan dan kepada mereka yang telah Dia berikan memimpin ke atas kita.
Berdoa agar para pemimpin muda negara bangkit dalam arena politik yang akan mencari kepentingan awam dengan benar dan bukannya memanipulasi kekuasaan untuk keuntungan peribadi mereka.
Berdoa untuk suku Batiq (atau Batek) yang sebahagian besar menetap berdekatan dengan Taman Negara agar mereka bukannya mempertahankan komuniti yang berkongsi dan berdamai dengan roh dunia untuk menghindari kemarahan roh tersebut, tetapi akan datang untuk berkongsi kehidupan dengan Yesus, dan menerima perdamaian yang dijanjikan-Nya yang bukan daripada dunia ini.