Bacaan Alkitab Hari Ini: 2 Samuel 6-15
Jumaat, 3 Sep 2021
Daud dan Batsyeba - nama mereka saling berkaitan selama-lamanya. Kisah mereka adalah salah satu kisah yang paling terkenal. Sementara, filem, buku, dan drama telah ditulis dan dihasilkan untuk menceritakan bagaimana Daud jatuh, hanya sedikit yang dicatat tentang Batsyeba.
Peranan apa yang dimainkan Batsyeba dalam perselingkuhan ini? Tidak tercatat di dalam Kitab Suci. Ia tidak memberi kita jawapan dan satu-satunya fakta yang diberikan adalah bahawa Daud adalah Raja!
Batsyeba telah menjadi ‘wanita berpengaruh’ yang paling mencabar untuk dikaji dan diketahui. Kita tidak mengetahui fikiran atau perasaan batinnya, dan sukar untuk menilai reaksi dan emosinya dengan tepat. Namun, dia memiliki peranan penting dalam kehidupan Daud.
Perselingkuhan yang nampaknya hanya berlaku satu malam ini membuat dunia Daud terbalik. Dia menjadi isteri yang disukai di istana dan akhirnya menjadi Ratu. Namanya terdapat dalam salasilah Yesus.
Batsyeba membantu menyelamatkan Kerajaan untuk anaknya Salomo ketika anak tirinya Adonia hendak merampas takhta. Jika itu berlaku, dan Daud mati, dia dan Salomo kemungkinan besar akan dibunuh. Itu adalah saat hidup dan mati dan dia harus bersuara dan memperjuangkan kehendak Tuhan untuk Kerajaan. Kata-kata yang dia ucapkan memerlukan keberanian dan keyakinan, kerana mengetahui bahawa akibatnya mengancam nyawa.
Pelajaran berharga yang dapat kita pelajari daripada kehidupan Batsyeba bukanlah apa yang terjadi pada kita tetapi bagaimana kita memberi bertindak balas ketika kita diminta untuk berbicara dalam keadaan yang sukar. Meskipun Batsyeba menjadi wanita yang berpengaruh, dia mengizinkan Tuhan untuk mengatasi kesukarannya untuk tujuan-Nya. Batsyeba menanggung banyak penderitaan, namun ia berhasil mengatasinya. Dia tahu peranannya dalam rancangan Tuhan dan mengingatkan Raja Daud apa yang telah Dia perintahkan, “Ia telah memilih anakku Salomo untuk duduk di atas takhta pemerintahan TUHAN atas Israel.” (1 Taw 28: 5)
Doa Hari Ini :
Bolehkah anda memikirkan suatu masa ketika anda perlu mengatakan sesuatu yang mungkin berisiko atau mahal dan anda melakukannya kerana itu adalah hal yang benar untuk dilakukan? Berdoa agar Tuhan memberi anda kebijaksanaan dan keberanian untuk menyatakan kebenaran dengan kasih dan belas kasihan bila diperlukan.
Wanita Malaysia merupakan 33% dari kumpulan pengurusan kanan iaitu di atas purata global menurut kajian IBR 2020. Berdoa agar setiap organisasi memanfaatkan dengan baik kualiti kaum wanita, dan agar wanita Kristian dapat menggunakan bakat dan pengaruh yang Tuhan berikan sepenuhnya dengan kasih.
Berdoa untuk suku Lahanan (atau Baram-Kenyah) di Sarawak yang percaya dan mengharapkan manusia luar biasa yang abadi, agar mereka akan mengabdikan kesetiaan mereka kepada Manusia Luar Biasa yang sesungguhnya, Yesus Kristus, Anak Tuhan yang abadi dan hidup kekal.