Bacaan Alkitab Hari Ini : Kejadian 21-30
Ishak memberikan tiga sumurnya kepada orang Filistin. Daripada berebut dengan mereka, dia menyerahkan haknya dan pindah untuk menggali yang lain. Dia mengabdikan kekuatannya bukan untuk mengesan kesalahan musuh-musuhnya tetapi mengejar jalan Tuhan. Sumur itu menjadi sumber untuk memuaskan dahaga orang Filistin. Ini mengingatkan kita mengenai air hidup Tuhan yang diberikan secara percuma kepada semua orang.
Nabi Yesaya mengeluarkan panggilan yang mendesak kepada orang-orang pilihan Tuhan yang dahaga dan tidak mempunyai wang untuk datang ke air dan untuk membeli dan makan dengan bebas tanpa kos (Yes 55:1-2). Mereka didesak untuk kembali kepada-Nya dan berpaling daripada cara-cara mereka yang memberontak, keras kepala dan tidak patuh.
Hari ini kita tidak lebih baik kerana godaan dan mengejar hal duniawi menumpulkan kepekaan kita, mengganggu dan menghalang kita daripada kepenuhan hidup yang Tuhan maksudkan. Daripada mendapatkan dari Tuhan, kita mengambil dari sumber dunia yang tidak dapat memuaskan kita atau menguntungkan jiwa.
Sehinggalah kita sedar akan kekeringan rohani atau kerinduan kita kepada Tuhan, kita tidak akan kembali kepada Dia yang memberi kita rezeki percuma. Air untuk memberi kehidupan, menyegarkan dan menyucikan; anggur untuk perayaan dan memberi sukacita; dan susu untuk pertumbuhan yang berkhasiat tersedia berkelimpahan bagi kita ketika kita melayani dan bekerja bagi Dia dalam penyerahan dan kerendahan hati, dengan semangat yang boleh diajar dan iman seperti anak kecil.
Kita perlu mengutamakan masa kita, fokus, cita-cita, dan sumber kita ke arah yang memiliki akibat yang kekal. Kita ialah bait suci-Nya tempat Roh Kudus berdiam untuk memberikan kehidupan kepada orang-orang di sekitar, membawa harapan bagi yang putus asa dan menghilangkan dahaga mereka yang mencari kebenaran dan kehidupan. Berseru kepada Dia sementara Dia masih dekat dan minum dari Dia, Sumber sejati kita!
Doa Hari Ini :
Berdoa agar kita akan mencari Tuhan di atas segalanya dan memberi keutamaan kepada masa, fokus, cita-cita dan sumber daya kita dalam hal- hal yang membangun atau menghasilkan nilai kekal Tuhan.
Berdoa agar gereja dan orang Kristian yakin akan siapa kita sebagai anak- anak Tuhan yang dijanjikan, dan agar kita tidak takut atau letih dengan apa yang berlaku di sekitar kita, tetapi akan berjalan dalam Roh dan percaya pada cara Tuhan mengendalikan masa-masa yang sukar di negara kita.
Berdoa agar kekurangan dalam sistem pengangkutan yang terdapat di perkampungan Orang Asli dan Orang Asal dapat di atasi dengan berkesan oleh pihak berkuasa tidak lama lagi.
Tuhan Yesus, kami percaya bahawa Engkau mempunyai cara-Mu untuk mengendalikan masa masa yang sukar di dalam negara kami Malaysia. Biar dalam waktu yang sukar ini, hidup kami menjadi seperti sumur yang menyimpan air kehidupan iaitu Tuhan sendiri yang dapat dinikmati oleh semua orang yang haus pada hari ini...