Bacaan Alkitab Hari Ini : 1 Raja-raja 1-10
Ahad, 5 Sep 2021
Bagaimana seseorang meninggal dunia menunjukkan banyak hal tentang bagaimana dia hidup. Perhatikan kata-kata terakhir yang dikatakan Daud kepada Salomo: “Aku ini akan menempuh jalan segala yang fana, maka kuatkanlah hatimu dan berlakulah seperti laki-laki.” (1 Raja-raja 2: 2). Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang peribadi dalam persepsi Daud?
Kenaikan Salomo menjadi raja jika dibandingkan dengan ayahnya, Daud, berbeza sama sekali. Kerajaan Salomo datang di atas pinggan perak. Dia tidak pernah berjuang atau berperang untuk menjadi raja dan tidak tahu apa-apa tentang perjuangan yang dilalui oleh Daud.
Kata-kata terakhir dari Daud penting kerana dia mengingatkan Salomo bahawa janji- janji Tuhan adalah sumber jaminan dan kekuatan (2:4). Orang yang tahu bagaimana “mempercayai dan mentaati” yakin bahawa Tuhan akan proaktif dalam urusannya dan terlibat dalam hidupnya. Akhirnya, untuk menegakkan keadilan memerlukan tanggungjawab untuk menunjukkan kebaikan kepada mereka yang layak menerimanya (2:7).
Salomo menyedari apa yang dia hadapi dalam memenuhi keinginan ayahnya. Dia perlu mencari lautan kebenaran yang besar ketika dia mencari kebijaksanaan dari Tuhan. Inti dari doanya dalam 3:9, “Maka berikanlah kepada hamba-Mu ini hati yang faham menimbang perkara untuk menghakimi umat- Mu dengan dapat membedakan antara yang baik dan yang jahat, sebab siapakah yang sanggup menghakimi umat-Mu yang sangat besar ini?”
Salomo tahu keterbatasannya dan ke mana dia harus bawa kekurangannya. Dia berpaling kepada Dia yang di dalam-Nya semua pengetahuan ditemukan, sumber semua kebijaksanaan. Kerendahan hati ialah pendekatan yang tepat, tetapi yang terpenting kata-kata terakhir ayahnya Daud, “...kuatkanlah hatimu dan berlakulah seperti laki-laki” harus pandang serius.
Apakah Daud akhirnya meninggalkan warisan yang luar biasa? Ya, dia melakukannya sampai pada titik ketika dia menyerahkan pemerintahan kepada Salomo. Meskipun Daud ditolak (sampai tahap tertentu) oleh saudara-saudaranya ketika dia masih muda, dia belajar untuk melayani Tuhan dengan setia dalam hal-hal yang sangat kecil dan, kerana dia mengenal Tuhannya, dia mampu selaraskan dan membiarkan Tuhan bekerja melalui hidupnya.
Doa Hari Ini :
Berdoa agar kita terus melangkah dan mengetahui hadirat Tuhan dalam hidup kita, dan kita akan mempunyai seseorang yang mengawasi kita untuk memastikan supaya kita tidak keluar daripada jalur Tuhan.
Berdoa agar sistem pendidikan Malaysia dapat menolong anak-anak kita berkembang secara holistik, bukan hanya memfokuskan kepada pembelajaran akademik dan latihan kemahiran mereka tetapi juga mementingkan perkembangan watak dan aspek kesihatan sosial dan hubungan.
Berdoa untuk pelayanan pemuda-pemudi dan anak-anak di kalangan suku Mendriq di Gua Musang, agar nilai-nilai dan perspektif Kerajaan Tuhan yang tepat akan ditanamkan dalam kehidupan generasi muda agar mereka dapat bertumbuh.