Bacaan Alkitab Hari Ini : 1 Tawarikh 16-25
Sabtu, 11 Sep 2021
Tema daripada segmen terakhir dari 40 Hari Doa dan Puasa adalah “Beristirahat dalam Tuhan”. Sekarang, kita berusaha untuk merenungkan apa saja cara yang praktikal untuk berdiam diri. 1 dan 2 Tawarikh menceritakan kisah monarki daripada masa pemerintahan Daud hingga perpecahan bangsa Israel menjadi dua buah negara yang bersaing. Bagaimanakah kita mengenal Tuhan dan berdiam seperti yang kita belajar daripada kehidupan raja-raja? Bagi Daud, dia melakukannya kerana hatinya yang dipenuhi dengan pujian dalam hadirat Tuhan.
Salah satu komponen Mezbah Doa kita ialah penyembahan. Semasa Daud membawa tabut Tuhan ke Yerusalem, dia dibawa ke dalam penyembahan. Berpakaian seperti penyembah yang lain, tanpa jubah bangsawan atau baju besi pahlawan, Daud menari dan memuji Tuhan di jalanan (1 Tawarikh 15:27-16:2). Isterinya, Mikhal, memandang hina, kelihatan seperti mencemuh Daud sebagai seorang fanatik agama. Tapi Daud tidak berfikir seperti pemerhati itu. Hatinya dipenuhi dengan pujian kepada Tuhannya. Tarian yang menggembirakan di hadapan Tuhan tidak dapat diabaikan; itu adalah sebahagian daripada penyembahan sepenuh hati.
Tawarikh juga mencatat mazmur yang diberikan Daud kepada Asap, pemimpin penyembahan, pada hari tabut itu dibawa ke Yerusalem. Dalam kata-katanya, dia mengingati siapa itu Tuhan dan menceritakan apa yang Tuhan telah lakukan untuk Israel. Tema utamanya ialah kebaikan, kemuliaan, kebesaran, dan keagungan nama Tuhan.
Pada saat anda menenangkan diri anda untuk menyembah Tuhan dan beristirahat di dalam Dia, renungkan Mazmur 96:1-13 dan lakukan hal berikut: - • Nyanyikan bagi Tuhan lagu baharu (nyanyikan dengan sukacita) • Renungkan Mazmur 96:1-13
Doa Hari Ini :
Isytiharkan kemuliaan Tuhan di antara bangsa-bangsa, dan keajaiban-Nya di antara semua orang (Mazmur 96:3) dan berdoa untuk orang yang anda kasihi yang belum menerima Kristus sebagai Penyelamat dan Tuhan peribadi mereka.
Berdoa untuk generasi muda Malaysia untuk memerangi masalah mementingkan diri sendiri dan sikap acuh tak acuh. Berdoa agar Tuhan menjadi pusat kehidupan mereka, dan agar mereka melihat dunia dengan perspektif yang saleh dan bukan kerana kepentingan diri sendiri.
Berdoa untuk suku Lanoh di Gerik dan Lenggong agar mereka menemukan cara lain untuk hidup kerana kehabisan sumber-sumber hutan, dan agar orang-orang yang percaya kepada Kristus dimuridkan dengan baik di dalam Firman Tuhan.