Bacaan Alkitab Hari Ini : 1 Tawarikh 26-29, 2 Tawarikh 1-6
Ahad, 12 Sep 2021
Sepanjanghampirlapandekadpemerintahan Daud dan Salomo, kekuasaan besar dunia yang biasanya menguasai Palestin berada dalam kemunduran. Mesir di selatan dan kerajaan Het di utara telah dimusnahkan dengan teruknya oleh Orang Laut, di mana orang-orang Palestin adalah salah satu cawangannya. Asyur lemah, dan Babel belum berkembang. Daud meninggalkan Salomo satu angkatan tentera yang kuat dan berkuasa yang tidak aktif dalam perkhidmatan. Dia mengembangkan hubungan perdagangan yang erat dengan orang Fenisia di Tirus dan membangun jaringan perjanjian dengan negara-negara di sekitarnya. Israel menjadi makmur semasa kekuatan dunia dikalahkan. Setelah kematian Daud, Salomo menjadi raja.
Salomo menunjukkan kasihnya kepada Tuhan, pertama dengan ketaatan, dan kedua dengan penyembahannya. Tuhan menampakkan diri kepadanya dan memberitahu dia untuk meminta apa pun yang dia inginkan. Salomo hanyameminta agar janji Tuhan kepada Daud ditepati dan supaya dia diberi hikmat untuk “memimpin umat-Nya yang ramai,” dan untuk membezakan antara yang benar dan yang salah. Permintaan ini menyenangkan hati Tuhan. Raja Salomo dijanjikan kebijaksanaan dan juga akan diberi kekayaan dan kehormatan.
Dengan berdiam dan beristirahat di hadirat- Nya melancarkan kuasa Tuhan untuk pelayanan. Tuhan menciptakan kita pada dasarnya sebagai makhluk rohani dan jasmani. Meskipun benar bahawa kita berhubung dengan dunia fizikal sebagai makhluk jasmani, kesedaran utama kita ialah pembentukan asas kita sebagai makhluk rohani. Salomo tidak meminta kekayaan atau kehormatan atau nyawa musuhnya, ataupun meminta umur panjang. Sebaliknya, dia meminta hikmat dan pengetahuan agar dia dapat mengadili umat Tuhan. Tuhan sudah tentu akan memenuhi permintaannya.
Doa Hari Ini :
Carilah tempat yang tenang di rumah anda atau di luar taman dan tetap tenang untuk merenungkan doa Salomo. Berdoalah agar anda mengenal Tuhan lebih lagi untuk memantapkan pelayanan atau panggilan anda.
Berdoa agar kerajaan kita menggunakan kebijaksanaan dan pengertian dalam memerangi pandemik dan pembelian serta pengedaran vaksinnya.
Berdoa agar pekerjaan penginjilan di kalangan suku Penan-Nibong di Sarawak akan berkesan, dan agar masyarakat Penan-Nibong akan menemukan penghiburan dan kekuatan dalam ketidaktentuan mereka ketika mereka menghadapi gangguan ekonomi dan sosial.