Bacaan Alkitab Hari Ini : Keluaran 21-30
Jalanilah kehidupan sehari-hari biasa anda— tidur, makan, pergi bekerja, dan berjalan-jalan — dan letakkan di hadapan Tuhan sebagai persembahan.... (Baca Rom 12:1-2)
Perintah dan hukum diperkenalkan kepada orang Israel di padang gurun, mencakupi hampir setiap aspek kehidupan mereka. Nampaknya mereka harus menjalani hidup mereka semula lagi, di bawah tuntunan yang baharu daripada Tuhan.
Pertaubatan dan transformasi adalah lebih daripada sekadar perubahan fikiran. Fikiran yang diubah memproses semua yang datang kepada anda, menyaring kehidupan melalui nilai-nilai Tuhan, selalu menyelidiki nilai- nilai anda, sambil mengizinkan Roh Kudus terus membentuk anda dari dalam. Kita melihat kehidupan melalui mata Tuhan!
Pertaubatan dan Transformasi Sejati adalah:
• Bukan hanya perubahan moral, kawan- kawan yang kita ada, atau sistem kepercayaan kita, tetapi juga perubahan pada inti pati cara kita menjalani hidup setiap saat - seluruh hidup kita.
• Tidak hanya mengakui dosa-dosa kita dan jatuh ke dalam perangkap moralistik.
• Bukan hanya tentang mengubah beberapa sikap luaran, mengatakan hal- hal yang betul, sementara batin kita, sistem nilai, dan sudut pandang dunia tetap mementingkan diri sendiri, egois, dan tidak bertanggungjawab. Anda tetap menjadi sebahagian besar orang Kristian “luaran”, menjalani kehidupan ganda di mana iman adalah mengenai keperluan luaran, lebih daripada perubahan hati dan fikiran yang sesungguhnya.
Pemahaman sejati tentang pertaubatan dan transformasi (Metanoia) akan memberi tenaga kepada seluruh hidup kita: doa, iman, hubungan, pengelolaan kewangan, perilaku dalam kehidupan awam & peribadi, integriti, pengampunan, dan banyak lagi. Itu akan diisi dengan kehidupan dan kasih Tuhan. Justeru di sinilah hidup-Nya mengambil alih, bahkan ketika hidup kita diserahkan kepada-Nya. Ini mendorong kita untuk melihat buah dari hati kita yang berubah, ketika kita senang hati dan berjalan di jalan Tuhan.
Doa Hari Ini :
Berdoa dan jemputlah Tuhan untuk menjadi pusat hidup anda sekarang sehingga transformasi dalam fikiran dan perilaku akan terjadi baik dalam kehidupan batiniah mahupun lahiriah kita ketika kita memberi respons kepada Firman-Nya yang hidup dan perintah-Nya.
Berdoa agar kita, Gereja Malaysia, menjadikan Tuhan sebagai pusat ibadah kita, dan agar kita menerapkan nilai-nilai Alkitabiah yang kita terima setiap hari, dan saling berhubungan dan bersekutu sebagai Tubuh Kristus dan hidup di bawah berkat-berkat kesatuan yang lebih sempurna.
Berdoa agar JAKOA, Jabatan yang secara khusus menangani urusan dan kepentingan Orang Asli, akan melaksanakan projek-projek yang membantu membangun dan mengembangkan prasarana kampung-kampung OA sehingga keperluan sebenar mereka dapat dipenuhi dengan segera.
Amen! Pertaubatan yang sejati secara dalaman tidak mudah dan tidak dapat terjadi dengan begitu sahaja. Justeru, pertaubatan adalah proses yang perlu dilatih sewaktu kita menjalani hidup sehari-hari. Tuhan Yesus, bantulah kami untuk terus hidup dalam pertaubatan dan transformasi sejati. Kami boleh kelihatan baik secara luaran tetapi hanya Tuhanlah yang boleh memahami setiap isi hati kami. Kami mahu terus hidup menyenangkan hati mu Yesus, amen. "Manusia melihat penampilan lahiriah, tetapi Tuhan melihat hati."- 1 Samuel 16:7