https://youtu.be/GTW5Wshfie4
Dalam keadaan apa pun, saya boleh betul-betul pegang teguh pada Firman TUHAN yang berkata kasih setia TUHAN yang kekal abadi ada buat saya, jadi saya boleh bersyukur! Haleluya! Puji Tuhan!
Mazmur 118:1
Bersyukurlah kepada Tuhan kerana kebaikan-NYA; kasih-NYA kekal selama-lamanya.
Doa:
Bapa kami yang di Syurga, terima kasih kerana kasih setiaMU dan kebaikanMU yang kekal abadi. Terima kasih kerana bila saya rasa binggung dan takut, atau rasa sakit hati, dalam keadaan sangat susah hati, satu kebenaran yang tetap ada bagi saya adalah Kasih setiaMU selalu ada buat saya. Tolong saya serahkan semua ketakutan, kebingungan, kesakitan, kepahitan kepadaMU dan tolong angkat beban berat itu daripada saya. Terimakasih TUHAN yang penuh Kasih dan Tuhan Mahakuasa yang pedulikan saya. Dalam nama Yesus, Amen.
amen, hallelujah. tatkala dunia sedang dihantui oleh pelbagai perasaan negatif gara-gara pandemic ini, luar biasa kita ini Anak-Anak Tuhan, dapat melaluinya serta masih dapat melihat kasih setia Tuhan yang luar biasa hebatnya. teringat saya akan kata Rasul Paulus kepada jemaat di Korintus: “Kami tidak menganggap kesanggupan kami bekerja datang daripada diri kami sendiri. Kesanggupan itu datang daripada Allah.” (2 Korintus 3:5) Alkitab Versi Borneo.
Amen ! Sudah berjaya !