Dalam hal ini tidak ada lagi perbezaan antara orang Yahudi dengan orang bukan Yahudi, antara abdi dengan orang bebas, antara lelaki dengan perempuan. Kamu semuanya menjadi satu kerana Kristus Yesus.
GALATIA 3:28 BM
https://bible.com/bible/402/gal.3.28.BM
Amen!
Apabila Yesus memberikan Amanat Agung, murid-murid Yesus yang berketurunan Yahudi, diberikan amanat untuk memuridkan semua bangsa. Di dalam fikiran mereka, orang Yahudilah yang berkedudukan lebih tinggi daripada bangsa yang lain. Tetapi mereka sedia memberitakan Injil kepada semua bangsa-bangsa yang lain, yang kebiasaannya, mereka pandang rendah. Lebih daripada itu, mereka semua sedia mati demi menyatakan injil kepada bangsa-bangsa lain. Paulus juga menyatakan : “Namun demikian, aku tidak berhak untuk bermegah dengan menyampaikan Injil kerana kerja ini telah menjadi kewajipanku. Malanglah aku jika tidak menjalankannya.” (1 Korintus 9:16 AVB)