Markus 2:18-22
Markus 2: 18Pada suatu masa ketika para murid Yohanes Pembaptis dan murid orang Farisi berpuasa, beberapa orang datang kepada Yesus lalu bertanya, "Murid Yohanes Pembaptis dan murid orang Farisi sedang berpuasa, mengapa murid-murid-Mu tidak?"
Di dalam Alkitab, amalan berpuasa tidak masuk dalam hukum atau perintah atau Taurat. Maksudnya berpuasa bukan sesuatu yang wajib kecuali di Imamat 23:27 dimana Israel di seru menahan nasfu pada hari Pendamaian. (Yom Kippur) Orang ramai berpuasa atas sebab2 yang tertentu. Misalan: semasa berkabung (2 Samuel 1:2) mengiringi doa (Kisah Para Raul 14:23) semasa kecemasan (Esther 4:16), Musa semasa dia bertemu dengan YHWH (Keluaran 34:28) amalan kehidupan beribadat Hana (Lukas 2: 37) Waktu sedih dan berdoa (Nehemiah 1:4). Di dalam petikan Markus ini, dua golongan orang Yahudi sedang berpuasa, bukan semua warga Yahudi. Kita pun tidak tahu apa sebabanya, mereka berpuasa.
Mari kita kaji jawaban Yesus Kristus.
1. Yesus tidak kata murid-muridNya tidak perlu berpuasa. Dia hanya jawab belum sampai masanya.
2. Yesus menjawab dengan kiasan (allegori.) (Allegori ialah sejenis perumpamaan atau parable ). Maksud kiasan ini ialah waktu Yesus bersama dengan muridNya, mereka tak patut berpuasa. Lepas dia, Yesus, tidak lagi bersama mereka, barulah mereka boleh berpuasa, bukan wajib berpuasa. Siapa pengantin lelaki? Kita kata pengantin lelaki ialah Yesus Kristus. Ini berasakan kata-kata Yohanes dalam Yohanes 3: 27- 29. Dan dari Efesus 5: 25 dan 2 Korintus 11:2, kita juga simpulkan bahawa pengantin lelaki ialah Yesus Kristus. Kedatangan Yesus Kristus ke dunia ialah masa sukacita (Mazmur 98, Luke 2:10-14). Pada masa sukacita orang tidak berpuasa. Berpuasa ada kaitan dengan berkabung dan kecemasan. Dalam perkahwinan, upacara itu tamat dengan para jemputan beredar. Dalam kiasan ini, pengantin lelaki di ambil dari para tetamu dan pengantin perempuan. Butiran ini ada kaitan dengan Yesus Kristus di tangkap dan hadapkan ke Sanhedrin dan ke Pilatus.
Yesus teruskan keteranganNya dalam ayat 21 dan 22. 21Tiada siapa akan menampal pakaian lama dengan perca kain baru, kerana tampalan baru itu akan mengecut dan semakin koyaklah pakaian lama. 22Begitu juga, tiada siapa menuangkan air anggur yang baru ke dalam kirbat kulit yang lama. Kalau dilakukan, air anggur baru akan memecahkan kirbat, dan kedua-duanya terbuang. Air anggur baru mesti dituangkan ke dalam kirbat yang baru."
Maksud kiasan ini ialah dia Yesus datang membawa ugama yang baru. Ugama baru ini ada kaitan dengan ugama Israel yang sedia ada, iaitu Judaisme. ( Kaitannya ialah Judaisme adalah Perjanjian Lama dan Yesus membawa Perjanjian Baru.) Amalan baru tidak boleh di tampal kepada Judaisme. Atau amalan baru dalam Perjanjian Baru tidak boleh masuk kedalam agama lama. Kalau kita campur aduk begitu sahaja, masaalah besar akan berlaku. Kedua-dua agama rosak.
Ada 3 applikasi buat kita pada zaman modern ini.
1. Kalau kamu tak erti apakah itu Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru, kamu patut hubungi kita untuk keterangan selanjut.
2. Untuk kita sekarang, tiada musim berpuasa ditetapkan. Orang berpuasa pada Lent ialah amalan tradisi gereja. Selain tradisi gereja, orang Keristian boleh berpuasa atas sebab2 yang tertentu. (Matius 17:21)
3. Kita harus tanya mengapakah Markus laporkan peristiwa ini. Ajaran pokok bukan ajaran mengenai puasa. Dalam petikan kita, soalan puasa ialah batu lonjatan untuk kesaksian oleh Yesus Kristus mengenai misiNya ke dunia ini. Kita boleh belajar bagaiman pakai situasi tertentu sebagai batu lonjatan untuk bersaksi.
Tuhan berkati.
Amen.