Shalom selamat pagi semua jemaat Tuhan. Jika kemarin saya telah membawa kita untuk merenungkan 3 perkara tentang :” Iman ditengah Pandemik” iaitu Iman yang Kreatif, Iman yang Proaktif serta Iman yang Sensistif. Pada pagi hari ini saya mahu memberkati kita dari sisi yang lain iaitu tentang 3 perkara juga iaitu :
A. Iman yang Tersaji. Apa Maksudnya ?
• Alkitab mengatakan bahawa Iman itu adalah Dasar dari segala sesuatu yang kita harapkan dan bukti dari segala sesuatu yang tidak kita lihat (Ibrani 11 : 1)
• Demikian jugalah dengan “Iman yang Tersaji”itu adalah Iman yang tak dapat dilihat, namun dapat terwujud. Jadi Iman yang tersaji itu adalah Iman yang dapat di Implementasikan dalam bentuk Tindakan Nyata. Bukan sekedar diperkatakan tetapi dilakukan (Yak 2 : 17)
• Dalam kondisi Pandemik saat ini, sebagai satu tindakan Iman yang Tersaji adalah, kita sebagai anak-anak KerajaanNya tetap mengikuti SOP yang berlaku, meskipun tanpa pengawasan. Itulah Gambaran Iman yang tersaji.
B. Iman yang Teruji
• Kata “Teruji”bererti keteguhan terhadap ujian. Iman yang teruji adalah sesuatu gambaran Iman yang telah mengalami berbagai Ujian.
• Alkitab senantiasa memberikan gambaran tentang “Iman yang Teruji”. Mulai dari Abraham sehinggalah Paulus, telah memberi kita berbagai pelajaran dan pemahaman supaya Iman yang kita milikipun tahan Uji. Kerana Iman yang Tahan Ujilah yang akan menang dalam Pencobaan yang kelak menerima mahkota kehidupan.
• Dalam Yak 1: 12 berkata : “Berbahagialah orag yang bertahan dalam pencobaan , sebab apabila ia sudah tahan uji, ia akan menerima mahkota kehidupan yang dijanjikan Allah kepada barang siapa yang mengasihi Dia. Oleh yang sedemikian , marilah kita sama-sama membina Iman yang ada pada kita supaya memiliki “Iman Yang Teruji”
C. Iman yang Terpuji
• Kata “terpuji” bererti memiliki kualiti yang terbaik, dan Cemerlang. Jadi “Iman yang Terpuji”, bukanlah Iman tanpa hambatan dan Halangan, tetapi, kita mampu menang meskipun banyak yang menghadang.
• Tuhan menghendaki supaya kita anak-anakNya,mampu menghasilkan Iman yang Terpuji, di tengah Pandemik.
• Kerana Allah sedang mencari Iman yang seperti ada ditengah Pandemik saat ini
Tuhan Yesus memberkati!
Pr Datin Rosmaida S-Justin
Terimakasih. Tuhan memberkati!