KISAH BENAR....
Pelari Kenya, Abel Mutai, hanya beberapa meter dari garisan penamat, tetapi keliru dengan papan tanda dan dia fikir dia sudah memenangi perlumbaan dan berhenti.
Seorang pelari Sepanyol, Ivan Fernandez yang berada di belakangnya menyedari apa yang sedang berlaku dan mula berteriak kepada Mutai untuk meneruskan lariannya. Mutai tidak tahu berbahasa Sepanyol dan tidak faham apa yang disampaikan oleh Ivan. Menyedari apa yang sedang berlaku, Ivan menolak Mutai supaya meneruskan lariannya menuju ke garisan penamat.
Seorang wartawan bertanya kepada Ivan, "Mengapa kamu melakukan perkara ini padahal kamu boleh menang?" Ivan menjawab, "Impian saya adalah pada suatu hari nanti kita dapat menjalani kehidupan bermasyarakat di mana kita mendorong diri kita dan saling membantu untuk terus berjaya." Wartawan itu menegaskan, "Tetapi mengapa kamu membiarkan orang Kenya itu menang?" Ivan menjawab, "Saya tidak membiarkannya menang, dia sudahpun menang. Perlumbaan ini adalah miliknya."
Wartawan itu bertanya lagi, "Tetapi kamu boleh menang!" Ivan memandangnya dan menjawab: "Tetapi apa erti kemenangan bagi saya? Apa dengan kehormatan pingat yang saya dapat? atau Apa yang akan difikirkan oleh Ibu saya?" Nilai apa yang kita ajarkan kepada anak-anak dan sejauh mana kita memberi inspirasi kepada orang lain untuk memperolehi kejayaan?
Sebilangan besar daripada kita hanya memanfaatkan kelemahan orang dan bukannya membantu untuk mereka terus berjaya.
Moral of the story: *Jangan mengambil kesempatan jika sahabatmu dalam kesesatan.Tapi hendaklah engkau saling menolong menemui jalan penyelesaian". Ingat Nama baik lebih berharga dari emas Perak.!!
Alkitab menjelaskan: Galatia 6:2- Bertolong-tolonganlah menanggung bebanmu! Demikianlah kamu memenuhi hukum Kristus.
Amsal 22:1 Nama baik lebih berharga dari pada kekayaan besar, dikasihi orang lebih baik dari pada perak dan emas.
Tuhan memberkati.
#berbagiberkatsetiaphari.....Elisa Joel
Amen ! Inilah pelajaran untuk kita hidup di dalam masyarakat. Saling membantu dan menghormati satu sama lain. Tq kerana mengongsikan ini .. blessings !!! 👍🏼👍🏼👍🏼