Markus 3:13-19.
Dari Markus 3:1-12, kita dapati 3 perkara: 1. Opposisi terhadap Yesus Kristus makin bertambah sehingga ada pihak yang mahu membunuh dia. 2. Kemasyhuran Yesus sebagai penyembuh mula bertambah dan ramai orang mencari dia. 3. Roh jahat mengenal dia sebagai Anak Allah.
Di tengah perlakuan-perlakuan ini, Yesus Kristus memilih muridnya. Dia memilih 12 murid untuk menjadi rasul. Mereka ditugaskan untuk memberitakan injil. Dan mereka di kurniakan dengan kuasa untuk mengusir ruh jahat. Antara yang dipilih ialah Yudas Iskariot yang kelak akan mengkhianati Yesus.
Yudas Iskariot ialah watak yang trajik. Dia dipilih oleh Yesus sendiri dan dialah yang akan jadi pengkhianat. Soalan yang timbul ialah: adakah Yesus membuat kesilapan. Jawaban: tidak. Yesus tak silap. Yesus tahu Yudas akan mengkhianatinya, tetapi tetap memilih dia. Ini bermakna dalam rancangan Allah, Yudas dipilih untuk mengkhianati Yesus. Saya tidak percaya Yudas merancang untuk menjadi pengkhianat dari saat dia dipilih. Saperti murid yang lain yang dipilih, dia merasa bangga. Tetapi lama kelamaan apabila opposisi bertambah dan dia dapati Yesus menyifatkan penetua Judaisme sebagai munafik, dia kecewa dan mulai menyesal menjadi pengikut Yesus. Kita jangan lupa Yudas ialah Yahudi, pengikut Judaisme. Atau apabila opposisi bertambah, Yudas nampak peluang untuk dapat wang. Jadi ini ialah dua kemungkinan mengapa Yudas menjadi pengkhianat. Tetapi sesudah dapat wang itu, dia menyesal apabila dia dapat tahu Yesus akan dibunuh atas salib. Dia pulangkan wang itu dan membunuh diri.
Ada apa ajaran untuk kita dari Yudas Iskariot, watak yang tragik dalam Alkitab? Ajaran yang pertama ialah menjadi pengikut Yesus bukan senang. Dalam Lukas 14:25-35, Yesus mengajar kita ada pengorbanan untuk menjadi murid Yesus. Kita akan dapat berkat dan kehidupan kekal dan kuasa dan pengampunan dosa apabila kita percaya Yesus. Tetapi sambil itu kita kena lepaskan hak milik kita atas semua barang duniawi yang kita ada. Ini bukan bermakna kita akan menjadi miskin dengan serta merta. Maknanya ialah kita pegang harta kita dengan cengkaman yang longgar. Ada bisnesman Kristian yang diberkati banyak oleh Allah, tetapi dia tidak kedekut. Lukas 14: 33Begitu juga sesiapa antara kamu yang tidak meninggalkan segala miliknya, tidak boleh menjadi murid-Ku." Bukan senang menjadi murid Yesus. Ada yang korbankan harta, keluarga , bahkan nyawa juga. Tetapi keuntungan ialah sesuatu yang abadi.
Ada satu soalan lagi yang mungkin timbul. Soalannya: Boleh kah kita salahkan Yudas? Bukan kah sudah ditentukan oleh Allah bahawa dia akan mengkhianati Yesus? Jawaban: Allah Daulat, tetapi manusia bebas buat keputusan. Justeru itu manusia bertangungjawab atas keputusan yang dibuatnya, walaupun Allah Daulat. Sama juga, kita pilih percaya Yesus, tetapi menurut Efesus 1:4, Allah telah pilih kita sebelum dunia diciptakan.
Kia ada banyak jenis murid Yesus. Dan semua jenis ini membentuk satu spektrum. Spektrum itu terdiri daripada murid yang berbuah dan berkorban, ke yang murtad kerana kesusahan atau tarikan wang. Spektrum mempunyai orang saperti Paulus dan Yohanes ke Petrus hingga ke orang yang setia dan kecil, hingga orang yang suam, hingga ke Yudas Iskariot.
Mari kita memutus untuk menjadi setia sampai akhir dan sentiasa berdoa supaya Allah memelihara kita dan memberi kita kasih kurnia supaya kita tidak menjadi Yudas.
Tuhan berkati.
Amen.