Renungan Harian Markus 1:21-28
21Yesus dan murid-murid-Nya tiba di Kapernaum. Pada hari Sabat berikutnya, Yesus masuk ke saumaahi lalu mengajar. 22FMereka kagum dengan ajaran-Nya kerana Dia mengajar dengan penuh wibawa, tidak seperti ahli Taurat mereka.
23Ketika itu seorang yang dirasuk roh jahat berada di saumaah. Dia berseru: 24"Apa yang hendak Kaubuat kepada kami, hai Yesus orang Nazaret? Adakah Engkau hendak membinasakan kami? Aku tahu siapa Engkau ini. Engkau Yang Suci daripada Allah!"
25Yesus membentak roh itu, "Diam! Keluar daripada dia!" 26Roh jahat itu menggoncang-goncang tubuh orang yang dirasuknya lalu keluar sambil menjerit. 27Hal ini menyebabkan semua orang tercengang lalu berbisik sesama sendiri, "Adakah ini suatu ajaran baru? Dia memerintah roh-roh jahat dengan penuh kuasa dan mereka menurut kata-Nya."
28Dengan demikian, khabar tentang Yesus segera tersebar ke seluruh Galilea.
Dalam injil nya, Markus hendak beritahu pembaca injil atau cerita ini siapa dia Yesus Kristus. Kita sudah tahu dari peristiwa awal yang diceritakan oleh Markus bahawa Yesus Kristus ialah Anak Allah. Yesus ialah Allah dalam bentuk manusia, manusia yang bernama Yesus Kristus.
Dalam petikan hari ini, Markus beritahu kita peristiwa-peristiwa yang lain yang berlaku waktu Yesus mulai misinya. Di Kapernaum, sebuah bandar kecil di Galilea, Yesus mengajar di sebuah saumaah. Dan orang ramai kagum dengan ajarannya. Dia mengajar dengan wibawa yang tidak terdapat pada guru Taurat yang mereka seringkali dengar. (ayat 21,22). Ini peristiwa pertama.
Peristiwa kedua ialah Yesus menemui seorang yang dirasuk roh jahat. (ayat 23,24) Dan roh jahat itu mengenal Yesus sebagai orang dari Nazaret dan sebagai dia “ yang suci dari Allah” Siapa ini Yesus Kristus? Roh jahat pun kenal dia sebagai warga Nazaret yang berasal dari Allah. Roh jahat itu tidak memanggil Yesus sebagai Anak Allah, tetapi sebagai “yang suci dari Allah”. Kalau kita tambah fakta ini kepada 1) Roh Kudus menghinggap atas dia (Markus 1:10) 2) suara Allah sendiri dari langit berkenan dia sebagai “Anak-Ku” (Markus 1: 11), saya rasa 3 fakta ini menuju kepada satu kesimpulan sahaja.
Peristiwa ke tiga (ayat 25, 26) ialah roh jahat itu mematuhi arahan Yesus. Diarah keluar, dia keluar.
Orang ramai yang menyaksikan tiga peristiwa ini dalam saumaah tercengang dan mulai berbisik sesama sendiri. (27)
Ada kamu juga mulai berfikir dan bertanya siapakah Yesus Kristus? Kalau kamu ada soalan mungkin kamu boleh hubungi Komuniti Digital atau boleh tanya soalan dalam comment. Tuhan berkati.
Amen. Yesus mengatakan : Yohanes 14:6 AVB … "Akulah jalan, kebenaran dan hidup. Tiada seorang pun datang kepada Bapa kecuali melalui-Ku.”