Yesus bangun waktu subuh, pergi tempat sunyi dan berdoa. Banyak orang sakit mencari dia dan sudah berhimpun di rumah Simon. Murid-murid Yesus berjaya mencari dia di tempat sunyi itu. “Semua orang sedang mencari kamu”
Ada 3 perkara yang kita boleh simpulkan dari petikan ini. 1. Dalam dunia yang sudah jatuh kedalam dosa, ada banyak sakit-penyakit. Dalam Abad 21 ini keadaan tidak berubah. Kalau kita ada konferensi penyembuhan satu stadium akan penuh. 2) Dunia ini dunia spiritual. Yesus di goda oleh Iblis sebelum Dia mulai ministrynya. Kita, gereja terlibat dalam perang spiritual. (Efesus 6). Yesus sering mengusir ruh jahat dari orang yang dirasuk. Pada asasnya, masaalah kita ialah satu masaalah spiritual. Nenek moyang kita ditipu oleh Iblis dan yang cipta kita ialah Ruh Kudus yang Infinite, iaitu Allah sendiri. Dan kita bukan saja terdiri dari jasad . Kita ada Ruh dan jiwa. 3) Walaupun Yesus menyembuhkan orang sakit, tetapi dia kata sebabnya dia datang ke dunia ialah untuk menyebarkan Injil. (ay. 38) Dan injilnya ialah Kerajaan Allah hampir dekat. Bertaubatlah.
Dalam peristiwa kedua, Yesus menyembuh seorang penyakit kusta. Percakapan antara Yesus dan orang berkusta itu penuh dengan ajaran. (ay. 40-42). Kita boleh buat 3 kesimpulan.
1)Yesus sudi atau mahu menyembuhkan orang kusta itu. Mengapa? Yesus kasihani dia. Tidak hairan Yesus kasihani dia. Kerana Yesus ialah penyayang. Dia datang ke dunia untuk selamatkan manusia berdosa, membawah orang percaya masuk Kerajaan Allah. (1:38). Akan tetapi dia ada hati dan masa untuk menyembuhkan orang sakit. Dia juga ada hati dan masa untuk tukar air kepada wain. Dan ada masa dan hati memberi makan kepada 5000 orang lapar. Dan ada masa dan hati bangkitkan anak yang sudah mati. Dan dia ada hati mentahirkan orang berkusta ini.
2) Yesus datang untuk menyelesaikan masaalah spiritual. Kita ialah manusia bertabii dosa kerana kita ialah keturunan Adam dan Hawa yang di tipu oleh Ruh Iblis. Kita menjadi mati secara spiritual kerana kita ingkar perintah Allah pencipta. Allah ialah Ruh Kudus yang Infinite. Akibat kejatuhan manusia, dunia ini dikutuk. Sebab itu wujud lah sakit-penyakit, malapetaka, perang, rasuah, pencemaran dalam bumi ini. Yesus datang untuk selamatkan kita dan tidak hairanlah, dia sering bertemu dengan ruh jahat. Dan juga kena menyembuhkan orang sakit. Walau bagaimana pun, menyembuhkan orang sakit bukan sebabnya dia datang. Dia punya ministry ialah ministry yang berbuah faedah sampai akhirat. Penyembuhan sakit-penyakit tanpa percaya akan Yesus Kristus, hanya baik untuk kehidupan di bumi ini. Tetapi kalau kita percaya Yesus Kristus, kita punya berkat mula di sini dan sekarang dan juga berlangsung sampai akhirat. (Saya kenal orang yang disembuhkan oleh Yesus tetapi sampai hari ini dia tak percaya Yesus Kristus)
3). Kita tak boleh paksa Yesus menyembuh kita. Tidak ada formula untuk pastikan kesembuhan 100% atas semua orang sakit. Kita hanya diizinkan minta Yesus mengasihani kita. Saperti orang berkusta ini. Kerana Yesus ilahi, dia mesti diizinkan menjadi daulat. Maksudnya Yesus mesti di beri hak untuk pilih mahu sembuhkan orang tertentu atau tak mahu. Di DUMC, kita berdoa untuk dua saudara yang dijangkiti Covid. Seorang sembuh, seorang yang tersayang meninggal. Allah yang daulat, ada dia punya rancangan. Kalau Yesus tidak sembuh seseorang itu bukan kerana, dia, Yesus tak mampu, atau kerana kita kurang iman, tetapi kerana dia tak mahu atas sebab yang baik. Yang meninggal tak apa kerana dia akan pergi ke syorga dimana tiada lagi sakit penyakit dan kematian dan kesedihan dan air mata. Aplikasi untuk kita: Berdoalah untuk kesembuhan. Kalau sembuh, bersyukur, kalau tidak bersyukur juga, Allah penyayang.
Akhir kata, kita kembali ke tujuan Markus laporkan peristiwa-peristiwa penyembuhan dalam injilnya. Tujuan: dia mahu kita berfikir “benarkah orang ini ialah Anak Allah?” Dalam fikiran kamu, ambilkira fakta-fakta berikut: dia dikenan Allah sebagai “Anak-Ku.” Dan dia boleh sembuhkan orang. Dan ruh jahat mematuhi arahan dia, dia mengajar dengan wibawa.
Benarkan Yesus Kristus Anak Allah, Messias Israel yang sudah datang?
Tuhan berkati.
Amen, Pak Tang. Yesus adalah jawaban kepada setiap aspek kehidupan kita. Tq.