Teks ini bertajuk ibarat (parable) tentang seorang penabur. Yesus ceritakan ibarat ini dan kemudian dia terangkan maksud ibarat ini. Dan keterangan Yesus sempurna jelas. Jadi saya tidak akan tambah kepada keterangan Yesus Kristus.
Apa yang saya mahu buat ialah terangkan mengapa Yesus mengajar mengunakan ibarat. Kita kaji dahulu kata Yesus dalam ay. 11,12.
11Yesus berkata kepada mereka, "Kamu telah diberi rahsia kerajaan Allah. Tetapi orang luar akan mendengar segala sesuatu melalui ibarat, 12 supaya:
'Mereka terus melihat tetapi tidak nampak,
mereka terus mendengar tetapi tidak mengerti;
kerana sekiranya mereka mengerti,
mereka akan berpaling dan diampuni!' "
Apakah maksud kata-kata Yesus ini? Ayat 12, ialah singkatan petikan dari Yesaya 6:9,10. Ayat 12 mula dengan kata supaya. Ini ialah terjemahan Yunani ina (hina) yang bukan senang hendak terjemah. Kalau terjemah sebagai supaya saperti di teks ini, ia nampak sebagai Yesus hendak buat orang luar tidak faham. Tetapi ini bukan maksud Yesus. Kata ina ada maksud “self fulfilling”. Self fulfilling ertinya: orang yang mendengar itu lah bertanggungjawab samaada dia faham atau tidak faham. Dalam ibarat penabur ini, ada empat jenis tanah. Dan Yesus terangkan bahawa ini ialah empat jenis manusia. Ada jenis yang tak mahu tahu maksud injil Yesus Kristus. Ada manusia yang cetek sahaja. Ada manusia yang cepat terima dan cepat kehilangan iman. Hanya satu jenis sahaja yang teruskan bertumbuh dan berbuah lebat. Manusia saperti anak murid Yesus Kristus, mereka mahu tahu lebih lagi. Sebab itulah mereka datang tanya maksud ibarat. Kalau manusia itu tak mahu tahu, dia tidak akan datang ke Tuhan dan diselamatkan. Maka petikan dari Yesaya 6 itu digenapi oleh orang itu sendiri. “Self fulfilling”
Applikasi untuk kita ialah apakah respons kita terhadap Yesus Kristus. Kamu ini apa jenis tanah?
Tuhan berkati.
Amen. Terima kasih atas peringatan untuk kami. Tuhan memberkati.