Markus 4 :21- 25
Ibarat tentang pelita
21CYesus berkata pula, "Pernahkah orang memasang pelita lalu menyorokkannya di bawah pasu atau katil? Tentu diletakkannya di atas kaki pelita. 22DYang tersembunyi akan dinyatakan, yang dirahsiakan akan didedahkan. 23Jika kamu bertelinga, dengarlah."
24ESelepas itu Yesus berkata, "Perhatikan apa yang kamu dengar. Ukuran yang kamu gunakan untuk mengukur akan digunakan terhadapmu, malah lebih berat lagi. 25FSesiapa yang ada sesuatu akan diberi lebih banyak lagi; tetapi sesiapa yang tidak mempunyai sesuatu, sedikit yang ada padanya pun akan diambil daripadanya."
Pelita dipasang untuk memberi cahaya, supaya orang dalam kegelapan boleh melihat. Tiada orang pasang lampu dan letaknya dibawah tudung supaya keadaan terus gelap. Yesus mengajar ibarat ini dengan merujuk kepada Markus 4: 12
12Bsupaya:
'Mereka terus melihat tetapi tidak nampak, mereka terus mendengar tetapi tidak mengerti;
kerana sekiranya mereka mengerti, mereka akan berpaling dan diampuni!' " petikan dari Yesaya 6: 9,10.
Kata yang di terjemakan sebagai supaya ialah terjemahan Yunani ina (hina) Kalau diterjemahkan sebagai supaya saperti di teks ini, ia nampak sebagai Yesus hendak buat orang luar tidak faham. Tetapi ini bukan maksud Yesus. Kata ina ada maksud “self fulfilling”. Self fulfilling ertinya: orang yang mendengar itu lah bertanggungjawab samaada dia faham atau tidak faham. Kalau dia mahu tahu dia akan tahu. Kalau dia tak mahu tahu, dia tidak akan tahu. Hal ini saya telah terangkan pada perkongsian sebelum ini. Jadi ibarat Yesus tentang pelita merujuk kepada firman Yesaya ini. Ibarat (parable) bukan digunakan suapya orang dalam kegelapan terus dalam kegelapan. Ibarat digunakan oleh Yesus untuk memberi keterangan mengenai Kerajaan Allah. Ibarat di pakai supaya orang dalam kejahilan dapat tahu – saperti pelita menghapus kegelapan.
Selepas memberi keterangan ini, Yesus teruskan dengan , "Perhatikan apa yang kamu dengar. Ukuran yang kamu gunakan untuk mengukur akan digunakan terhadapmu, malah lebih berat lagi. 25FSesiapa yang ada sesuatu akan diberi lebih banyak lagi; tetapi sesiapa yang tidak mempunyai sesuatu, sedikit yang ada padanya pun akan diambil daripadanya."
Maksud ibarat ini ialah ukuran kamu terhadap firman Tuhan akan digunakan untuk mengukur kamu sendiri. Ini ialah keterangan mengenai “ina”. Kalau kamu anggapkan firman atau ucapan Yesus sebagai sesuatu yang bernilai dan kamu mahu tahu lagi, kamu akan dapat pengertian. Tuhan akan menerangkan supaya kamu faham. Contoh ialah murid Yesus. Mereka tak faham. Maka mereka tanya Yesus apa maksud ibarat tentang seorang penabur. (Markus 4:10). Yesus terangkan. Dan pengetahuan mereka sudah bertambah selepas keterangan Yesus.
Kalau sikap kamu terhadap firman Tuhan ialah tak berminat, tak nak tahu, kamu rugi besar. Sedikit pengertian yang kamu ada sebelum ini akan hilang juga. Kenyataan ini benar dalam kehidupan umat Kristian. Kalau seorang Kristian tidak taati firman yang dia sudah tahu, (kerana dia malas, atau dia cuai atau dia kehilanagn iman, atau atas sebab lain) akhirnya lama kelamaan, apa yang dia tahu pun hilang , dilupakan atau dia langsung tidak percaya lagi.
Berhati-hati saudara saudari, jangan menjadi cuai, kalau ada firman yang kamu tak faham, cari dengan tekun dan kamu akan dapat. Kita mengingati kata Yesus dalam Matiua 7 7"Mintalah, dan kamu akan menerimanya; carilah, dan kamu akan mendapatnya; ketuklah pintu, dan pintu akan dibuka untukmu. 8Setiap orang yang meminta akan menerima, setiap orang yang mencari akan mendapat; dan setiap orang yang mengetuk, pintu akan dibuka untuknya.
Tuhan berkati.