Markus 4: 35 : 41
35Pada petang itu juga, Yesus berkata kepada murid-murid-Nya, "Marilah kita pergi ke seberang sana." 36Ketika itu Yesus di dalam perahu. Para murid-Nya meninggalkan orang ramai itu di pantai lalu belayar bersama-Nya. Ada beberapa perahu lain yang belayar bersama-sama. 37Lalu angin ribut bertiup kencang dan ombak melanda perahu sehingga hampir dipenuhi air. 38Ketika itu Yesus sedang tidur di buritan perahu, kepala-Nya beralaskan bantal. Para murid-Nya membangunkan Dia lalu berkata, "Guru, tidakkah Engkau peduli? Kita hampir karam!"
39Yesus bangun lalu menegur angin dan berkata kepada ombak, "Diam! Tenanglah!" Angin pun reda dan laut menjadi tenang. 40Kemudian Yesus berkata kepada murid-murid-Nya, "Mengapa kamu begitu takut? Mengapa kamu masih tidak percaya?"
41Mereka berasa gerun lalu berkata sesama sendiri, "Siapakah Dia ini? Angin dan ombak pun mengikut perintah-Nya!"
Dalam Alktab, penulis Injil tidak ada masa untuk tulis tentang Yesus sedang tidur. Kecuali disini. Yang kita seringkali baca ialah Yesus sedang gait dan rajin bekerja. Kita sering baca tentang Yesus mengajar, Yesus menyembuh orang sakit. Petikan ini luarbiasa kerana Yesus tidur waktu orang lain sedang rasa takut dan tidak boleh tidur. Inilah Yesus- dia buat apa yang orang lain tak boleh buat atau tak berani buat. Siapakah orang ini?
Dan Yesus juga meredakan angin dan ombak yang buat murid-muridnya cemas. 41Mereka berasa gerun lalu berkata sesama sendiri, "Siapakah Dia ini? Angin dan ombak pun mengikut perintah-Nya!"
Betul kita harus tanya saperti murid dia: “ siapakah orang ini?” Soalan ini akan dijawab. Walaubagaimana pun, kalau belum di jawab, satu perkara yang kita boleh buat ialah ini. Waktu kamu cemas atau perlu pertolongan, minta tolong dari Yesus. Yesus akan tolong. Tidak semestinya dengan sertamerta, tetapi dia akan tolong.
Tuhan berkati.