Diberkatilah Mereka Yang Miskin Rohani
Renungkan:
Matius 5:3 (AVB) Diberkatilah mereka yang miskin kerohanian, kerana merekalah yang empunya kerajaan syurga.
Ucapan bahagia pertama seolah-olah menyebabkan kita berfikir yang buruk, tetapi yang sebaliknya adalah baik. Yesus berkata, pada dasarnya, “Yang paling bahagia
dan orang yang paling beruntung ialah orang yang sangat memerlukan.”
Jikalau kita melihat secara sekilas, ini tidak masuk akal. Ini adalah kerana roh kita adalah ingin menjadi lebih seperti Allah. Oleh itu, adalah lebih masuk akal jikalau kita mahu kaya dengan kerohanian kita.
Perkataan miskin pula, di dalam ayat 3 ini , bukanlah tentang keadaan ekonomi dan nilai fizikal kita ataupun tentang kerendahan nilai kita. Tetapi adalah berkenaan dengan kemiskinan kita dengan “aset rohani” (spiritual assets).
Yesus ada memberikan satu perumpamaan ataupun ibarat di dalam Lukas 18:9-14, yang membandingkan doa seorang Farisi dengan seorang pemungut cukai. (pemungut cukai pada ketika itu, terkenal dengan penipuan dan mereka bekerja dengan kerajaan yang “corrupt”).
Orang Farisi masuk ke bait suci lalu berdoa bahawa dia:
Bukanlah orang yang tamak
Bukanlah orang yang menipu
Bukanlah orang yang berzina
Bukan seperti pemungut cukai,
Dia berpuasa 2x seminggu.
Dan memberikan persepuluhan
Orang Farisi memberikan senarai “aset rohani” Nya kepada Tuhan. Seolah-olah dia menunjukkan kekayaan rohaninya, berbanding dengan pemungut cukai.
Kita lihat, berbanding dengan pemungut cukai:
Dia berdiri jauh sedikit di Bait Suci
Dia tidak berani menengadah ke langit melainkan menebah dada.
Dan berkata “Ya, Allah, kasihilah hamba, orang yang berdosa ini”.
Dia mengaku bahawa dia adalah seorang yang “miskin rohani”
Yesus berkata di dalam ayat 14,
Lukas 18:14 “Aku berkata kepadamu bahawa pemungut cukai ini pulang ke rumahnya dengan diperkenankan Allah tetapi orang Farisi itu tidak. Sesiapa yang meninggikan diri akan direndahkan, dan sesiapa yang merendahkan diri akan ditinggikan.”
Tiada salahnya kita ditinggikan tetapi hanya siapa yang meninggikan kita:
Jikalau kita meninggikan diri sendiri, kita akan direndahkan. Jikalau Tuhan yang meninggikan kita, kita berdiri di atas dasar yang kukuh.
Lukas 18:14 (AVB) Aku berkata kepadamu bahawa pemungut cukai ini pulang ke rumahnya dengan diperkenankan Allah tetapi orang Farisi itu tidak. Sesiapa yang meninggikan diri akan direndahkan, dan sesiapa yang merendahkan diri akan ditinggikan.”
Jikalau kita mahu diberkati, kita harus mempunyai sikap “kemiskinan rohani”. Ini adalah sikap yang bergantung kepada Tuhan.
Apabila Yesus mengatakan, “Diberkatilah mereka yang miskin kerohanian, kerana merekalah yang empunya kerajaan syurga.”
Ini berbicara tentang ketergantungan kita kepada Tuhan. Bukan diri kita sendiri, tetapi kita bergantung kepada Tuhan.
Efesus 2:8-9 (AVB) 8 Kamu telah diselamatkan dengan kasih kurnia-Nya melalui iman – ini bukan daripada kamu sendiri tetapi adalah kurnia Allah – 9 bukan kerana usaha amalmu supaya tiada seorang pun yang dapat bermegah
Amen