Markus 2:13-17
13Yesus pergi lagi ke pinggir laut. Ramai orang datang kepada-Nya lalu Dia mengajar mereka. 14Ketika Yesus berjalan di situ, Dia terpandang seorang pemungut cukai bernama Lewi anak Alfeus sedang duduk di tempat memungut cukai. Yesus berkata kepadanya, "Ikutlah Aku," lalu Lewi bangun mengikut-Nya.
15Selepas itu, Yesus makan di rumah Lewi. Ramai pemungut cukai dan orang berdosa mengikut Yesus dan ramai antara mereka turut makan bersama Yesus serta murid-murid-Nya. 16Ahli Taurat daripada golongan Farisi yang melihat perkara itu bertanya kepada para murid Yesus, "Mengapa Dia makan bersama pemungut cukai dan 'orang berdosa'?"
17Yesus terdengar pertanyaan itu lalu menjawab, "Orang sakitlah yang memerlukan tabib, bukannya orang sihat. Aku datang bukan untuk memanggil orang benar, tetapi orang berdosa."
Lewi ialah pemungut cukai. Pemungut cukai bekerja untuk kerajaan Roma. Antara mereka adalah yang tidak jujur dan kutip lebih untuk diri sendiri. Maka mereka dibenci oleh masyarakat Israel. Tetapi orang ini yang dipinggir masyrakat, dipanggil Yesus. Yesus menjadi kawan dia.
Maka Lewi adakan satu jamuan. Kawan-kawan dia iaitu pemungut cukai yang lain dan juga orang berdosa datang ke rumah Lewi. Yesus dan muridnya turut hadir. Golongan Farisi mengkritik Yesus katakan dia adalah kawan kepada orang yang dibenci dan orang berdosa. Jawaban Yesus di ayat 17 ada applikasi untuk kita.
1. Kita semua orang yang sakit dari segi spiritual. Maka kita perlu pertolongan Doktor Yesus.
Kesakitan spiritual kita ialah dosa dan kita perlu keampunan dari Yesus. Tidak semestinya kita dianggap orang berdosa oleh masyarakat untuk di kira sebagai orang berdosa. Pendapat Allah yang tentukan samaada kita berdosa atau tidak. Bukan pendapat masyarakat. Kaum Farisi mungkin anggap diri mereka tiada dosa dan layak untuk menghina orang berdosa dan kritik Yesus. Akan tetapi dalam pandangan Allah mereka juga orang berdosa. Adakah kamu berfikir sebagai Farisi? Jangan.
2. Kalau kamu ialah orang dipinggir masyarakat (seperti orang yang datang ke Urban Fellowship di Jalan Petaling di Kuala Lumpur.) saya hendak kamu tahu bahawa kamu datang ke tempat yang betul. Yesus tidak tolak kawan-kawan yang di pinggir masyarakat. DUMC pun tidak tolak orang di pinggir. Sebab itu DUMC mulai Urban Fellowship. Kamu boleh datang ke DUMC di PJ pun kamu tidak di tolak. Selamat datang ke DUMC kalau kamu tidak ada kawan. DUMC ialah wakil Yesus antara banyak lagi wakil Yesus. Di banding dengan Lewi, di mana kamu? Lebih berdosa daripada Lewi atau kurang? Kalau kamu lebih berdosa dari Lewi, kamu patut tahu Yesus menerima seorang pencuri yang disalib bersama Yesus di Golgota. (Lukas 23:43). Kurang daripada Lewi? Golongan Farisi pun dikira berdosa (Matius 23:27-28) Sekian.
17Yesus terdengar pertanyaan itu lalu menjawab, "Orang sakitlah yang memerlukan tabib, bukannya orang sihat. Aku datang bukan untuk memanggil orang benar, tetapi orang berdosa."
Sorry. Bukan Karkus . Markus