Renungan Harian Markus 1:9-13
Markus penulis injil Markus, dalam petikan ini maklum kepada kita semua bahawa Yesus Kristus ialah Anak Allah, dengan tugas yang penting, tetapi rendah hati.
Panggilan Tinggi
Ini kita dapat dari ayat 9 dan 10. 10Ketika Yesus keluar dari sungai itu, Dia melihat langit terbuka dan Roh Kudus seperti burung merpati turun hinggap ke atas-Nya. 11Lalu kedengaran suara dari syurga: "Engkaulah Anak-Ku yang Kukasihi dan dengan-Mu Aku berkenan." Ruh Kudus dalam bentuk burung merpati higgap atas Yesus. Orang biasa waktu dia keluar dari air pembaptisan, saya tidak pernah nampak burung merpati hinggap atas orang itu. Tetapi ini berlaku dalam kes Yesus Kristus. Kesimpulan: ini bukan orang yang biasa. Kalau Yesus Kristus bukan manusia biasa, siapa dia? Jawaban dalam ayat 11. Dia adalah Anak Allah yang di kasihi dan di kenan oleh Allah sendiri. Yesus Kristus manusia tetapi sebenarnya dia adalah Allah sendiri dalam bentuk manusia dan dia sudah pijak bumi ini. (Dalam petikan ini, kita nampak Tritunggal- Allah Bapa, Anak Yesus Kristus dan Ruh Kudus)
Tugas penting.
Dalam ayat 12 dan 13, kita baca: 12Lantas, Roh memimpin Yesus ke gurun. 13Yesus di situ selama empat puluh hari dan digoda oleh Iblis serta dikelilingi binatang liar. Para malaikat datang melayani-Nya. Yesus di uji. Yesus di uji melalui godaan sebagai seorang manusia. Dalam dunia kita, kalau seorang askar biasa mahu menjadi commando atau special agent ala James Bond, dia mesti di uji secara fizikal, mental, kesetiaan dan ujian kepintaran. Dia diuji dalam latihan yang lasak. Misalan dia dikehendaki lari 10 km atau renang 5 km dalam laut, abseiling dari bangunan tinggi, mahir karate, mahir computer dan mahir senjata kecil dan besar, dll. Latihan lasak ini perlu kerana tugas kommando sangat penting dan istimewa. Kalau dia lulus, dia dicommission sebagai kommando. Banyak orang gagal. Yesus punya ujian ialah godaan oleh Iblis lepas Yesus sudah puasa 40 hari dan 40 malam. (Matius 4) Waktu dia sangat lapar dia di goda. Yesus melaui godaan ini sebagai manusia dengan keperluan dan keinginan manusiawi. Tetapi Yesus lulus. (Lepas godaan nya, Yesus dilayan oleh malaikat. Ini bukti keilahian Nya, kerana malaikat ialah pelayan Allah) Maka Yesus layak unutk kerjaNya.
Rendah hati.
9Kemudian Yesus datang dari Nazaret di Galilea, lalu dibaptiskan oleh Yohanes di Sungai Yordan. Yohanes membaptis orang yang berdosa yang bertaubat. Yohanes sendiri berkata di tidak layak buka tali kasut Yesus Kristus. Tetapi manusia ini yang merupakan Allah dalam bentuk daging manusia, dengan panggilan yang tinggi untuk tugas penting, datang ke Yohanes yang tidak layak buka tali kasut Yesus, dan minta di baptis. Ini menunjuk kepada orang ramai bahawa Yesus Anak Allah, samakan dirinya dengan kita, manusia. Dia tidak anggap keilahian sesuatu untuk di pertahankan (Filipi 2). Yesus Kritus rendah hati.
Yesus Kristus adalah contoh untuk kita. Kita mempunyai panggilan yang tinggi. Kita ialah orang yang di pilih oleh Allah sendiri (Yohanes 15:16 dan Efesus 1:4) Ini ialah satu panggilan yang tinggi. Kita punya tugas ialah membina kerajaan Allah. Tugas penting. Walaupun kita punya panggilan tinggi dan tugas penting , kita harus rendah hati. Kalau kita ialah Kristian yang kaya dan berpelajaran tinggi dan ada cenderong jadi bongkak dan sombong, kita harus minta Tuhan rendahkan kita.
Ini ialah perkongsian hari ini. Tuhan memberkati.
Amen ! Seorang ahli teologia John Stott ada mengatakan : “At every step of our christian development and in every sphere of our christian discipleship, pride is the greatest enemy and humility our greatest friend” (John Stott) Di dalam setiap langkah perkembangan kristian dan di dalam setiap bahagian pemuridan Kristian kita, keangkuhan adalah musuh terbesar dan kerendahan hati adalah sahabat terhebat kita" (John Stott)