Seekor ular masuk ke kedai Pertukangan (Hardware). Ketika ia merayap ke hujung tepi ruangan, ular itu menyenggol sebuah gergaji dan sedikit melukai dirinya sendiri.Pada saat itu, dia berbalik lalu menggigit gergaji itu hingga mulutnya terluka.
Kemudian, tanpa memahami apa yang terjadi padanya dan berfikir bahwa gergaji itu menyerangnya.Ular itu memutuskan untuk melilit gergaji, semakin kuat ia melilit, semakin ia terluka parah..
Saudaraku...!!
Terkadang kita meluapkan amarah, berfikir untuk menyakiti orang yang telah menyakiti kita, tetapi sebenarnya kita menyakiti diri sendiri.Tak perlu menanggapi setiap ucapan yang menyakitkan, belajar sabar untuk tidak membalas.
Bila kita berada pada posisi yang benar, orang yang memusuhi kita akan jatuh dan menelan kata-katanya sendiri, kerana pembalasan bukan MILIK kita tetapi milik Tuhan. Alkitab ada berkata dalam Roma 12 : 17 - Janganlah membalas kejahatan dengan kejahatan;j lakukanlah apa yang baik bagi semua orang!
Tuhan Memberkati. #Berbagi berkatsetiap hari.
"Apabila kamu marah, janganlah sampai melakukan dosa." Jangan kekalkan kemarahanmu hingga matahari terbenam, peringatan daripada Firman Tuhan untuk renungan kita bersama.
Terimakasih kerana memberi gambaran yang jelas. Tuhan memberkati!
Satu peringatan yang sangat baik bro. Teringat juga apabila Yesus disalibkan, inilah perkataanNya : “Yesus berkata, "Ya Bapa, ampunilah mereka kerana mereka tidak tahu apa yang dilakukan mereka." Mereka membahagi-bahagikan pakaian-Nya dengan membuang undi.” (Lukas 23:34 AVB)