Kunampak khalayak di depan Pilatus,
Wajah merah, penuh marah,
“Salibkanlah!” kemarahan berkobar-kobar,
Cercaan dan penghujatan bertambah-tambah.
Di tengah-tengah khalayak ramai berteriak kuat,
“Kuhadir di antaranya,
Di tengah suara riuh gemuruh,
Suaraku jelas, terang dan nyata.
Darah yang suci aku alirkan,
Tangan Dia aku pakukan
Kristus Tuhan aku salibkan
Dengan ejekan aku gabungkan
Sekitar Salib kulihat jelas, Orang mengejek, seru dan serak, Suaraku juga yang paling kuat, Menyerang galak, membentak-bentak.
(Horatius Bonar)
terima kasih Yesus, kerana dosa-dosa kami, Engkau sanggup diseksa dan dinista. kematian Mu telah membawa kami kembali kepada Mu. kematian Mu telah mengembalikan kuasa yang dahulunya tercicir daripada tangan kami kerana pemberontakan Adam dan Hawa, kini kembali kepada tangan kami. ajarilah kami supaya senantiasa mengampuni orang-orang yang telah melukai kami. kami mengakui bahawa, pelayanan bukan tentang meninggikan diri kami sendiri, tapi fokus kami terhadap Engkau sahaja ya Yesus. amin.