Filem "Letters to God" dibuat berdasarkan kisah nyata Tyler Doughtie (23 September 1995 - 7 Mac 2005), yang berasal dari Nashville, Tennessee.
Sejak usia 8, Tyler mulai bergumul dengan kanser otak yang tumbuh ganas di kepalanya. Apa yang sangat menarik dari kisahnya adalah semasa sakit Tyler banyak menulis surat kepada Tuhan. Setiap surat dia masukkan ke dalam sampul surat, dia meletak satem secukupnya, dan dia tulis di depan sampul tersebut itu - Untuk: Tuhan. Dari: Tyler.
Saat menulis surat itu, Tyler seolah-olah sedang mencurahkan isi hatinya kepada sahabat dekatnya. Yang dia sangat pasti mahu membaca dan membalasnya. Maka, Tyler tidak pernah ragu untuk menceritakan apa saja. Dia menuliskan segala perasaannya, pikiran, kerisauannya, dan harapannya. Begitu pula dia tidak pernah jemu menuliskannya setiap hari. Dan, semakin banyak Tyler menulis surat, dia pun semakin mengenal dan akrab dengan Tuhan.
Ketika orang ramai mendapati bahawa surat-surat Tyler kepada Tuhan adalah doa-doanya, ramai peribadi lain kemudian meniru apa yang dia lakukan, dan menjadikan Tuhan sebagai sahabat yang selalu mendengar doa.
Doa bukanlah rangkaian kalimat indah. Bukan juga permohonan rasmi yang formal dan kaku. Maka, doa sesungguhnya tidak sulit dilakukan. Sebab, doa adalah hubungan, komunikasi yang dekat dengan Bapa syugawi.
Doa adalah curahan hati yang jujur. Maka, doa itu tidak perlu mengagumkan orang lain. Dia yang Mahatahu sangat mengerti segala keperluan kita. Perkara yang sangat penting, kita harus selalu menyedari bahawa doa adalah keperluan kita agar kita semakin mengenal dan dekat dengan Tuhan. Jadikanlah doa sebagai perbualan akrab dengan Bapa maka Tuhan yang mendengar akan semakin kita kenali dan cintai.
Untuk menonton movie penuh, kita boleh menonton dibawah
Wow .. sangat mendorong .. akan saya kongsikan dengan yang lain .. Tuhan memberkati !
amen, hallelujah.