Renungan Harian Markus 2: 1-12
1Beberapa hari kemudian, Yesus pulang ke Kapernaum dan tersebarlah khabar itu. Khabar apa ini? Khabar itu ialah Yesus sudah menyembuhkan seorang pesakit kusta. Yesus telah beritahu orang yang disembuhkan itu jangan beritahu siapa pun mengenai hal itu. Orang itu tak dengar atau lupa atau sangat teruja. Dia menyebar luas berita tentang kesembuhannya. Dan akibat daripada itu banyak orang mungkin ratus-ratus orang berhimpun di rumah tempat tinggal Yesus. Mustahil mahu masuk.
Ada empat sekawan membawa seorang lumpuh mahu jumpa Yesus. Tak dapat masuk ikut pintu. Maka mereka panjat bumbung, buka atap dan turunkan si lumpuh ke bawah. Satu peristiwa menarik berlangsung.
5Ketika Yesus melihat iman mereka, Dia berkata kepada orang lumpuh itu, "Anak-Ku, dosamu telah diampunkan."
6Ahli-ahli Taurat yang duduk di situ berkata dalam hati, 7"Lancangnya orang inii mengkufuri Allah! Tiada siapa boleh mengampunkan dosa kecuali Allah!"
8Tetapi Yesus segera mengetahui dalam roh-Nya bahawa mereka berfikir demikian lalu berkata, "Mengapa kamu berfikir begitu dalam hatimu? 9Manakah yang lebih mudah dikatakan kepada orang lumpuh itu: 'Dosamu telah diampunkan,' atau, 'Bangun, angkat tikarmu dan berjalan'? 10Tetapi supaya kamu tahu bahawa di bumi ini Anak Manusia berkuasa mengampunkan dosa..." Dia berkata kepada orang lumpuh itu, 11"Aku berkata kepadamu, bangun, angkat tikarmu, dan pulanglah."
12Di hadapan mata mereka semua, orang lumpuh itu pun bangun, mengangkat tikarnya lalu segera berjalan ke luar.
Apakah yang kita boleh belajar dari peristiwa ini ?
1. Yesus mengakui dia ada kuasa mengampuni dosa. Implikasi pengakuan ini ialah Dia ialah Allah. Atau dia sama status dengan Allah. Yesus claim dia adalah Ilahi.
2. Yesus gelarkan dirinya sebagai Anak Manusia. Dan suara dari langit (suara Allah) berkenan dia sebagai “ Anak Ku.” (Markus 1:11 Ini bermaana Yesus ada dua gelaran – Anak Allah dan Anak Manusia. Tujuan Markus lapurkan hal ini ialah dua gelaran ini tepat menghuraikan Yesus – Allah dalam bentuk manusia. Applikasi laporan ini ialah kita harus tanya mengapa Allah menjadi manusia?
3. Dalam ay. 9 Yesus tanya satu soalan: “9Manakah yang lebih mudah dikatakan kepada orang lumpuh itu: 'Dosamu telah diampunkan,' atau, 'Bangun, angkat tikarmu dan berjalan'? Yesus tidak jawab tetapi kita tahu soalan macam ini bermaksud jawaban ialah: “ Dosamu telah diampunkan” lebih muda. Mengapa? Ada beberapa kemungkinan. 1) Dalam ay. 2 Yesus sedang menyampaikan firman. Tiba-tiba si lumpuh muncul. Yesus sampaikan firman khusus untuk dia. 2) Pada asasnya, sakit penyakit ialah akibat dari kejatuhan manusia purba. (Di samping kutuk yang lain). Tetapi kita tahu, ada setengah penyakit bukan disebabkan oleh dosa. Ada orang dilahir buta untuk kemuliaan Allah. Bagi si lumpuh ini, kemungkinan kelumpuhannya ialah kerana dosa dia. Maka kalau dosanya diampunkan, lumpuhnya akan hilang. Mungkin Yesus bermaksud macam ini. Ada applikasi untuk kita. Kalau seorang sakit percaya Yesus penyakitnya boleh sembuh. Saya tidak kata pasti sembuh. Sembuh tak sembuhh terpulang kepada Yesus. (Kita sudah terangkan hal ini dalam perkongsian RH sebelum ini, Markus 1: 35-45). Saya pernah nampak orang sakit percaya Yesus dan terus sembuh. Saya juga pernah nampak orang percaya Yesus tetapi tidak sembuh. Dan saudara saya sendiri di doakan terus sembuh tetapi tidak percaya Yesus sampai hari ini.
4. 10Tetapi supaya kamu tahu bahawa di bumi ini Anak Manusia berkuasa mengampunkan dosa..." Dia berkata kepada orang lumpuh itu, 11"Aku berkata kepadamu, bangun, angkat tikarmu, dan pulanglah." Apakah pelajaran dari 2 ayat ini? Yesus sudah claim dia sama taraf dengan Allah. Dalam 2 ayat ini, dia buktikan claimnya. Orang yang claim dia Ilahi mesti boleh lakukan perkara supernatural. Yesus sudah banyak kali sembuhkan orang sakit. Ini ialah pertamakali dia kata dia hendak buktikan claimnya benar. Orang itu bangun dan ambil tikarnya dan berjalan. Claim dibuktikan. Kesimpulan: Yesus ilahi.
Sekian perkongsian. Siapa ini Yesus? Benarkah dia Anak Allah?
Amen. Thank you Pak Tang ! Yesus adalah juru selamat kehidupan kita …