Markus 2 23-28.
23APada suatu hari Sabat, Yesus dan murid-murid-Nya berjalan melalui ladang gandum. Para murid-Nya mula memetik bulir gandum. 24Kemudian orang Farisi berkata kepada Yesus, "Lihatlah, mereka melakukan sesuatu yang dilarang pada hari Sabat!"
25Yesus menjawab, "Tidakkah kamu membaca apa yang dilakukan oleh Daud semasa dia dan mereka yang berada bersamanya kekurangan dan kelaparan? 26BCDia masuk ke Rumah Allah sewaktu Abiatar berjawat sebagai imam besar lalu makan roti persembahan, meskipun perbuatan itu dilarang kerana hanya imam dibenarkan makan roti itu. Daud juga memberikan roti itu kepada mereka yang ada bersamanya."
27Yesus menambah, "Hari Sabat diwujudkan untuk manusia, bukannya manusia diwujudkan untuk hari Sabat. 28Jadi Anak Manusia jugalah Tuhan atas hari Sabat."
Murid Yesus memetik bulir gandum pada hari Sabat. Dan tindakan ini timbulkan soalan dari gulungan Farisi. Kononnya murid Yesus telah langgar hukum Sabat. Jawaban Yesus dalam ay. 25-28 memberi kita 3 ajaran.
1. Manusia yang hidup bermasyarakat mesti ada peraturan dan hukum dan undang-undang. Tetapi ada satu undang-undang yang dicipta Allah yang boleh mengatasi undang2 Allah yang lain. Undang2 itu ialah selamatkan nyawa manusia ialah prioriti yang paing tinggi. Ia tentu boleh juga mengatasi intepretasi manusiawi tentang hukum Allah. Semua peraturan, ketetapan, hukum, dan undang2 yang baik datang dari Allah sendiri. Ini semua ialah untuk kebaikkan manusia. Atau untuk faedah manusia supaya manusia boleh hidup dalam aman dan damai. Maka kalau mengikuti satu undang2 akan memudaratkan kehidupan, maka undang2 itu boleh di ketepikan. Maka kita boleh menyembuhkan orang sakit pada hari Sabat (Lukas 14:1-5) Dan Daud dibenarkan makan roti persembahan. Maka murid Yesus di benarkan bekerja memetil bulir gandum pada hari Sabat. Dan ambulan yang angkut orang cemas sakit boleh lalui lampu isyrat merah.
Secara am, Tuhan izinkan kita ketepikan undang2 yang baik untuk selamatkan nyawa orang.
2. Berkait rapat dengan soalan ini ialah ayat 28. Dari ayat 28 kita dapati Allah sendiri adalah hukum. Allah ialah Tuhan atas hari Sabat. Dan Tuhan atas semua undang2 yang lain Maka kita nampak prinsip ini dipraktikan apabila Petrus dan Yohanes menjawab pihak berkuasa Israel dalam Kisah Para Rasul 4: 19”Tetapi Petrus dan Yohanes menjawab, "Wajarkah pada pandangan Allah jika kami mendengar katamu lebih daripada mendengar kata Allah? Timbangkanlah,…” Oleh kerana Allah ialah Tuan atas semua undang2, maka kita boleh mengetepikan peraturan manusia yang bercanggah dengan arahan Allah. Di bawah pentadbiran Taliban, semenjak August 2021, semua Christian mesti kembali menjadi Muslim. Kamu ikut arahan itu kah?
3. "Hari Sabat diwujudkan untuk manusia, bukannya manusia diwujudkan untuk hari Sabat ( ayat 27.) Apakah applikasi untuk kita? Applikasi: kebajikan manusia lebih penting daripada peraturan. Peraturan digubal untuk kebajikan manusia. Maka kalau mengikuti peraturan itu mudaratkan manusia, kita jangan ikut. Manusia dicipta bukan untuk mengagungkan peraturan. Manusia di cipta untuk agungkan Allah.
Anak manusia (Yesus Kristus) adalah Tuhan atas hari Sabat. Siapa ini Yesus Kristus? Dalam renungan akan datang, kita akan tahu siapa ini Yesus Kristus.
Tuhan berkati