Kita semua yang sudah percaya, tentu ingin hidup yang selaras dengan kehendak Tuhan. Soalannya ...
Apakah kita Ingin berjaya di dalam kehidupan kita?
Apakah kita ingin berjaya di dalam kehidupan rohani kita?
Apakah kita ingin menjadi seorang yang memberi impak kepada masyarakat di sekeliling kita?
Apakah kita kita ingin memenuhi destini kehidupan kita di dalam Yesus Kristus?
Jikalau jawabannya ialah ya, saya harap dan berdoa supaya bahagian firman Tuhan yang bertajuk "7 Tabiat Hidup Suci (7 habits of Holy Living)" …. akan dapat membantu kita semua. Lebih daripada itu, bahagian firman Tuhan ini boleh juga digunakan untuk mengajar teman-teman kita yang lain atau kita kongsikannya dengan yang lain.
Imamat 11:45 Akulah Tuhan yang telah memimpin kamu keluar dari Tanah Mesir supaya Aku menjadi Allahmu. Jadilah suci kerana Aku ini suci. (Be holy for I am holy.)
Apakah definisi tabiat dan kehidupan suci?
Pertamanya, apakah definisi tabiat? Tabiat atau habits adalah satu corak kelakuan dan kehidupan yang dilakukan secara rutin dan kebiasaanya dilakukan tanpa disedari. Dan corak kelakuan ini, diperolehi dengan melakukan sesuatu berulang-ulang kali. Ada tabiat yang baik dan ada tabiat yang buruk.
Keduanya ialah kehidupan suci. Kehidupan suci adalah satu kehidupan yang berserah kepada Tuhan dan kehendaknya. Gaya hidup yang bukan lagi mencari kepuasan gaya hidup yang berdosa. Gaya hidup yang menuju ke arah kematangan di dalam Yesus Kristus. Dalam perkataan Inggeris, “a sanctified life”, “Kehidupan yang dikuduskan” Bukan kehidupan yang sempurna yang tidak berdosa tetapi, kehidupan yang berserah sepenuhnya kepada Tuhan. (A life that is fully surrendered to God.)
Keadaan kehidupan rohani kitalah yang akan menentukan samada kita berjaya di dalam kehidupan kita, samada kita adalah seorang yang membawa impak kepada masyarakat di sekeliling kita, samada kita boleh memenuhi destini kehidupan kita di dalam Yesus Kristus?
Kalah menang kita di dalam kehidupan rohani kita adalah bergantung kepada tabiat yang kita semai ke dalam kehidupan kita.
Apa yang kita lakukan berulang-ulang dengan disiplin, akan menjadi tabiat. Dan tabiat, jikalau is berterusan, akan menentukan karakter kita. Dan karakter kita akan menentukan destini kita.
Ada orang mengatakan … "Show me your habits, and you will show me a glimpse of your destiny." Tunjukkan tabiat anda, dan anda akan menunjukkan sekilas destini masa hadapan anda. Oleh itu, jikalau kita mahu hidup suci di dalam Tuhan, kita harus menyemai tabiat rohani yang baik.
Memang, apabila kita telah menerima Yesus sebagai Juru Selamat, kita telah diselamatkan. Dosa kita telah dilunaskan tetapi, perjalanan rohani kita tidak berhenti di situ sahaja. Proses “sanctification” yang harus kita lalui, bergantung kepada tabiat rohani kita. Apabila tabiat rohani kita baik, semua aspek kehidupan kita akan menjadi baik dan teratur.
Apakah 7 Tabiat yang akan membantu kita hidup suci di dalam Tuhan? Saya akan berikan penerangan satu per satu di dalam perkongsian yang seterusnya. Shalom.