Bilangan 12:6b menyatakan "Aku akan berfirman kepadanya dalam mimpi".
Dalam mimpi ini, seorang lelaki melihat saya dan mengambil saya untuk bekerja, dia mengatakan bahawa saya adalah orang yang tepat untuk melakukannya. Pangkalan kerja adalah di Semenanjung, saya akan diminta melakukan perjalanan ke seluruh semenanjung. Tugas utama adalah membuat dan meletakkan plat kenderaan iaitu 'Cell Group' di kereta. Lelaki itu mengatakan ini adalah cara untuk menyebarkan Injil.
Adakah Tuhan berbicara dengan anda dalam mimpi?
Kongsikan mimpi anda.
di dalam kewaspadaan saya berhubung mimpi ini, saya secara peribadi, tidak menyangkal adanya mimpi, yang mana Tuhan berbicara kepada saya. saya ingin kongsikan mimpi saya. sejak beberapa tahun ini, saya sering bermimpi situasi saya pada zaman bangku persekolahan saya, bersemuka dengan teman-teman yang sama kelas dengan saya. saya tidak tahu apa yang tersirat di sebalik mimpi ini. namun demikian, saya sering mendapat peluang belajar pengetahuan-pengetahuan baru dari hari ke hari. apatah lagi melalui situasi pandemic ini, banyak perkara baru yang telah, sedang bahkan saya percaya, akan saya pelajari. pembelajaran tidak lagi merupakan sesuatu yang terpaksa saya lakukan. dalam erti kata yang lain, belajar itu merupakan sesuatu yang sangat-sangat menyeronokan di dalam Tuhan. di dalam Dia, yakni Kristus, kita telah menjadi kaya di dalam segala hal: dalam perkatan dan pengetahuan, sebagaimana yang ditulis di dalam 1 Korintus 1 ayat 5. Tuhan memberkati anda semua.
banyak juga orang yang mengisytiharkan dirinya mendapat mandat daripada Tuhan untuk menyampaikan nubuat. dalam hal begini juga, kita harus berwaspada. lambat-laun, nubuat menjadi lubuat.
amen, apapun, harus berwaspada dengan mimpi. jika tidak, ianya boleh berunsurkan misjik, yang bertentangan dengan kehendak Tuhan. “Saudara-saudara yang kukasihi, jangan percayai setiap roh. Sebaliknya ujilah setiap roh itu sama ada datang daripada Allah kerana terdapat ramai nabi palsu” (1 Yohanes 4:1 AVB)
Amen !!! Kumpulan pemuridan kecil adalah caranya … Paulus mengatakan kepada Timotius: 2 Timotius 2:2 (AVB) Segala yang telah kaudengar daripadaku di hadapan saksi yang ramai, sampaikan kepada orang setia yang dapat mengajarkannya kepada orang lain pula. Multiplication ! Pelipat-gandaan !