31 Mac, saya bermimpi saya melakukan tindakan profetik untuk pelepasan dengan satu kumpulan pelajar. Kelihatan seorang perempuan yang berjual di situ, dia pesan saya supaya berhati-hati dengan ular. Selepas itu, kelihatan saya sedang memegang tangan seorang cikgu. Dia sangat ketakutan. Saya pun lihat di lengan tangan kiri saya, ular sedang menjalar di dalam.
3 April 2021 1.30 pagi
Saya mengalami kesakitan seperti orang yang bersalin. Saya pun bangunkan suami & anak untuk berdoa. Selepas berdoa, saya rasakan satu aliran elektrik di seluruh badan. Syukur saya rasa selesa & dapat tidur selepas itu.
5 April, saya bermimpi rumah kami dirompak oleh 3 wanita yang berpakaian serba hitam & bersenapang.
8 April 2021, 5 petang.
Saya mengalami kembung perut diiring dengan sakit belakang. Ketidakselesaan berlarutan sampai saya muntah darah 3 kali.Den gan keadaan yang tak larat berdiri & berjalan, saya bertekad untuk mengurapi rumah dengan minyak & minta suami tabur garam di sekeliling rumah.
Keadaan saya semakin teruk sampai tak larat bangun, duduk, makan & minum.
11 April, saya terbangun pada 5 pagi & saya melihat satu susuk wanita berbaju hitam dari atas kepala sampai ke hujung kaki. Susuk itu tengah berjalan di depan mata saya.
Pagi itu, terus saya berasa deman sejuk sekali dengan tubuh badan yang masih lemah.
Hari itu saya mengambil keputusan untuk minta pastor & gereja mendoakan saya.
(TB Matius 18:19-20) Dan lagi Aku berkata kepadamu: Jika dua orang dari padamu di dunia ini sepakat meminta apapun juga, permintaan mereka itu akan dikabulkan oleh Bapa-Ku yang di sorga. Sebab di mana dua atau tiga orang berkumpul dalam Nama-Ku, di situ Aku ada di tengah-tengah mereka.
Mimpi saya kali ini membawa maksud amaran akan perkara yang akan datang.
3 perkara yang saya belajar dari pengalaman ini ialah....
( Lukas 21:36) Kamu hendaklah sentiasa berjaga-jaga dan berdoa supaya kamu diteguhkan untuk menghadapi segala perkara yang akan terjadi itu lalu dapat berdiri di hadirat Anak Manusia.
(Lukas 10:19) Aku telah memberimu kuasa untuk memijak ular dan kala jengking serta kuasa atas segala kekuatan musuh. Tiada apa-apa yang dapat mencederakan kamu.
(Roma 8:37-39) Tidak! Dalam semua hal ini kita lebih daripada para penakluk melalui Dia yang mengasihi kita. Kerana aku yakin bahawa kematian mahupun kehidupan, para malaikat mahupun para pemerintah, masa kini mahupun masa depan, baik kuasa apa pun, ketinggian mahupun kedalaman, baik apa pun yang lain dalam seluruh ciptaan, tidak akan dapat memisahkan kita daripada kasih Allah yang di dalam Kristus Yesus, Tuhan kita.
Saya bersyukur dengan gereja Tuhan hari ini yang sentiasa memberi sokongan doa di sebalik tabir.
Saya percaya pengalaman ini menguatkan lagi saya dan membuktikan janji Tuhan sentiasa tepat pada waktu-Nya.
(Mazmur 91:15-16) "Dia akan berseru kepada-Ku, dan Aku akan menjawabnya;
Aku akan menyertainya ketika dia dalam kesusahan, dan Aku akan melepaskannya dan memberinya penghormatan.Dengan umur yang panjang Aku akan memberinya kepuasan dan menunjukkannya penyelamatan-Ku."
Amen Puji Tuhan. Kami menyanak terus mai nuan & kita sebilik dalam sampi.
Amin!
Puji Syukur TUHAN telah menjawab doa anak-anak Tuhan! Kuasa TUHAN mengatasi ancaman Si jahat. Tuhan Yesus Kristus memberkati!