Ulangan 27:10 Oleh sebab itu patuhilah Tuhan , Allahmu, dan lakukanlah segala perintah-Nya serta segala kanun-Nya yang kusampaikan kepadamu pada hari ini.
Dan dengan seterusnya di dalam ayat 28:1 Tuhan telah berjanji akan memberikan kita berkat apabila kita mentaati firman Tuhan.
Ulangan 28:1 Jika secara ikhlas engkau bersungguh-sungguh mematuhi Tuhan , Allahmu, dan melakukan dengan setia segala perintah-Nya yang kusampaikan kepadamu pada hari ini, maka Tuhan , Allahmu, akan meninggikan engkau mengatasi segala bangsa di bumi.
Kita mematuhi dengan iklhas dan bersungguh-sungguh
Kita mematuhi dengan setia … (di dalam bahasa Inggeris, diligently)... maksudnya, berterusan. Consistent.
Sesuatu yang kita lakukan berulang-ulang.
Dan sesuatu yang kita lakukan berulang-ulang akan menjadi tabiat kita.
Dan apabila kita taat dan setia melakukan firman Tuhan, ia menjadi tabiat kehidupan kita, karakter kita akan bertumbuh dan dengan karakter yang bertumbuh, kita pasti akan memenuhi destini dan rancangan Tuhan di dalam kehidupan kita.
Saya cadangkan kita membaca Berkat Ulangan 28, jikalau kita mematuhi Tuhan.
Segala berkat akan datang ke atas kita.
Kita kita akan diberkati.
Ladang, hasil kandungan, hasil tanah, hasil ternakan …. Semuanya akan diberkati Tuhan. Iaitu perniagaan kita, business kita, hasil pekerjaan kita, akan diberkati Tuhan.
Bakul dan adunan kita akan diberkati.
Keluar masuk kita dari rumah akan diberkati.
Musuh kita akan dikalahkan.
Ulangan 28:8 Tuhan akan memerintahkan berkat-Nya turun ke atas bangsal-bangsal di ladangmu dan ke atas segala usaha kamu. Dia akan memberkati engkau di negeri yang dikurniakan Tuhan , Allahmu, kepadamu.
Tuhan akan membuat kita berkelimpahan dalam kebaikan
Tuhan akan membuka bagi kita, perbendaharaan Nya yang baik, untuk memberkati segala pekerjaan kita !
Tuhan akan menjadikan kita kepala dan bukan ekor.
Kita akan berada di atas dan bukan di bawah …
Ini semuanya adalah yang tertulis di dalam Ulangan 28.
Syaratnya, ialah kita mematuhi Tuhan dan tidak menyimpang ke kiri dan ke kanan.Baca Ulangan 28, teman-teman sekalian dan biarlah firman Tuhan mengubah cara pemikiran kita, supaya kita sentiasa di dalam keredaan Allah. Always within the favour of the Lord.
Jadi apakah kita mahu menerima berkat Ulangan 28? Tentu kita semua mahu kan? Rahsianya, ialah kita memupuk tabiat yang ke-3 ini, iaitu mematuhi dan taat kepada Tuhan.
Kita hanya akan dapat mematuhi Tuhan, jikalau kita mempunyai tabiat berdoa dan tabiat merenungkan firman Tuhan. Dan dengan itu, kita mempunyai tabiat untuk bergantung kepada Tuhan dan dengan itu, tabiat yang ke-3 ini, menjadi satu yang senang untuk kita lakukan… amen saudara-saudari?
Ingatkah kita, ibarat 2 jenis asas yang tertulis di dalam matius 7.
Yesus menyatakan bahawa bukan semua orang yang memanggilku “Tuhan, Tuhan” akan memasuki kerajaan syurga, tetapi, mereka yang melaksanakan kehendak bapaku yang di syurga.
Dan kemudian dia menceritakan ibarat 2 jenis asas.
Sesiapa yang mendengar dan menurut kata-kata Yesus, ibarat orang yang bijak yang membina rumah di atas batu.
Hujan, banjir dan angin kencang tidak akan meruntuhkan rumah tersebut kerana berasaskan batu.
Manakala, sesiapa yang mendengar dan tidak menurut kata-kata Yesus, adalah ibarat seorang yang bodoh yang membina rumah di atas pasir.
Hujan, banjir dan angin kencang akan meruntuhkan rumah tersebut.
Jadi inilah peringatan kita untuk hari ini.
Apakah kita mahu berjaya di dalam hidup kita? Lakukanlah firman Tuhan.
Apakah kita mahu menerima berkat yang melimpah ruah? Lakukanlah firman Tuhan.
Apakah kita mahu membina hidup kita atas dasar yang kuat? Lakukanlah firman Tuhan.
Amen ?