oleh David Clarke
Perkahwinan anda belum berakhir sehingga hakim memutuskan bahawa anda berdua bercerai. Jika anda telah melakukan kesilapan dalam perkahwinan, pertimbangkanlah lima perkara yang tidak boleh dibuat dan enam perkara yang boleh dibuat bila cuba mendapati semula pasangan.
“Saya telah kehilangannya, Doc,” Lucas berkata. “Saya telah berkelakuan bodoh. Saya menyakitinya dengan teruk …dan dia telah putus asa terhadap hubungan kami.” Semasa kami berbincang di pejabat kaunseling saya, Lucas bersandar ke depan dan berbisik, “Dia mahu bercerai. Apa yang aku boleh buat?”
“Dia memang sudah putus asa,” saya berkata. “Tetapi perkahwinan belum berakhir sehingga hakim memerintah bahawa anda berdua sudah bercerai. Saya mempunyai pelan tindakan yang memberimu peluang terbaik untuk memenanginya kembali.”
Sekiranya anda telah membuat kesilapan dalam perkahwinan, pertimbangkan lima perkara ini yang tidak boleh dilakukan dan enam perkara yang boleh dilakukan semasa cuba memenangi pasanganmu. Ini adalah langkah-langkah yang boleh diambil untuk menyakinkan pasangan untuk menghentikan proses perceraian dan sebaliknya, berusaha membaiki perkahwinan anda berdua. Saya menulis senarai ini terutamanya untuk si- suami sebab keadaan yang kerap dilihat dalam amalan kaunseling saya (dan sebab wanita memulakan lebih daripada 65 peratus kes cerai di Amerika Syarikat), prisip-prinsip ini juga boleh digunakan oleh para isteri.
Perkara yang tidak boleh dibuat
1. Jangan berhenti. Saya melihat ramai lelaki yang memulakan proses sini dengan kukuh, tetapi bila menghadapi kemarahan dan penolakan berterusan dari pasangan yang dilukai, menjadi tawar hati dan berhenti. Pemberhentian adalah penghinaan muktamad kepada pasanganmu: ia menunjukkan anda tidak cukup ambil berat untuk mencuba dan ia mengesahkan keputusannya untuk memutuskan hubungan anda berdua. Teruslah berusaha sehingga si-isteri menerimamu kembali atau hakim memberi perintah perceraian.
2. Jangan cakap kepada keluarga dan kawan-kawannnya. Dalam krisis ini, kamu fikir siapakah akan mereka sebelahi? Mereka juga membencimu kerana anda mencederakan orang yang sangat mereka sayangi. Bercakap kepada mereka akan membuatmu kelihatan seperti orang kecundang yang cuba mengawal dan memanipulasi mereka untuk mendapat sokongan.
3. Jangan mendesaknya dari segi kewangan. Ramai lelaki yang berbuat demikian untuk memberi tekanan dengan harapan isteri akan menghentikan proses perceraian. Kelakuan ini amatlah bodoh. Dengan mengancam keselamatan and keselesaannya, anda mengukuhkan perasaannya yang anda tidak mencintainya. Anda akan menyebabkannya memperhebatkan usaha menjauhi diri darimu. Berikannya akses lengkap dan tak bersyarat kepada akaun-akaun bank anda. Jangan cuba membatalkan kad-kad kreditnya atau mengurangkan had perbelanjaan kad tersebut. Bayar semua bil yang merupakan tanggungjawab anda – dan bil-bil lain juga.
4. Jangan ‘kejar’ dia. Jangan hantar bunga, manisan atau apa-apa hadiah. Jangan ajaknya berpacaran. Jangan kata, “Aku cinta padamu”(melainkan satu kali dalam surat yang akan dihuraikan di bawah rencana ini.) Jangan tanya, “Adakah kau cinta padaku?” Jangan sentuhnya. Jangan cuba memujuknya berbincang tentang hubungan anda berdua. Jangan mengajaknya berbincang tentang apa-apa! Anda telah hilang hak berbincang dengannya tentang apa-apa perkara melainkan anak-anak, isu kewangan dan kecemasan. Jika dia menghubungimu dan mahu berbincang, OK. Tetapi biarlah dia yang memulakan proses komunikasi.
5. Jangan mendesak mendapat kaunseling pasangan. Sebelum dia mempertimbangkan mendapat kaunseling pasangan, dia mesti melihat perubahan ketara dalam peribadi-mu. Anda sendiri akan berjumpa dengan kaunselor sekurang-kurangnya selama tiga bulan. Kamu perlu jadi sihat dari segi rohani dan emosi – dan buktikan kepadanya. Buat tawaran untuk membayar kos kaunseling perseorangan supaya dia dapat pulih dari luka yang disebabkan oleh tindakanmu. Jika dia percaya anda telah benar-benar berubah, dia mungkin bebas memilih untuk mendapat kaunseling pasangan.
Perkara yang mesti dibuat
Lima perkara pertama yang anda mesti lakukan terkandung dalam surat kepada pasanganmu. Surat ini mesti segera dihantar. Ia boleh ditulis dengan tangan atau dicetak, tetapi ia mesti dirakamkan atas kertas dan dihantar dengan pos biasa.
Surat ini menggambarkan dengan jelas kerja yang akan anda lakukan dalam tempoh tiga bulan yang akan datang. Ia menyatakan lima pesanan utama (Perkara yang mesti dibuat): “Saya harus dipersalahkan”, “Saya akan memberi ruang kepadamu”, “Aku berusaha mencapai kemajuan dalam peribadi-ku”, “Saya akan merapatkan hubungan saya dengan Tuhan” dan “Saya merancang memenangi hatiku kembali”. Anda boleh membuat beberapa pindaan kepada contoh berikut supaya ia sesuai dengan keadaanmu (terutamanya jika anda merupakan si-isteri yang bersalah).
Sayang ____[Nama]____
Pertama sekali, saya telah melakukan kesalahan terhadap anda dan anak-anak kita. Saya telah melukai-mu dengan teruk dan saya tiada alasan untuk perbuatan ini. Saya tidak menyalahkan kau kerana mahu memutuskan hubungan kita. Kedua, saya akan memberi ruang kepada anda. Kamu perlu masa untuk pulih dari luka yang diakibatkan perbuatanku. Kehadiranku hanya akan mendatangkan lebih banyak kepedihan kepadamu. Oleh demikian, saya akan berpindah keluar rumah secepat mungkin. Saya akan berhubung dengan anda tentang anak-anak, hal kewangan dan kecemasan. Saya minta bahawa kita membentuk jadual untuk saya melawat anak-anak. Saya akan cuba sedaya upaya menyokongmu dan anak-anak dari segi kewangan.
Ketiga, saya akan secara rutin berjumpa dengan seorang kaunselor selama tempoh tiga bulan yang akan datang untuk berusaha bersungguh-sungguh menyelesaikan masalahku. Saya perlu tahu kenapa saya melayani-mu dengan buruk – dan menyelesaikan punca masalah. Tidak kira apa keputusan anda buat tentang hubungan kita, saya akan berubah. Saya akan berubah. Saya tahun anda tidak percaya. Ia akan memakan masa – masa yang lama – untuk membuktikannya.
Keempat, saya akan merapatkan hubungan dengan Tuhan. Saya akan menghadiri suatu tempat beribadat setiap minggu. Saya hanya boleh berubah perangai dengan bantuan kuasa Tuhan. Akhir sekali, setelah saya sembuh dan menjalani proses pemulihan, saya akan cuba sedaya upaya memenangi hati anda kembali. Walau saya tidak menunjukkannya – perbuatanku menunjukkan keadaan sebaliknya – saya memang mencintaimu dan mahu bersama denganmu.
Yang ikhlas
____[Nama Anda_____
6. Hubungi Dia. Selepas tiga bulan memberi si-isteri ruang dan mendapat kaunseling, sudah sampai masanya untuk berhubung dengannya. Mintakan kawan baik, yang kenal anda berdua, menghubunginya. Orang ini akan melaporkan tentang kemajuan anda, dan berkongsi tentang perubahan yang anda lakukan, mendapat tahu tentang proses pemulihan si-isteri dan bertanya sama ada dia bersedia berbincang tentang kaunseling pasangan. Jika dia belum bersedia, kawan ini akan memintanya berhubung dengannya bila si-isteri bersedia. Terus berikan ruang kepada si-isteri dan berusaha mencapai kemajuan dalam proses perubahan anda.
Berita buruk – anda sudah kehilangan pasang dan perlukan mukjizat untuk mendapatinya kembali. Berita baik – Tuhan melakukan mukjizat.
Tiada jaminan rancangan saya akan berjaya. Tetapi, di depan Tuhan, si-isteri dan anak-anak, anda akan tahu bahawa anda telah cuba sedaya upaya menyelamatkan perkahwinan anda.
© 2018 David E. Clarke Semua hak terpelihara. Digunakan dengan izin
This particular is usually apparently essential and moreover outstanding truth along with for sure fair-minded and moreover admittedly useful My business is looking to find in advance designed for this specific useful stuffs… ESTA აშშ ვიზა ბავშვებისთვის
Most of the time I don’t make comments on websites, but I'd like to say that this article really forced me to do so. Really nice post! trzeba zobaczyć miejsca w San Diego w Kalifornii w USA
Thanks for a wonderful share. Your article has proved your hard work and experience you have got in this field. Brilliant .i love it reading. ביקור בלאס וגאס באמצעות ויזה לארצות הברית באינטרנט