I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. I’m a great place for you to tell a story and let your users know a little more about you.
Ibu bapa mesti menjauhkan anak-anak mereka daripada situasi yang mungkin berbahaya dan mengajar mereka apa yang perlu dilakukan jika berlaku cubaan mengeksploitasi mereka secara seksual.
oleh Jon Holsten
Dia adalah orang terakhir yang akan disyakinya, tetapi bukti terhadap suami barunya tidak dapat dinafikan.
Ibu muda kepada dua kanak-kanak perempuan menangis teresak-esak apabila kisahnya terbongkar. Lelaki yang disangkanya suami dan bapa tiri yang penyayang kini berada di penjara – dituduh mencabuli salah seorang anak perempuannya secara berulang kali.
Sebagai pegawai polis dan detektif yang menyiasat jenayah besar, saya telah menyiasat banyak pembunuhan, bunuh diri, kematian akibat perbuatan tidak sengaja dan serangan kejam. Pada pendapat saya, penganiayaan fizikal, emosi dan seksual terhadap kanak-kanak adalah antara jenayah yang paling keji.
Ibu bapa yang menyangka anak mereka “selamat” daripada penganiayaan seksual hidup dengan perasaan selamat yang palsu dan telah menetapkan haluan yang berbahaya untuk keluarga mereka.
Orang yang paling berkemungkinan mendera anak anda secara seksual ialah orang yang anak anda kenali – dan percayai. Pesalah seks mencari kanak-kanak yang mempercayainya dan boleh diyakinkan untuk berdiam diri mengenai hubungan fizikal yang tidak wajar. Ia mungkin ahli keluarga, saudara terdekat, jiran atau rakan yang dipercayai.
Perbincangan tentang seksualiti dan/atau penderaan seksual dengan anak anda mungkin merupakan pengalaman yang tidak menyenangkan, tetapi di dunia hari ini, ibu bapa yang bertanggungjawab tidak dapat mengabaikan masalah tersebut. Berikut ialah beberapa cadangan praktikal untuk keluarga anda:
· Tetapkan satu masa untuk duduk bersama anak anda untuk membincangkan tentang isu penderaan seksual:
· Terangkan kepada anak-anak anda bahawa tubuh mereka sangat istimewa. Setiap bahagian tubuh mereka adalah baik, tetapi beberapa bahagian tubuh mereka adalah bahagian yang sulit.
· Kenal pasti dengan jelas untuk anak anda bahagian anatomi yang sulit. Jika anak-anak anda masih kecil, pertimbangkan untuk berkongsi maklumat ini semasa mereka mandi. Kaedah yang lain ialah minta anak-anak memakai pakaian mandi dan tunjukkan kepada mereka bahawa semua kawasan yang diliputi oleh pakaian mandi adalah “sulit”.
· Beritahu anak-anak bahawa mereka mesti memberitahu anda jika sesiapa menyentuh mereka di kawasan sulit – tidak kira siapa orang itu, atau apa yang dikatakannya kepada mereka. Pastikan anak-anak tidak akan menghadapi masalah jika mereka memberitahu anda bahawa mereka telah disentuh secara tidak wajar – sebaliknya, anda akan berbangga dengan mereka, dan membantu mereka menangani situasi itu.
Ada kemungkinan bahawa apabila anda berbual sedemikian dengan anak anda, dia mungkin memberitahu tentang sentuhan yang tidak wajar yang pernah dilakukan kepadanya pada masa lalu. Dengar dengan teliti apa yang diberitahunya, tetapi elak dari bertanya banyak soalan. Kanak-kanak kecil kadangkala cepat mengesahkan maklumat yang mungkin benar atau palsu. Sebaliknya, beritahu anak anda bahawa anda mempercayai dan menyayangi mereka. Laporkan penderaan seksual yang disyaki kepada agensi penguatkuasaan undang-undang tempatan anda, yang akan berusaha untuk membuktikan atau menolak kemungkinan tersebut.
Sebagai ibu bapa, kami tidak dapat menghapuskan sepenuhnya kemungkinan anak kami akan didera secara seksual – terlalu banyak factor yang berada di luar kawalan kami. Namun begitu, ibu bapa boleh memperkasakan anak-anak mereka melalui perbincangan dan kasih sayang. Perbualan dengan anak anda boleh menyelamatkan mereka, dan anda, dari kesakitan seumur hidup.