Sebagai ibu bapa, anda adalah orang yang terbaik untuk mendidik anak anda tentang keseksualan. Walau bagaimanapun, budaya anak-anak kita memberi ancaman kepada perspektif yang sihat tentang keseksualan.
Selama beberapa dekad, media sosial dan budaya kita pada umumnya telah mempersembahkan karikatur lucu tentang perbualan tentang seks di mana si-Ayah tergagap-gagap dan telapak tangannya berpeluh sambil menerangkan mengenai seks secara berbelit-belit kepada anak pra-remaja – yang sebenarnya, sudah tahu semua butir terperinci perkara tersebut. Walau bagaimanapun, bercakap tentang seks dan akil baligh dengan anak-anak anda adalah lebih unik dan halus perbezaannya daripada imej biasa ini.
Kelucuan itu timbul daripada ketegangan yang dirasakan oleh kebanyakan ibu bapa ketika berbincang tentang seks dengan anak-anak mereka. “Apa yang akan terjadi jika kita memberitahunya terlalu banyak?" “Adakah ini akan menghilangkan kesucian hatinya?” “Bagaimana jika dia mula bertanya tentang apa yang kita lakukan?”
Apa yang tidak lucu ialah realiti bahawa terlalu ramai kanak-kanak belajar tentang seks daripada semua orang kecuali ibu bapa mereka. Bahasa kesat dari taman permainan dan kelucahan boleh memberi kanak-kanak permulaan dalam pemahaman baru tentang seks dan akil baligh. Lebih teruk lagi, melihat bahan lucah dengan tidak sengaja atau sengaja akan memberi gambaran seks pertama yang sumbang untuk kanak-kanak. Apa yang sepatutnya dilihat sebagai komunikasi yang paling indah, bermakna dan peribadi antara suami isteri menjadi perasaan ingin tahu yang boleh merosakkan dengan cepat.
Pendidikan Seks atau Keutuhan Seksual?
Usaha oleh sekolah awam untuk membetulkan maklumat yang salah akibat khabar angin dan kekurangan maklumat di rumah sering menyebabkan tertinggalnya perkara yang penting: rangka kerja moral di mana fakta tentang pembiakan harus dijelaskan. Tanpa konteks etika yang betul, pendidikan seks hanya menjadi pengetahuan asas dalam anatomi, fisiologi, penyakit berjangkit dan kontraseptif.
Ramai orang telah cuba mengajar prinsip seksualiti kepada para belia dan usaha mereka harus dipuji. Tetapi konsep penting ini tidak selalu disertai dengan maklumat perubatan yang tepat atau kemahiran untuk menolak cadangan mengadakan hubungan seks. Tambahan pula, pemberian fakta kepada para belia biasanya bermula pada tahap yang lewat (iaitu, semasa remaja) dan jarang melibatkan perbincangan berterusan tentang subjek ini.
Apa yang lebih menjolok mata ialah kegagalan bercakap tentang seks dan akil baligh dalam konteks kesucian. Dr Danny Huerta sering menasihati ibu bapa mengenai topik ini dalam usaha mempromosikan keutuhan seksual mengatasi kesucian seksual. Ringkasnya, kesucian menyampaikan mesej tiada kompromi dalam hal keintiman seksual. Jika gagal, anak muda mungkin putus harapan. Walau bagaimanapun, keutuhan seksual menggabungkan asas penebusan, penyembuhan, dan harapan sebagai ganti kehancuran sambil tetap menekankan nilai dan kepentingan keperawanan dan keintiman seksual.
Perbualan tentang Seks dan Akil baligh harus bermula di Rumah
Tempat terbaik untuk kanak-kanak belajar tentang seksualiti adalah di rumah daripada mereka yang paling mengambil berat tentangnya. Sesiapa sahaja boleh mengajar fakta asas tentang pembiakan dalam satu atau dua jam (atau ia boleh dibaca dalam mana-mana buku rujukan).
Tetapi anda berada dalam kedudukan terbaik untuk meletakkan maklumat ini dalam konteks dan perspektif yang betul selama beberapa tahun. Tiada formula ringkas untuk menjalankan tugasan ini, tetapi ingati-lah prinsip-prinsip berikut:
1. Fakta Tidak Semestinya Buruk
Memberi maklumat kepada kanak-kanak tentang pembiakan, termasuk butiran mengenai persetubuhan, tidak menghilangkan kemurniannya. Kesucian adalah berkait dengan sikap, bukan maklumat. Seorang kanak-kanak yang bersekolah yang memahami butiran seks, sambil melihatnya sebagai kelakuan yang, dalam konteks yang betul, menyatakan cinta dan memulakan kehidupan baru, masih mengekalkan kesucian hatinya. Tetapi seorang kanak-kanak yang tahu sedikit tentang seks sudah boleh mempunyai pemikiran yang rosak jika dia telah terdedah kepadanya dalam konteks yang menjatuhkan maruah, mengejek atau menghina.
2. Pertimbangkan Semula Pendapat dan Perasaan anda
Jika anda berasa gagap atau berasa tertekan untuk membincangkan perkara ini dengan anak anda, fikirkan sejenak tentang sikap anda sendiri. Buku yang boleh dipercayai, bermaklumat dan menghormati seks dan perkahwinan juga boleh membantu. Tetapi bagi kebanyakan orang, kegelisahan tentang seks mungkin berpunca daripada pengalaman hidup, terutamanya jika ia melibatkan penderaan seksual yang dialami semasa zaman kanak-kanak, remaja atau dewasa. Masih belum terlambat untuk menangani isu sedemikian dengan individu yang mempunyai latihan dan pengalaman dalam bidang ini dan boleh membantu anda berusaha ke arah penyembuhan.
3. Ambil Masa Anda
Jangan tunggu untuk memberitahu anak anda semua yang anda ketahui tentang seks semasa satu sesi maraton yang sengit. Ini menimbulkan bahaya bahawa sudah terlambat atau memberi terlalu banyak maklumat yang sukar ditangani kepada kanak-kanak. Sebaliknya, berikan maklumat secara beransur-ansur semasa perbualan selama tempoh beberapa tahun. Prinsip ini adalah sama untuk mana-mana bidang hidup yang lain. Topik seperti iman, nilai hidup, tanggungjawab, perhubungan, pengendalian wang memerlukan pelbagai perbualan berterusan. Sama seperti bercakap tentang seks dan akil baligh, subjek ini terlalu penting untuk satu perbualan sahaja.
4. Perlu atau Tidak Perlu
Dalam banyak keadaan, anda akan memberikan maklumat berdasarkan keperluan untuk diketahui. Anak anda yang berumur lima tahun mungkin ingin mengetahui bagaimana bayi dalam kandungan Mak Cik Susie akan keluar. Tetapi anak anda mungkin tidak terfikir untuk bertanya bagaimana bayi itu sampai di sana. Dan anda tidak perlu membincangkan subjek pada masa itu. Sebaliknya, jika anda masih belum mengadakan sebarang perbincangan tentang pembiakan dengan anak anda yang berumur sepuluh tahun, anda perlu mengambil inisiatif untuk memulakannya. Dia perlu mendengar daripada sumber yang lebih berwibawa dan matang.
5. Anda Tidak Perlu Tahu Semua Jawaban
Bagaimana jika anak anda bertanya soalan yang anda tidak boleh jawab? Beritahunya dengan jujur, dan kemudian lakukan penyelidikan. Kewibawaan anda akan meningkat di mata anak anda dengan sikap jujur dan bukan dengan menipu. Tambahan pula, anda mungkin tidak mempunyai pengetahuan terperinci tentang selok-belok kitaran haid atau peringkat perkembangan akil baligh. Tetapi anda tidak terlalu tua untuk belajar.
Ke Mana Kita Pergi Dari Sini?
Perbualan tentang keutuhan seksual, seperti yang dinyatakan sebelum ini, boleh dan harus berkekalan selagi anak-anak tinggal di rumah anda. Jadi, ke mana anda pergi dari sini? Bergantung pada pemahaman anak anda tentang topik rumit seperti seks dan akil baligh, anda mungkin mempunyai beberapa pilihan. Utamakan anak anda dan perkembangannya. Kemudian, anda boleh mengetahui cara mengendalikan perbualan penting dengan anak anda dengan sewajarnya.
Diterjemah dari Bahasa Inggeris. Digunakan dengan izin. Dipetik daripada The Complete Book of Baby and Child Care yang diterbitkan oleh Tyndale House Publishers.
The appeal of photo booths in Atlanta lies in their ability https://eventsroyaleatl.com/ to transform ordinary moments into extraordinary memories. Whether it's capturing a spontaneous laugh with friends or striking a dramatic pose, each snapshot serves as a timeless keepsake of shared experiences.