Ketahuilah, anak-anak ialah warisan daripada Tuhan,
hasil daripada rahim adalah suatu ganjaran.
Keluarga Daniel Wharff ini adalah salah sebuah keluarga kristian di Sri Aman. Begitu indahnya ciptaan Tuhan and kasihNya kepada keluarga Daniel, hingga memberkati Daniel dan Sulie dengan tiga anak.
Masa rakaman video ini, anak-anak mereka sangat gembira, begitu juga dengan Daniel dan Sulie melihat anak-anak bermain di sisi mereka.
Lagu dalam video ini diambil dari artist Phil Wickham yang bertajuk It's Always Been You.
Masa saya edit video ini, menitis air mata melihat satu suasana yang gembira dan bertapa indahnya lagu ini yang menyatakan It's always been You (Yesus) dari mulanya. Tuhan sentiasa bersama mereka dan mengiring mereka dalam setiap langkah.
Apakah itu kegembiraan?
Harta dunia, pencapaian, bahkan orang dalam hidup kita,
adalah berkat yang membuat kita bahagia dan menyemarakkan kegembiraan.
Walau bagaimanapun, Alkitab mengajar bahawa sumber semua kegembiraan ialah Yesus. Ianya adalah perancangan Tuhan sejak awal lagi, Firman yang menjadi manusia, tinggal di antara kita adalah batu yang kukuh, membolehkan kita mengharungi situasi yang sukar.
Dalam Roma 15:13 menyatakan, "Semoga Allah, sumber harapan, memenuhi hatimu dengan kegembiraan dan kesejahteraan dalam iman, supaya kamu dilimpahi harapan dengan kuasa Roh Kudus."
Apakah warisan yang anda turunkan?
Alkitab mengajar kita bahawa, didiklah seorang anak di jalan yang patut dilaluinya,
maka pada masa tuanya pun dia tidak menyimpang dari laluan itu.
Yesus berkata kepada murid-murid-Nya, "Biarkan kanak-kanak kecil itu datang kepada-Ku; jangan larang mereka, kerana orang seperti itulah yang empunya kerajaan syurga."