Oleh Jeff Feldhahn
Para lelaki sekalian, saya ada berita baik: memahami dan membahagiakan isterimu adalah perkara yang lebih mudah daripada yang dijangkakan.
Saya hanya seorang lelaki biasa yang kadang-kadang jahil tentang perwatakan kaum wanita. Namun demikian, ketika saya dan isteri melakukan penyelidikan untuk sebuah buku tentang kehidupan dalaman kaum wanita, saya sedar betapa salahnya anggapan bahawa wanita memang mustahil difahami oleh kaum lelaki. Izinkan saya kongsikan beberapa penemuan yang mencelikkan mata.
Perjanjian yang tidak berkesudahan
Kau ujar “Saya sudi” sebagai ikrar perkahwinan. Kau fikir perjanjian sudah dimeteraikan. Besar kemungkinannya, soal, “Adakah dia mencintaiku?” tak terlintas langsung dalam fikiranmu lagi.
Tetapi menurut tinjauan 400 wanita di seluruh negara, isteri anda mungkin melihat isu ini dari sudut yang berbeza. Baginya, ‘perjanjian’ tersebut tidak pernah tamat. “Saya sudi” mungkin bermaksud “Sudi-kah kau?”
Tidak kira betapa kuatnya kepercayaan seseorang wanita kepada suaminya, masih ada keraguan yang terpendam dalam hatinya terhadap cinta si suami. Ya, dia tahu suaminya mencintainya, tetapi ada kalanya dia perlu diyakini. Apabila ‘kelemahan’ ini dijolok – oleh persengketaan perkahwinan, misalnya, bahkan oleh sikap anda yang suka berbisu – kebanyakan wanita akan berasa susah hati sehingga kerisauan ini diselesaikan.
Anda boleh mentakrif “susah hati” sebagai “menyebabkan laki mereka jadi gila”. Ketenangan di rumah hanya terjadi bila kaum lelaki faham kenapa isteri mereka berasa tidak selamat.
Kebanyakan lelaki tidak begitu peduli tentang kesihatan hubungan suami isteri. Tetapi sikap ini tidak dapat dibayangkan oleh lapan puluh peratus kaum wanita. Sekiranya ada yang tidak betul dalam perkahwinan, adalah sukar atau mustahil untuk mereka melupakannya. Sebagaimana yang dinyatakan oleh beberapa wanita, “Ketika kita berselisih, dunia kita tidak aman sehingga masalah diselesaikan”.
Seorang wanita cenderung mengalami rasa tidak selamat terhadap perkahwinannya walaupun suaminya bukan pencetus perasaan tersebut. Namun, si lelaki boleh menyumbang kepada penyelesaian masalah.
Pertama, yakinkan dia. Semasa persengketaan, ingatkannya tentang cinta anda dan hakikat bahawa hubungan anda berdua masih baik. Apabila anda memerlukan ruang peribadi, pastikan bahawa dia tahu bahawa keperluan ini bukan disebabkan olehnya. Kau harus faham bahawa dia kadang-kadang ‘terlalu berpaut padamu’ atau suka mengkritik kerana perasaan tidak selamatnya; kau harus terus menyakinkannya akan cintamu. Ya, perangainya mungkin ‘berduri’ macam landak tapi peluklah landak itu – dan anda mungkin lihat semua duri itu hilang.
Kedua, terus memikatnya. Anda boleh menghilangkan kebanyakan rasa tidak selamat dengan memperkukuhkan hubungan romantik dengan si isteri. Sebenarnya, langkah kecil seperti berbual-bual dengannya setiap hari lebih bermakna dari ‘usaha hebat’ oleh si suami. Godakan-lah si isteri. Dengar betul-betul apa yang dia cakap. Berikannya nota romantik yang ringkas. Pujilah si isteri.
Seks adalah pengalaman yang berbeza untuknya
Kaum lelaki seolah-olah berfikir bahawa si isteri mempunyai tubuh betina yang menyelaputi minda jantan. Secara tidak sedar, kami anggap lelaki dan wanita pada dasarnya mempunyai reka bentuk seksual yang sama. Kadangkala suami isteri tidak sepadan dan ini membuat kami bingung. Seperti yang dikatakan oleh seorang rakan, “Sekiranya seks adalah ceria dan menyeronokkan, mengapa dia tidak inginkan keseronokan percuma?"
Apabila kami mendengar, “Bukan malam ini, aku letih,” kami berasa tersinggung.
Kami menganggap itu bermaksud kami tidak diinginkan. Para lelaki sekalian, tentu anda akan terkejut! Sembilan puluh enam peratus wanita yang kami wawancara mengatakan daya tarikan laki mereka tiada kena mengena dengan keengganan untuk melakukan hubungan seks. Sebilangan besar wanita berasa tertarik kepada suami mereka dan mahukan hubungan seksual yang baik. Kesimpulan seorang penyelidik: “Walaupun saya tidak menginginkan hubungan seks dengan kerap seperti si suami, saya masih sangat mencintainya dan menganggapnya sangat menarik.”
Ego anda tidak harus berasa tersinggung. Sebaliknya, anda harus sedar bahawa fikiran isterimu memang berbeza. Dia perlu lebih banyak masa persediaan untuk mempersiapkan minda dan emosinya untuk melakukan hubungan seks. “Bermain cinta” ketika bersarapan menjadikannya tidak sabar untuk menikmati malam yang hangat dengan keintiman seksual.
Dia juga dirangsangkan dengan cara yang berbeza. Anda tertarik kepada apa yang dilihat. Sebaliknya, dia perlu rasa hubungan yang rapat dari segi emosi. Dia tidak dapat melupakan tingkah lakumu terhadapnya sepanjang hari. Perasaan terluka atau diabaikan harus disembuhkan dan dimaafkan; kenangan positif menjadikannya bersedia untuk keintiman.
Kenangan positif memang mudah ditimbulkan dengan menyentuhnya dengan lemah-lembut, dengan mendengar dengan perasaan empati, dengan menolong melakukan tugas rumah tangga. Semasa penyelidikan kami, seorang wanita berkata bahawa dia memberitahu suaminya, “Sayang, tiada yang lebih memberahikan daripada memerhatikan anda membersihkan barangan!” Wanita tersebut hanya mahu rasa bahawa dia dijaga oleh suaminya.
Bukan hanya anda yang ada banyak anggapan salah terhadap si isteri. Seperti saya dan lelaki lain yang dahulunya jahil tentang perwatakan isteri, anda memang boleh belajar bagaimana membahagiakan isteri anda.
________________________________________
© 2007 Focus on the Family. Hak cipta terpelihara. Hak cipta antarabangsa diperolehi. Digunakan dengan izin.
Usaha menumpukan perhatian pada cinta sejati walaupun mengharungi cabaran kehidupan adalah suatu komitmen. Ambillah kuiz percuma kami, Focus on Marriage Assessment untuk memahami hubungan anda berdua dan bidang-bidang yang harus dipupuk dalam setiap musim perkahwinan yang berlainan.