oleh Shaunti Feldhahn
“Saya telah berkahwin selama 30 tahun, tapi saya tidak percaya saya langsung tak tahu tentang perkara ini.”
Saya tidak dapat mengira berapa kali seorang wanita mengeluarkan kenyataan ini selepas saya memberikan syarahan mengenai subjek ini. Bila saya menemu ramah lebih daripada 1,500 orang lelaki untuk sebuah buku mengenai kehidupan dalaman si suami, saya mulai sedar bahawa kaum wanita mempunyai banyak tanggapan salah terhadap kaum lelaki – dan bagaimana persepsi tersebut mempengaruhi hubungan antara kita. Adakah anda mahu melihat laki anda dengan cara baru? Pertimbangan beberapa penemuan saya seperti berikut:
Cinta sahaja tidak mencukupi
“Hanya cinta yang diperlukan,” kata sebuah lagu popular. Kita sebagai wanita memang bersetuju. Sebenarnya, dalam suatu kajian yang dilakukan di seluruh negara, tiga perempat orang lelaki menyatakan bahawa mereka rela menggantikan perasaan bahawa si isteri mencintai mereka dengan sikap hormat dan percaya dari si isteri.
Walaupun kita rasa hairan tentang perkara ini, namun sikap hormat sama seperti rasa kasih sayang untuk seseorang lelaki. Mencintai lelaki anda dengan cara yang diperlukannya bermakna bahawa dia boleh merasakan kepercayaan dan kekaguman anda terhadapnya. Walaupun sebilangan besar daripada kita menghormati laki kita, kita mungkin tidak sedar bahawa ada kalanya kata-kata atau tindakan kita menyampaikan maksud yang sebaliknya.
Kami tertanya-tanya apabila dia marah kerana perkara-perkara remeh, seperti mengusiknya tentang ketidakcekapannnya sebagai tukang paip amatur atau mencadangkan agar dia meminta arahan semasa dalam perjalanan. Dia naik berang kerana mesej yang didengarnya ialah, “Kau bodoh!” Sekiranya inilah persepsinya terhadap apa yang kamu katakan sehari suntuk – walaupun itu bukan maksudmu – ia sangat menjejaskan sikapnya terhadap dirinya dan anda. Ada banyak petunjuk untuk mencegah masalah ini, tetapi ramai di antara kita yang langsung tidak perasan petunjuk tersebut. Sebagai contoh, kita diingatkan bahawa suami harus mengasihi isteri dan isteri harus menghormati suami. Sebagai kaum wanita, kami memang cemerlang dalam pernyataan rasa cinta, tetapi ini bukan keperluan utama seorang lelaki.
Sudah tentu, ada kalanya kamu kurang rela menghormatinya. Tetapi sama seperti kamu mahu dia memilih untuk mencintaimu ketika kamu tidak mudah dicintai, laki anda memerlukanmu memilih untuk menunjukkan rasa hormat tanpa syarat.
Pilihan itu memberi kesan yang luar biasa dalam nalurinya. Sepanjang tinjauan saya, lelaki sering berkata mustahil mereka mencapai matlamat menjadi lelaki yang kuat, boleh dipercayai, penyayang tanpa sokongan dan pengesahan positif tanpa syarat dari si isteri.
Bagaimana kita melakukannya? Sebagai permulaan, kita harus berusaha jadi lebih peka terhadap sikap tidak hormat yang tak disengajakan dan memilih sikap, kata-kata dan tindakan yang menghormati. Contohnya, dia memerlukanmu menghormati penilaiannya; mempersoalkan keputusan yang diambilnya membuatkan si suami berasa tidak cekap. Walau apa pun, elakkan perkataan yang memperlekehkannya. Katakan kepadanya, "Saya bangga dengan anda!"
Seks mengubah segala-galanya.
Keperluan utama yang kedua, selain dari keperluan suami untuk sikap hormat dari si isteri, ialah keperluannya agar anda menginginkannya secara seksual. Tidaklah mengejutkan bila kita nyatakan bahawa kaum lelaki memerlukan seks lebih dari kaum wanita. Namun demikian, para isteri sering salah faham tentang apakah maksudnya seks untuk seorang lelaki. Kami cenderung menganggap seks sebagai keperluan fizikal kaum lelaki. Tetapi semasa saya mengkajinya, kesimpulan yang didapati ialah seks juga memenuhi keperluan emosi yang sangat kuat – dia perlu tahu bahawa anda menginginkannya.
Dengan cara yang mendalam, perasaan bahawa dia diingini secara seksual memberikan keyakinan dan kesejahteraan kepada seorang lelaki dalam setiap bidang kehidupannya. Sebaliknya – ketiadaan seks atau seks yang berlaku secara ‘mekanikal’ kerana anda ‘harus lakukannya’ melukai hatinya sama seperti dia tiba-tiba memberi ‘perlakuan senyap’ kepadamu.
Percayalah, mendapatkan seks yang mencukupi bukanlah perkara terutama. Hampir semua lelaki yang diwawancara – 97 peratus – berkata bahawa walaupun si isteri bersetuju melakukan hubungan seks setiap kali diminta, hubungan seks tidak bermakna jika isteri tidak menginginkannya.
Apabila kita mengatakan ‘tidak’ kepada seks, maksudnya ialah kita tidak mahu seks pada ketika itu. Tetapi dia mendengar mesej yang menyakitkan iaitu kita tidak mahukan dia. Seorang lelaki berkata, “Ketika dia berkata ‘tidak’, rasanya seperti ditolak oleh isteri. ‘Tidak’ bukan sekadar ‘tidak’ kepada seks; mesejnya ialah ‘tidak’ terhadapnya sebagai seorang lelaki”. Sebaliknya, mengambil ‘langkah pertama’ dalam hubungan seks sekali-sekala menghantar mesej yang kuat dan menggalakkan kepada lelaki anda.
Untuk merapatkan hubungan dengan suami, kita harus menerima dan menyelesaikan perbezaan yang luar biasa antara suami dan isteri. Sekiranya ia dilakukan, kita ada peluang besar untuk memberi keyakinan kepada si suami untuk menjadi lelaki dengan peribadi yang dimahukannya.
© 2007 Focus on the Family. Hakcipta terpelihara. Hakcipta antarabangsa diperolehi. Digunakan dengan izin. Usaha menumpukan perhatian pada cinta sejati walaupun mengharungi cabaran kehidupan adalah suatu komitmen. Ambillah kuiz percuma kami, Focus on Marriage Assessment untuk memahami hubungan anda berdua dan bidang-bidang yang harus dipupuk dalam setiap musim perkahwinan yang berlainan.