I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. I’m a great place for you to tell a story and let your users know a little more about you.
Seperti kebanyakan pengantin baru, Josh dan Jenny telah menjangkakan kesatuan dan kebahagiaan yang memuncak dalam seksualiti perkahwinan. Walaupun bulan madu mereka tidak sempurna, mereka masih berharap mereka akan serasi dan menemui keindahan yang mutlak dalam kesatuan seksual. Selepas dua tahun kekecewaan, keyakinan mereka mula pudar.
Isu seksual menjadi isu utama dalam perbalahan mereka. Josh mengadu bahawa Jenny tidak pernah berminat. Jenny menjawab dengan merujuk kepada kekurangan usaha romantik oleh Josh. Bagaimanakah sesuatu yang dibentuk untuk mewujudkan kesatuan boleh menjadi punca perpecahan dalam perkahwinan muda mereka?
Keintiman perkahwinan sering dihalang oleh komunikasi yang lemah, jangkaan yang tidak dipenuhi dan sakit hati, terutamanya berpunca daripada perbezaan besar antara seksualiti lelaki dan wanita. Jika anda dan pasangan anda berasa kecewa dalam bilik tidur, berikut adalah beberapa perkara yang perlu diingati.
Pelajari-lah tentang pasangan anda
Saya mengambil masa 10 tahun di sekolah untuk menjadi pakar psikologi. Sepanjang masa itu, saya telah didedahkan kepada banyak maklumat tentang seksualiti manusia. Jelas sekali, saya rasa lebih bersedia daripada isteri biasa untuk memahami keperluan suami. Amboi, saya telah terlalu memandang tinggi pendidikan seks saya!
Tidak kira latar belakang, anda perlu banyak belajar tentang seksualiti pasangan anda. Malah, kebanyakan perkara yang anda anggap betul mungkin salah. Jika anda mahukan kehidupan seks yang sangat memuaskan, anda mesti kembali menjadi seorang pelajar.
Cara pertama untuk melakukan ini adalah melalui pengetahuan am. Para lelaki sekalian, salah satu cabaran anda adalah untuk memahami kerumitan yang luar biasa dalam seksualiti isteri anda. Para wanita sekalian, kita perlukan bantuan untuk memahami pergelutan dan godaan yang dihadapi oleh suami kita. Mata saya terbuka selepas saya membaca tentang godaan seksual yang dihadapi lelaki. Semasa anda membaca, bercakap secara terbuka tentang apa yang anda pelajari.
Selain dari perkara biasa yang lain, anda juga perlu mempelajari tentang pasangan anda. Halangan terbesar adalah kekurangan komunikasi. Walaupun pasangan sering bergaduh tentang seks, mereka jarang bercakap mengenainya. Pertimbangkan-lah untuk berkongsi tentang rasa tidak selamat, godaan, perkara-perkara yang mengujakan anda dan sebaliknya. Rancang-lah untuk bercakap tentang kehidupan seks anda sekurang-kurangnya sekali sebulan. Oleh kerana topik ini sangat sensitif, jadilah pendengar yang bersimpati dan menyokong.
Terimalah apa yang anda tidak faham
Sepanjang semua usaha saya untuk memahami suami saya, saya akhirnya menjadi kecewa dengan jurang antara jantina yang tidak dapat kami atasi. Kami boleh bercakap sehingga tidak mempunyai kata-kata lagi dan masih tidak tahu bagaimana rasanya jika berada dalam situasi orang lain.
Masalahnya berpunca dari hakikat bahawa kami berdua tidak rela menerima apa yang kami tidak faham: Lelaki sering melihat seks sebagai pelepasan fizikal dan cara untuk berhubung semula dengan isteri mereka, manakala wanita cenderung melihatnya sebagai aliran keluar keintiman emosi mereka.
Para wanita sekalian, kami sukar memahami mengapa lelaki tergoda secara visual. Para lelaki sekalian, anda mungkin tidak memahami tenaga emosi yang diperlukan untuk seks daripada isteri anda. Apa yang merumitkan lagi masalah adalah kelemahan semulajadi manusia dan sikap mementingkan diri.
Ada masanya kita perlu bergerak dari pemahaman kepada penerimaan. Lelaki dan wanita memang dicipta secara berbeza. Apabila kita benar-benar menerima satu sama lain, tanpa sikap menghakimi orang lain dan kebencian, kita boleh mula menikmati perbezaan kita.
Jangan cuba seks tanpa cinta
Saya sering tertanya-tanya mengapa lelaki dan wanita dicipta dengan begitu berbeza. Bukankah lebih mudah dan seronok jika kita mempunyai keperluan, dorongan dan minat yang sama?
Tetapi perbezaan ini sebenarnya dicipta untuk menunjukkan kepada kita bagaimana untuk menyerahkan diri kita kepada satu sama lain dalam kasih. Dan cinta sejati hanya dapat diluahkan melalui sikap tidak mementingkan diri sendiri.
Kalau saya dapat mencintai suami sambil mengejar kemahuan yang mementingkan diri, tidak mungkin saya faham betapa indahnya cinta sejati. Kehidupan seks yang hebat hanya terjadi apabila kedua-dua suami dan isteri komited untuk mengorbankan keperluan sendiri untuk satu sama lain. Tetapi melaluinya, kita memperolehi ganjaran yang lebih kaya: pengalaman mengasihi dan dikasihi tanpa sikap mementingkan diri sendiri.
Dipetik daripada Sexual Needs: His and Hers oleh Dr Julianna Slattery. Hak cipta terpelihara. Hak cipta antarabangsa diperolehi.