Soalan dan Jawaban: Membantu Anak kami mengharungi kepedihan Perceraian
Soalan: Saya seorang ibu tunggal dengan dua orang anak. Bekas suami saya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan anak-anak kami dan ini amat menyedihkan mereka. Bila anak perempuan saya yang berusia 8 tahun menghadapi masalah, dia berkata, “Saya benci diriku” dan “Saya memang tak bernilai”. Saya berpendapat bahawa ini adalah kerana dia tidak mempunyai kedua-dua ibu bapa yang mengambil berat tentangnya. Bagaimanakah saya dapat membantunya bersikap lebih positif tentang dirinya?
Jawaban: Kami amat bersimpati terhadap anda dan anak-anak kerana menghadapi situasi ini yang sukar. Reaksi kanak-kanak terhadap perceraian berbeza dan ia bergantung kepada umur dan pelbagai factor yang boleh menjejaskan perasaan harga diri mereka.
Kanak-kanak yang sangat muda mungkin menyalahkan diri mereka. Jika ini berlaku, adalah penting untuk menyakinkan mereka bahawa persengketaan anda dengan pasangan tiada kaitan dengan mereka. Sebaliknya, para remaja atau orang dewasa muda mungkin berasa lega kerana perbalahan akibat perceraian telah tamat. Namun demikian, mereka mungkin berasa bersalah kerana mempunyai pandangan positif terhadap perkara yang buruk, umpamanya perceraian.
Bagaimanakah anda boleh mengurangkan kepiluan yang dirasai anakmu? Pertama, beri galakan kepadanya untuk berbincang tentang perasaannya dan pendapatnya mengapa dia berasa sedemikian. Bantulah dia sedar bahawa walaupun hidupnya telah berubah secara dramatik, keadaan akan beransur-ansur pulih. Berikannya harapan untuk masa depan, dan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan keadaan normal dan rutin hidup seharian.
Selain itu, yakinkan-nya bahawa dia amat berharga bagimu dan kasihmu untuknya adalah tidak bersyarat. Bantulah dia berhubung dengan orang dewasa yang matang yang akan menjadi mentor dan tempat meluahkan perasaan. Beritahu para guru, kaunselor sekolah dan pemimpin belia tentang situasi ini.
Akhir sekali, kami juga menggalakkan anda dan anak-anak mendapat khidmat pakar terapi keluarga untuk membantu mengharungi badai kehidupan ini.
Soalan dan Jawaban: Menjalinkan Hubungan Peribadi selepas Perceraian Ibu Bapa.
Soalan: Saya sedang berpacaran dengan seorang gadis dan hubungan kami sudah menjadi lebih serius. Namun begitu, masalah saya ialah perceraian ibu bapa ketika saya masih remaja. Saya telah melihat apa yang mereka alami dan saya masih cuba mengatasi perasaan sakit hati – dan juga kebimbangan saya secara amnya terhadap perkahwinan. Saya tidak mahu kehilangan pasangan saya dan kami tidak boleh tunggu selama-lamanya. Apakah cara melepaskan diri dari masa lalu yang menyayat hati dan menjayakan hubungan saya?
Jawaban: Anda harus dipuji kerana menyedari bahawa anda masih menanggung kesan ‘luka lama’ akibat perceraian ibu bapa dan terutamanya kerana bersikap proaktif menangani luka tersebut.
Pertama, uruskanlah isu anda sendiri. Kamu harus menghadapi ‘sampah dari zaman silam’ secara realistik dan berusaha menjadi orang yang sihat, tidak kira sama ada anda mempunyai hubungan peribadi atau tidak. Proses ini mungkin termasuk kaunseling oleh seorang pakar untuk mengubati luka dari masa muda.
Kedua, anda mesti berterus terang dengan pasanganmu. Beritahu-lah dia tentang keadaan anda – keraguan, ketakutan dan halangan emosi yang anda sedang hadapi (ini berkait rapat dengan perceraian ibu bapa dan tiada kena-mengena dengan hubungan anda berdua). Beritahunya bagaimana menyokong anda. Hubungan anda akan menjadi lebih kukuh sekiranya anda melibatkannya dalam proses pemulihan dan memberikannya maklumat secara jujur.
Akhir sekali, berikan perhatian kepada hubungan dengan pasangan. Bila masa yang sesuai tiba, dapatkan khidmat kaunseling pranikah. Lapan puluh peratus pasangan yang menerima sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam kaunseling pranikah yang berkualiti akan kekal hidup bersama. Itulah cara anda berusaha menjadikan perkahwinan anda menjadi ‘kalis cerai’ sebelum ia bermula!
Soalan dan Jawaban: Membantu Cucu mengharungi kepedihan akibat Perceraian Ibu Bapa.
Soalan: Apakah yang boleh dibuat oleh datuk nenek untuk membantu cucu-cucu yang menghadapi perceraian ibu bapa? Situasi ini sangat menyedihkan mereka.
Jawaban: Kami berasa kesal bila mendapat tahu tentang situasi ini yang sukar. Namun demikian, niatmu untuk membantu cucu menangani kesusahan ini amatlah menggalakkan. Mengetahui apa cara terbaik untuk membantu bergantung kepada beberapa faktor termasuk umur anda, sama ada anda tinggal dekat atau jauh dari mereka dan lain-lain lagi. Berikut adalah beberapa prinsip am yang mungkin boleh membantu anda.
Menurut Dr. Archibald Hart, pengarang Helping Children Survive Divorce, kesan perceraian berbeza mengikut umur kanak-kanak. Selalunya kanak-kanak yang berusia antara 5 hingga 8 tahun akan jadi mundur dari segi tingkah laku. Mereka juga cenderung mengalami perasaan bahawa mereka bertanggung jawab atas perceraian dan ketakutan yang tidak munasabah bahawa mereka akan ditinggalkan. Oleh itu, para pakar berpendapat bahawa usia ini adalah masa yang sangat genting semasa perceraian kerana kanak-kanak tersebut cukup tua untuk memahami apa yang terjadi tetapi belum cukup matang untuk mempertimbangnnya secara mendalam.
Dalam hal ini, anda sebagai datuk atau nenek boleh mendatangkan impak yang positif. Sekiranya anda meluangkan masa satu demi satu dengan mereka, anda boleh membantu mereka menangani perasaan marah yang dialami dan juga perasaan bersalah yang tidak sewajarnya berlaku. Jika cucu-cucu lebih tua dan tidak mempunyai masalah seperti ini, anda boleh menjadi seorang kawan dan tempat mengadu. Rumah anda boleh menjadi tempat perlindungan dan peluang untuk kembali ke keadaan normal.
Soalan dan Jawaban: Adakah Perkahwinan Semula keputusan yang bijak?
Soalan: Beberapa tahun dahulu, saya dan bekas suami telah bercerai. Selepas perceraian, dia telah mengubah hidupnya secara menyeluruh. Oleh itu, kami telah berpacaran semula dan saya berfikir bahawa dia mungkin akan melamar saya pada Malam Tahun Baru. Adakah perkahwinan semula sesuatu yang baik dalam kes saya?
Jawaban: Pada zaman di mana perceraian berleluasa dan perdamaian antara pasangan jarang berlaku, situasi anda memang menakjubkan. Oleh itu, kami berpendapat bahawa perkahwinan semula adalah idea yang bagus – dengan syarat kamu dapat mengelakkan masalah yang menyebabkan perceraian berlaku suatu ketika dahulu.
Anda menyatakan bahawa bekas suami anda telah “mengubah hidupnya dengan menyeluruh” dan ini membayangkan bahawa punca terbesar perceraian ialah kelakuannya yang buruk. Sikapnya yang berubah adalah situasi yang mengagumkan tetapi ini tidak bermakna bahawa anda tidak perlu berhati-hati. Proses perubahan sikap dan tingkah laku mungkin memakan masa yang lama. Berdasarkan sejarah hubungan anda berdua, anda mesti yakin bahawa terdapat bukti kukuh bahawa hati nalurinya sudah berubah untuk jangka masa yang panjang sebelum anda membuat keputusan. Jangan tetapkan jadual masa untuk mara ke depan sehingga anda benar-benar yakin tentang perkara ini.
Selain itu, lihatlah hati naluri dan motivasi diri anda dan pertimbangkan-lah peranan anda, walau bagaimanapun kecil, dalam perceraian anda. Sudahkah anda selesaikan isu-isu tersebut dengan lengkap? Tambahan pula, jika anak-anda telah dilukai oleh perceraian, anda tentu tidak mahu memburukkan keadaan dengan berkahwin dan bercerai semula jika perkahwinan semula itu gagal.
Apa yang paling diperlukan olehmu ialah bantuan dan bimbingan seorang kaunselor perkahwinan yang berpengalaman. Beliau boleh membantu anda berdua mempertimbangkan dengan mendalam sama ada anda berdua bersedia berkahwin semula dan apakah tindakan yang paling bijak. Cuba dapatkan kaunselor yang mahir dalam alat membaiki hubungan yang dipanggil PREPARE/ENRICH. Ini adalah ujian yang dapat membantu anda dan bekas suami mengenalpastikan isu-isu yang mesti diselesaikan sebelum berkahwin semula.
Diterjemah dari Bahasa Inggeris. Digunakan dengan izin.