Terdapat banyak teori tentang bagaimana untuk menjaga perkahwinan supaya sentiasa kuat, jikalau anda memampatkan semuanya, rahsianya boleh disimpulkan dalam dua langkah yang mudah:
1) Tambahkan - memuji dan menghargai pasangan anda
2) Kurangkan - mengkritik secara negatif dan sentiasa mencari kelem
ahan pasangan anda
Apabila anda menghargai apa yang pasangan anda lakukan, luangkan masa untuk memberitahu mereka. Apabila anda melakukan perkara ini secara lisan, tindakan itu berkata kepada mereka, "Saya tidak menganggap remeh hubungan ini dan saya betul-betul menyayangi kamu." Dalam masa yang sama, anda juga memberitahu mereka bahawa anda sensitif dan tahu apa yang mereka lakukan.
Sebaliknya, apabila anda merasa ingin mengkritik, gigitlah lidah anda. Sekiranya pasangan anda ada suatu kesalahan yang harus mereka ketahui, carilah peluang untuk membincangkannya dengan penuh kasih sayang dan tanpa menghakimi. Jangan sekali-kali melakukannya dalam keadaan marah. Kurangkan kata-kata yang keras dan berdoa meminta Roh Kudus memberi penunjuk kepada kamu.
Perkahwinan yang baik tidaklah begitu sukar. Ia hanya memerlukan sedikit usaha dan kawalan diri mengikut ajaran di dalam kata-kata Tuhan.
tip yang menarik, yang Alkitabiah untuk rumah tangga yang diperkenankan oleh Tuhan. kurangkan bercakap, perbanyakkan berbuat, melihat serta mendengarkan. mulut hanya satu, telinga, tangan, telinga dan mata ada dua. 🥲👍😂
Wow .. Terima Kasih bro. Saya diingatkan ayat berikut: “Apabila banyak bercakap, dosa pasti ada, tetapi orang bijaksana mengawal mulutnya.” (Amsal 10:19 AVB)