Pergaduhan bukanlah perkara yang harus membimbangkan pasangan yang berkahwin; sebaliknya apa yang harus dikhuatiri ialah perkara yang akan berlaku selepas tamatnya pertengkaran. Hampir kesemua pasangan suami isteri mengalami persengketaan, dan ini tidak semestinya memudaratkan hubungan mereka.
Perang mulut yang terbatas boleh ‘merangsangkan hubungan’, memberi pasangan peluang untuk meluahkan perasaan kecewa dan melepaskan geram dan tekanan. Namun demikian, persoalan penting ialah apa yang menyusul selepas tamatnya pergaduhan.
Dalam hubungan yang sihat, konfrontasi berakhir dengan kemaafan, hubungan yang lebih akrab dan sikap saling menghormati dan memahami yang lebih mendalam. Sebaliknya, dalam perkahwinan yang tidak stabil, konflik selalunya tidak diselesaikan dengan sempurna. Bila akibat suatu pertempuran bertindih dengan permulaan konflik yang seterusnya, keadaan berbahaya akan timbul. Para pasangan seharusnya menilai apa yang berlaku selepas konfrontasi berakhir.
Adakah terdapat perbuatan atau percakapan yang telah menyakitkan hati pasangan anda? Haruskah anda meminta maaf kerana menjatuhkan harga diri pasangan dan mengabaikan isu-isu yang memisahkan anda berdua? Adakah wujudnya perkara-perkara besar yang belum diselesaikan? Tangani-lah isu-isu ini sebelum mereka menjadi lebih teruk dan menjejaskan hubungan anda berdua.
Ingatilah pepatah lama – jangan biar mentari terbenam sebelum perasaan marah hilang. Ini adalah nasihat yang baik untuk perkahwinan.
Cubalah The Couple Checkup™ (https://family.org.my/store/personal-growth/relationships-all/couple-checkup-voucher/) yakni suatu kaedah atas talian yang dicipta untuk mengenalpastikan kekuatan unik dan bidang yang harus dipupuk bagi pasangan yang sedang berpacaran atau yang sudah bertunang atau berkahwin. Selepas mendapat tahu tentang peringkat hubunganmu, keputusan yang dibuat adalah relevan. Ini adalah kerana ia dibentuk khas untuk peringkat dan struktur hubungan setiap pasangan.
Diterjemah dari Bahasa Inggeris. Digunakan dengan kebenaran.