Shalom kepada semua hamba-hamba Tuhan dan semua orang-orang percaya, hari ini saya ingin membuat kesaksian satu cerita benar yang betul-betul terjadi kepada saya sendiri tentang kewujudaan Tuhan dan Kewujudaan malaikat-malaikat Tuhan di dunia ini, pekara ini pernah berlaku kepada saya sebelum saya mengenal Tuhan Yesus Kristus Raja segala Raja di dunia dan syurga, pada mulanya saya seorang pengantut kristian Katolik, semua ahli keluarga saya adalah pengantut kristian Katolik, saya dari kecil tidak pernah di didik sebagai seorang Kristian Katolik yang sejati, tidak pernah dibaptis dan sekali sekala datang ke gereja mengikut musim ada perayaan Krismes baru datang gereja, itulah rutin kehidupan kami sekeluarga, sebelah bapa saya penganut Kristian Katolik manakala sebelah mak saya masih lagi mengikut kepercayaan adat iban lama iaitu memuja dewa-dewa yang dipanggil “ Petara” percaya akan kewujudan Kumang dan Keling ( kepercayaan adat iban lama) dalam bahasa iban. Datuk saya adalah seorang “ dukun atau manang yang hebat masa itu” setiap bulan 6 sebelum perayaan Gawai datuk saya akan mengadakan upacara pemujaan atau “miring” dan selalu membantu mengubati orang-orang sakit, saya selalu mengikut beliau pergi ke rumah orang sakit untuk berubat ibarat kesana ke sini mengikut sesiapa yang memanggil dan melakukan pemujaan tersebut untuk menyembuhkan orang-orang sakit, kepercayaan kami kepada Tuhan Yesus Kristus masa itu ibarat “suam-suam suku” setengah percaya kepada Tuhan Yesus Kristus setengah lagi percaya kepada adat lama, itulah kepercayaan saya sebelum menganut agama kristian yang sebenar.
Cerita kehidupan saya sebagai seorang Kristian sejati bermula pada tahun 2009, Saya sah masuk kristian Anglican pada tahun 2009 bersama isteri saya, kami sama-sama dibaptis di gereja St.Lukes Kluang, Johor Malaysia, kami telah dibaptis oleh seorang hamba Tuhan iaitu Rev Yesaya. Selepas dibaptis saya macam kawan-kawan seimaan saya sikit-sikit sahaja percaya Tuhan Yesus Kristus, masa itu saya datang sembayang 1 bulan 1 kali atau lagi teruk setahun sekali, mengikut mood katakan, saya kurang aktif dalam melayani, ibarat kata perpatah suam-suam kuku, ada mood baru datang geraja, ada aktiviti di gereja baru datang gereja, dalam satu tahun boleh dikira dengan tanganlah berapa kali saya dan keluarga datang beribadah, hari berganti hari Rev Yesaya pun pencen dalam pelayanan, selepas itu saya pun kurang sekali datang gereja selama beberapa bulan agaknya dalam 3 bulan ke 6 bulan kot sibuk dengan kerja-kerja dan mengejar kesibukan dunia. Semangat saya untuk
melayani di gereja pun makin pudar, ada aktiviti gereja pun jarang-jarang datang. Selepas beberapa bulan kemudian, gereja kami St.Luke’s didatangi oleh seorang hamba Tuhan bernama Rev Johne Chan dan keluarganya yang baru transef dari gereja dari kelantan. saya dan beberapa 2 ke 3 orang jemaah dijemput untuk membantu mengangkat barang pindah Rev Johne Chan, dengan kehadiran Rev Johne Chan minat saya untuk melayani gereja mula bertumbuh semula, Rev Johne Chan banyak mengajar kami untuk mengenal Tuhan dan memahami Alkitab, Beliau juga banyak mendorong kami untuk melayani Tuhan, setiap hari sabtu dan ahad kami belajar Alkitab di rumah beliau, saat itulah saya sedikit demi sedikit untuk memahami agama kristian yang sebenar, masa itu saya mula aktif dalam sembayang dan aktiviti gereja. gereja kami masa itu memang banyak masalah dengan keadaan yang banguna nya usang dan kerosakannya terlampau banyak, saya menawarkan dir dalam membaiki gereja sehingga saya dilantik menjadi AJK Pembangunan gereja tetapi tak terlampau aktiflah sebab banyak mengejar kerja dunia, habis gereja saya panjat untuk membaiki kerosakan bersama-sama kawan-kawan seiman, banyak jugalah kami membantu Rev Johne Chan dalam membangunkan gereja, dan ramai juga yang menderma kepada gereja masa itu untuk membaiki gereja, pada satu hari Rev Johne Chan pernah berpesan pada saya untuk melayani gereja sebagai lay reader, tetapi hati nurani ini tidak terbuka lagi untuk melayani sebab tak bersedia untuk melayani Tuhan. Lepas itu saya mula tenggelam dan tinggalkan seketika gereja kerena menghadapi masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan, dengan kata lain kena buatan orang, setiap bulan saya terpaksa balik kampung untuk berubat kampung “berjumpa dukun” dalam beberapa bulan kira boleh dikiralah saya cuti untuk berubat kampung “ ibarat kira sembuhlah beberapa bulan benda itu tak mengacau kesihatan saya.
Pada suatu malam, dalam keadaan tidur yang nenyak itu saya bermimpi saya telah didatangi dua malaikat dalam mimpi saya kedua-dua malaikat tersebut mukanya tidak dapat saya bayangkan mukanya bercahaya-cahaya terang tidak dapat dilihat oleh mata, seorang malaikat tersebut memperkenalkan dirinya sebagai malaikat islam manakala seorang lagi malaikat dikenali sebagai malaikat Kristian. Kedua-dua malaikat tersebut menarik tangan saya berebut untuk menjadikan saya pengikutnya untuk memeluk agamanya, tiba-tiba tangan saya terlepas dari cengkaman malaikat islam tersebut saya terjatuh tersungkur, saya terjatuh betul-betul dia depan sebuah patung yang sangat besar, saya kuatkan tenaga saya untuk bangun, saya terkejut melihat patung tersebut rupa-rupanya patung Tuhan Yesus Kristus, saya melihat
wajah Tuhan Yesus berada didepan mata saya, saya terbangun dari tidur “saya tertanya-tanya apa sebenarnya mesej yang ingin disampaikan dalam mimpi tersebut jadi saya beranggap pekara biasa mainan mimpi kot, saya macam biasalah saya tidak mengindahkan perkara tersebut, saya menjalankan kehidupan macam biasa datang gereja jarang sekalilah untuk melayani dan menyembah Tuhan, Selepas beberapa bulan kemudian saya didatangi sekali lagi seorang malaikat, mukanya tidak dapat dilihat mata kerana cahayanya terang menerang dan menyampaikan satu mesej dan berseru pada saya bergini;
“ Sembahlah Kakiku supaya engkau disembuhkan, sembahlah kakiku supaya dosamu diampunkan, sembahlah kakiku supaya umurmu seusiaku, kekayaan dunia adalah dosa-dosa dunia”
Itulah mesej yang saya dapat, tetapi saya macam biasalah mengindahkan pekara tersebut saya beranggap tidak ada apa-apa yang belaku. Selang sebulan kemudian sekali lagi saya diuji Tuhan saya sakit terkena santau orang kerana hasrat dengki kerana saya maju dan berjaya dalam kerja dan berjaya dalam tentera “ saya berjumpa dengan seorang kawan saya yang memang mahir dalam perubatan islam, dalam firasat dia ada orang sakit hati dan dengki dengan saya termasuk keluarga saya kerana saya berjaya dalam kerja dan kerjaya saya sebagai seorang tentera katanya, orang itu cemburu kerana kejayaan saya, berbulan-bulan saya berubat secara islam tetapi kata kawan saya, selepas kena santau satu lagi orang hantar pada saya itu “orang iban panggil Pulung” iaitu sejenis kutukan yang dihantar dari jauh supaya saya dan keluarga saya sakit, saya lihat telur ayam jatuh pecah pada kereta saya betul di pintu kereta masuk saya, telur tersebut saya lihat ada kesan darah dan sikit jarum bercampur dalam kandungan telur tersebut sambil mengelurkan bau yang busuk, saya ingat itu adalah perkara biasa, selang seminggu kemudian saya dan isteri saya berasa kahak kami berbahu busuk saya tidak tahu punca nya, kami jumpa doktor, doktor kata kamu tak ada apa-apa, tak sakit apa-apa. Saya pun berasa hairan, malam itu saya jumpa kawan saya sekali lagi yang pandai berubat islam tersebut, dia berkata kepada saya “kamu kena buatan orang sekali lagi” kira tambah lagilah sakitnya katanya, satu malam itu saya berubat dengan dia dan bermalam dekat rumah dia untuk berubat, esok paginya dia berkata pada saya “penyakit buatan orang ini payah saya nak leraikan atau buang kerana orang yang membuat benda ini terlampau handal dari saya”. Mendengar perkara itu saya berputus asa tak tahu ada harapan ke tidak saya untuk hidup, kerana badan saya makin lemah dan tidak mampu untuk
melawan kutukan tersebut, saya berpesan kepada isteri saya “Apa-apa yang terjadi pada saya harap dia menguburkan saya dekat kampung dia supaya saya tidak jauh dari dia dan anak-anak”.
Malam itu juga saya bawa isteri dan anak-anak lari pindah ke rumah baru supaya orang yang buat atau menghantar benda jahat tersebut tidak jumpa kami satu keluarga kerana dia menghantar benda jahat tersebut ke rumah lama saya, kelang-kabut jadinya saya kena benda itu, satu minggu saya tidak dapat datang kerja kerana kena benda buatan tersebut, waktu malam sahaja hati saya gelisah kerana macam-macam benda yang dihantar kepada saya, badan saya merah macam kena cubit dan badan saya tidak sedap semacam ada benda mencucuk-cucuk terasa ada jarum dalam badan itulah yang telah terjadi pada saya masa itu, hidup saya macam hancur kerana kena “santau” tersebut. Kalau dikira banyak juga perbelanjaan yang saya guna untuk berubat, tambang balik sarawak sampai 2 kali tiap bulan untuk berubat kampung atau jumpa bomoh dan jumpa pakar perubatan islam sampai saya membuat pinjamaan bank sebanyak 60 ribu ringgit, tetapi sia-sia sahaja. Kerana katanya yang membuat “santau” tersebut terlampau hebat ilmunya katanya.
Sebelum kejadian ini, saya mula selalu datang ke gereja untuk sembayang biasa, dan selepas kebaktian pagi itu saya berjumpa dengan Rev Johne chan untuk memberitahu keadaan sebenar apa yang terjadi pada keadaan saya masa itu. tetapi masa saya berjumpa beliau dia juga dalam keadaan kurang sihat kerana baru lepas menjalai pembedahan jatung, beliau berpesan kepada saya untuk melayani gereja dan percaya kepada Tuhan kerana dalam dalam Tuhan Yesus Kristus semua kesakitan akan disembuhannya, tetapi hati saya ini keras tidak pernah mendengar kata beliau untuk melayani, saya seakan dikuasai oleh kuasa-kuasa jahat supaya jangan percaya Tuhan dan jangan melayani gereja. Pada hari sabtu tengah saya dan isteri berjalan di Kluang Mall saya terserempak dengan Rev Johne Chan dan keluarganya membeli belah di pasaraya Kluang Mall, saya menegur beliau dan bertanya khabar akan beliau dia berkata kepada saya “ lama tak nampak awak datang ke gereja “ saya menceritakan hal sebenarnya kepada Rev Johne Chan keadaan kesihatan saya, dah beliau berkata kepada saya “ kenapa tidak datang gereja berdoa dan minta kesembuhan kepada Tuhan bukan berjumpa dukun atau bomoh” katanya kepada saya, saya indah tak indah dengan pesanan beliau, ibarat orang berkata “sudah dibaptis tetapi masih kurang percaya kepada Tuhan yang Maha Kuasa”.
Beberapa minggu kemudian, saya dalam keadaan tenat kuasa kejahatan dapat menguasai diri, roh dan jiwa saya, ramailah kawan-kawan datang memberi sokongan dan melawat saya dan membawa saya ke Rumah sakit Angkatan Tentera 2 Batalion Ubat Kem Mahkota Kluang, Johor. Saya dimasukan ke bilik kecemasan, semasa dalam billik kecemasan tersebut saya tengok badan saya macam-macam wayar di letakan pada badan saya, tangan habis diikat oleh wayar, badan saya lemah sungguh masa itu macam tak kenal siapa-siapa yang berada di Wad Kecemasan tersebut, Saya cuma mampu melihat isteri saya yang tengah gelisah dan menangis, tidak tahu apa yang berlaku dan tidak tahu apa yang hendak dibuat. Seluruh badan saya macam dikuasa oleh kuasa jahat iaitu “santau”, dalam keadaan yang teruk itu doktor siti nama samaran, yang merawat saya tidak tahu macam mana nak merawat saya sebab dia lihat keadaan saya ok, sihat sahaja, dan doktor siti tidak pernah melihat keadaan seperti ini ‘kejadian yang tidak pernah dialamai oleh pesakit”. Semasa keadaan saya lima puluh lima puluh saya ibarat tubuh dan roh saya tidak ada di situ masa itu, telah dikuasai oleh kuasa-kuasa jahat, saya lihat roh saya dikuasai oleh kuasa-kuasa dendam manusia yang memang ditujukan kepada saya dan keluarga saya, dalam keadaan pengsan itu, saya nampak satu penampakan semacam saya tengah dihakimi oleh Tuhan, terbuka terbentang ibarat saya menonton wayang dengan screan yang besar, diputarkan tayang tersebut saya melihat diri saya jadi pelakon utama dalam tayang tersebut saya lihat diri saya dari lahir nya saya didunia ini sampailah saya remaja dan sampailah saya meninggalkan dunia kembali kepada pencipta, apa yang saya buat seumur hidup telah ditayangkan didepan saya sehingga saya dibaptis, dalam penampakan itu saya lihat saya tengah memanjat, membaiki bumbung gereja, mengecat gereja membantu gereja dalam pembangunan semuanya, saya lihat dengan jelas apa yang saya buat dekat gereja dalam membantu membangunkan gereja st.lukes, sehinggalah saya berdosa jatuh ke dalam kuasa-kuasa kegelapan, saya terpikir sejenak beginilah agaknya apabila kita dipanggil oleh bapa disyurga bila kita dihakimi kelak, segala perbuataan kita di dalam dunia akan ditayangkan betul-betul dihadapan kita dan segala dosa kita akan ditimbang serta disoal oleh malaikat yang menjaga kita dihadapan Tuhan Yang Maha Kuasa, segala nama kita akan dilihat dalam Buku Kehidupan atau ditulis dalam Buku Kehidupan “Book Of Life” segala dosa yang kita akan tertulis dalam buku kehidupan itu. Selepas itu ada suatu suara yang bercakap kepada saya seperti begini;
“ Hai Wilfred saya sungguh berbesar hati untuk menyelamatkan kamu dari penyakit ini belum masanya kamu berjumpa Saya, kamu banyak membantu dalam pelayanan, banyak jasamu kepada rumahku, kerana kamu adalah anak-anak Tuhan maka kamu akan aku sembuhkan, berbuatlah baik didunia dan bantulah orang sakit dan sebarkanlah agamaku”
Selepasa saya mendengar suara itu bercakap kepada saya, saya lihat Roh saya diterbang ke sebuah gereja, saya sangat jelas melihat gereja tersebut betul-betul diatas bukit dan dikelilingi oleh bukit-bukit dan gunung ganang yang tinggi, reka bentuk gereja ini seakan-akan terbentuk tiga lilin dua lilin kecil dan satu lagi besar dan panjang, saya melihat malaikat-malaikat naik ke gereja tersebut anak tangga tersebut terbentuk dua bahagian 50 anak tangga ibarat tangga bumi, dan 50 anak tangga saya lihat diliputi dengan awan ibarat tangga ke syurga, manakala di pintu gereja tersebut saya lihat malaikat-malaikat masuk ke dalam gereja tersebut menyembah sesuatu, sejurus itu, kemudian saya lihat diri saya terbaring disebuah batu ibarat macam Alter. Di dalam sebuah gereja, saya lihat sungguh indah, serta ada awan berkabus mengelilingi saya dan saya dapat melihat awan-awan di siling gereja tersebut dan ada malaikat-malaikat tengah melayani Tuhan Yesus Kristus, Tuhan yang kita sembah dan puja.
Gambaran 1.1 sebenar Gereja Hossana Sri Aman, Sarawak.
Selepas beberapa minit saya tengah leka menonton diri saya dalam penampakan tersebuttiba-tiba saya didatangi oleh lima cahaya yang berbentuk manusia dengan jubah yang bercahaya dan berwarna putih terang menerang , penuh dengan cahaya yang amat terang sehingga mata saya tidak dapat melihat dengan jelas cahaya itu, Cahaya itu datang dekat dan mengelilingi tubuh saya yang tengah kaku terbaring, salah seorang cahaya itu pun bercakap kepada saya dan memperkenalkan diri mereka kepada saya, saya cuma kenal tiga malaikat itu sahaja irasnya macam lama saya kenal, sebab seorang-seorang dia bagi saya nampak muka mereka. Malaikat pertama saya nampak seiras muka Rev yesaya iaitu bekas paderi gereja St. Luke’s, Malaikat kedua seiras Rev Johne Chan bekas paderi gereja St. Luke’s,malaikat ketiga seiras muka Bishop boly lapok, Bishop sarawak, dua malaikat lagi memperkenalkan diri mereka, malaikat yang keempat Malaikat Mikail dan malaikat kelima ialah Gabriel, dalam ilusi alam Roh tersebut saya sempat menoleh kearah kedua-dua malaikat ini mukannya memang tidak dapat dilihat, cahayanya terang sungguh sampai saya tidak nampak mukanya langsung, dalam keadaan saya didatangi malaikat-malaikat tersebut saya melihat Roh badan saya terbaring di satu tempat “ iaitu terbaring dihadapan Alter gereja berbentuk batu berjubin yang sangat berkilat seperti dibawah;
Gambaran 1.2 Ilusi lakaran sebenar tempat saya terbaring
Dalam keadaan saya pengsan mula-mula malaikat pertama cuba merawat saya dengan bahasa-bahasa roh, seorang-seorang merawat saya dengan masuk ke dalam tangan kanan saya, tangan kanan saya yang berkerja merawat saya dengan bantuan roh malaikat-malaikat tersebut, segala kuasa jahat “santau” sikit demi sikit keluar dari mulut saya
berbentuk cecair yang berbau, dalam 30 minit malaikat-malaikat tersebut merawat saya, datanglah sorang malaikat yang sangat berkuasa iaitu malaikat seiras Bishop Boly Lapok, giliran dia merawat saya kerana kuasa-kuasa jahat tersebut tidak takut pada dua malaikat tersebut, sekali dia mengurut badan saya dia melawan kuasa kegelapan” santau “ tersebut dia mengeluarkan kata bergini;
“Keluarlah engkau dari badan dan roh anak cucu saya ini dengan kuasa Tuhan Jesus Kristus saya hancurkan engkau ”
Sebanyak tujuh kali dia mengucapkan perkatan itu, dalam sedar tak sedar saya melihat badan saya melayang-layang 1 inci dari aras katil di Wad Rumah Sakit Angkatan Tentera tersebut. Selepas itu, kuasa-kuasa kegelapan tersebut keluar dari badan saya berbentuk cecair air liur yang berbahu busuk dari badan saya dan ada sikit darah, selepas kuasa kejahatan keluar dari badan saya, saya terbangun separuh sedar, badan saya macam ada benda yang bercahaya yang merasuk badan saya, selepas itu saya dalam seperuh sedar itu memanggil isteri saya untuk datang dekat dan menyuruh isteri saya membawakan segelas air meneral water diletakan dalam gelas untuk saya, selepas isteri saya bagi air meneral water dalam gelas tersebut Roh yang merasuk tubuh saya lalu memberkati air tersebut macam paderi selalu buat memberkait air wain, dengan bacaan bahasa Roh, selepas dia memberkati air tersebut di menyuruh isteri saya minum air tersebut dan selebihnya saya minum air, sambil itu Roh yang merasuk badan saya itu memarahi isteri saya “ kenapa awak tak bawa suamimu sembayang setiap minggu” jadi isteri saya terkaku nak menjawab tidak tahu nak cakap apa-apa, seketika itu selepas Roh yang merasuki tubuh saya marah isteri saya, dalam keadaan separuh sedar kena rasukan Roh tersebut, Roh tersebut berpesan kepada saya “saya akan tinggalkan tangan kanan saya ini untuk menyembuhkan diri kamu, keluarga kamu dan menyembuhkan orang lain yang memerlukan bantuan, bantulah orang dalam kesusahan demi nama Tuhan Yesus Kristus, itulah pesanan yang saya teringat-ingat sampai hari ini, sebelum saya sedar dari rasukan itu saya melihat ilusi diri saya tengah berdiri di sebuah gereja memakai baju keputihan dan berselempang hijau seperti dipakai oleh paderi dalam melakukan sembayang, saya lihat diri saya tengah menunggu jemaah datang ke gereja untuk sembayang, saya nampak betul-betul gereja tersebut seperti Mout Hossana Chapel sepeti digambarkan diatas dan selepas saya melihat ilusi tersebut saya pun tersedar sepenuhnya dari pengsan, dan saya terpingga-pingga dan menanyakan isteri saya dimanakah saya
berada sekarang, isteri saya bagitahu saya kita berada di Rumah Sakit Angkatan Tentera, 2 BN Ubat Kluang, Johor, dan isteri saya memaklumkan kepada saya, saya pengsan Ibarat putus nyawa selama 3 jam dari pukul 11.00am sehingga 1.00pm dan badan saya meracau-racau kena kerasukan, doktor pun tidak tahu nak buat apa, kata isteri saya kepada saya.
Masa pun berlalu dengan cepat, dalam masa pukul 3.00pm doktor mencadangkan dan menasihatkan supaya saya dihantar ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom Kluang johor untuk rawatan susulan dan rawatan pakar kerana doktor di Rumah Sakit Angkatan Tentera tidak ada kepakaran dalam kes ini, saya dibawa ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom Kluang johor dengan kenderaan Ambulen dan saya terus didaftarkan di Wad Kecemasan, sesampainya saya di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom Kluang johor, saya dimasukan air dalam badan, katanya saya kurang air dalam badan. Dalam masa saya masuk Wad bermacam-macam Doktor dan jururawat bertanyakan dan melawat saya bertanyakan apa penyakit saya hidapi, banyak mereka berkata kes semacam saya ini kebanyakanya berlaku di luar Negara katanya, ada yang percaya akan apa yang ceritakan dan ada juga tidak percaya dengan kes yang berlaku pada saya ini kerana kata mereka kes ini jarang berlaku Malaysia.
Keesokan paginya semasa berada di Wad Kecemasan tersebut saya didatangi oleh seorang doktor pakar iaitu doktor sakit jiwa bermacam-macam soalan yang ditanya kepada saya, soalan pertama ditanya ialah tentang sejarah keluarga saya, adakah keluarga saya pernah terjadi macam kes ini, jadi saya jawab tak pernahlah, dan soalan yang diajukan kepada saya yang memang bagi saya tak logik akal. Doktor memberitahu saya bahawa banyak kes yang diuruskan oleh dia, kes macam saya, berbuat-buat gila kerana nak berhenti Tentera katanya, semasa saya tengah rancak bersembang tentang sejarah saya dan keluarga saya isteri saya sampai melawat saya, isteri saya juga disoal oleh doktor pakar tersebut bertanya akan benda yang samalah dengan isteri saya tentang sejarah saya, sama ada saya ada tekanan rumah tangga atau tempat kerja, isteri saya lantang menjawab, isteri saya mengatakan hal ini tidak pernah terjadi dalam hidup kami. Malam kedua semasa saya tengah tidur lena di katil Wad tersebut saya terdengar doktor dan jururawat tergesa-gesa menyelamatkan satu pesakit yang tengah tenat, nyawa dalam keadaan lima puluh lima puluh, penuh seluruh tubuhnya dengan wayar untuk membantu menyelamatkanya, selepas beberapa minit kemudian saya dengar bunyi bip…….berpanjangan. Saya tengok doktor mengelengkan kepala semacam putus asa, semasa saya tengah melayan mata di atas katil
Wad tersebut saya ternampak satu ilusi saya lihat Roh orang yang baru meninggal tersebut melayang-layang diudara seakan-akan terbang dan sekeliling hospital tersebut saya lihat macam api yang menyala terang saya ingat lampu hospital jadi saya pun menutup matalah takut akan kejadian tersebut. Hari yang kedua sekali lagi saya masuk bilik X-ray untuk melihat seluruh badan saya, katanya takut ada ganguan otak dan takut pernah terjatuh katanya setiap apa yang dilakukan oleh doktor untuk merawat, ternyata tidak ada sakit dan masalah yang saya hadapi, katanya saya normal, tidak ada sakit dan mental ok katanya ternyata katanya ajaib, doktor berpuasa hati dengan keadaan saya.
Setelah 1 minggu saya tinggal di hospital saya pun dibenarkan keluar, setelah saya keluar hospital saya pun telefon adik saya yang tinggal di kuala lumpur dia memberitahu saya ada tempat untuk berubat, tetapi katanya hamba Tuhan ini berubat menggunakan kaedah rawatan kristian katanya seorang pastor dari seberang, dia kristian Katolik, jadi adik saya pun menghubunginya dan membawa satu air botol mineral water kepada hamba Tuhan itu dibertati olehnya dengan doa menggunakan bahasa Roh, dan dia membuat air berkat itu untuk diminum dan untuk tujuan kesembuhan katanya, dia menyuruh pastor tersebut membuat air berkat tersebut, kebetulan itu juga adik saya akan datang ke kluang untuk menghadiri kursus bakal PTTK RAJD, jadi dia bawah sekali air berkat tersebut dan menghantar terus ke rumah saya, Hamba Tuhan tersebut memberi air berkat tersebut dan memberi satu pesanan kepada saya supaya semasa hendak minum air berkat tersebut perlulah membaca doa “ Doa Bapa, Salam ,Maria tiga kali dan Doa untuk mohon kesembuhan kepada Tuhan Yesus Kristus, itulah doa yang saya selalu amalkan semasa minum air kesembuhan atau berkat tersebut, malam pertama saya minum air berkat tersebut esok paginya saya bangun dari tidur saya, saya lihat badan saya berpeluh semacam mandi dan saya batuk kahak yang sangat busuk, lepas kahak tersebut keluar dari mulut saya, saya tidak batuk lagi dan saya pun menyuruh isteri saya minum air berkat tersebut, kejadian yang sama juga belaku, kahak busuk dan badan basah ibarat macam mandi, kata hamba Tuhan yang menyembuhkan saya itu berkata “Racun santau tersebut keluar dari badan awak kerana kalah dengan air berkat yang diberkati” dan doa yang dilafaskan dari mulut kita amatlah berkuasa segala kuasa jahat, segala kutukan dan kuasa gelapan akan kalah dengan Doa Bapa katanya kepada saya. Setelah itu saya berasa sihat dan bertenaga hendak bekerja dan hidup dengan aman,
Satu hari dalam keadaan yang tenang di ruang tamu sambil rehat saya berpikir sejenak tentang kejadian yang berlaku pada saya, saya berkata dalam fikiran saya. Sememangnya Tuhan Yesus Kristus itu sentiasa ada semasa kita sihat dan sakit, dan Dia sentiasa sentiasa tinggal dalam diri kita walapun kita jauh dari dia, dia akan datang menyelamatkan anak-anaknya yang sesat. Tuhan Yesus Kristus Memang wujud dan memang nyata cuma kita tidak dapat melihatnya dengan mata. Hidup awak ibarat nabi Yunus yang lari dari Tuhan dan dimakan oleh ikan paus yang besar dan tiga hari tiga malam dia berdoa meminta tolong dengan Tuhan barulah ikan paus tersebut memutahkan dia keluar dari nyawa ikan” sumpama inilah yang dilafasakan oleh Rev Johne Chan kepada saya semasa saya berceritakan kepadanya tentang kisah saya ini” ini kerana saya kalau boleh nak lari dari Tuhan tetapi Tuhan sentiasa akan mencari dombanya yang sesat.
Minggu pertama saya membawa ahli keluarga saya sembayang hari ahad di gereja st. lukes church kluang, sampai saya di gereja tersebut saya disambut oleh Rev Johne Chan dan Sister marry isteri, Rev johne Chan dan keluarganya bertanya kepada saya “ lama tak nampak datang gereja untuk sembayang” saya senyum sahaja dengan kata Rev Johne Chan, selepas selesai kebaktian, saya berjumpa Rev Johne Chan dan bercerita tentang keadaan saya sebenarnya kenapa saya lama tidak datang untuk sembayang, dia berpesan kepada saya;
“ Percayalah kepada Tuhan Yesus kristus dan mintalah kesembuhan daripadanya kerana Dia sahaja yang Maha tahu” sembahlah Dia seumur hidupmu kerana Dialah yang menyelamatkan kamu”
Setelah itu saya pun mula bergiat sepenuhnya dalam pelayanan dalam gereja yang dipimipin oleh Rev Johne Chan saya diajar dalam pelayanan, dalam menyediakan perjamuan kudus, memimpin sembayang dan memimpin pelayanan puji dan sembah, setiap hari rabu, sabtu dan ahad saya dan beberapa pemimpin diajar oleh Rev John Chan tentang Alkitab, dan mengajar cara pelayanan gereja yang sebenar, itulah jadual yang diberi kepada kami untuk belajar Alkitab, selama tiga bulan kami belajar dalam pelayanan saya pun mula pandai dalam hal-hal pelayanan dan memimpin gereja, saya amatberterima kasih kepada mendiang Rev Johne Chan dalam mengajar saya untuk melayan Tuhan Yesus Kristus, dan mengenal Tuhan Yesus Kristus. Minggu keempat Rev Johne Chan tidak dapat mengajar kami lagi kerana tahap kesihataan beliau agak tenat kerana Jantung yang dibedah tahun 2016 tidak berfungsi dengan baik dan tidak sesuai dengan badannya, kami melawat beliau semasa keadaan nya tengah terlantar dihospital dengan keadaan badannya agak lemah, dia berpesan kepada saya untuk terus memimpin gereja dan terus belajar dalam mendalami Alkitab, semasa dia dalam keadaan tenat itu hari keesokan paginya dia perpesan kepada isterinya Sister marry yii untuk menyampaikan hasratnya untuk memberi dua buah buku kepada saya iaitu buku “ Tinjuan perjanjian Lama dan Tinjauan Perjanjian Baru” dan terus belajar melayani dan belajar Alkitab. Dalam beberapa minit kami pun kehilang seorang Paderi yang kami sayang kerana Tuhan Yesus Kristus memanggilnya pulang ke pangkuan Bapa di Syurga, mayat mendiang telah disembayangkan dikampung alamanya, sebelum mayat beliau dibawa ke kampungnya sempat juga kami meratap mayatnya dan ramai juga Jemaah st.lukes church datang memberi penghormatan terakhir kepada mendiang…semoga Rohnya ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman…Amen.
Gambaran 1.3 Buku Tinjuan Perjanjian lama dan baru
Dalam hujung bulan lima saya dan keluarga balik ke sarawak untuk menyambut perayaan hari gawai seperti setiap pertengahan tahun setiap tahun, semasa di kampung emak saya mencadangkan kepada saya untuk melawat ke Mount hosanna chapel kerana ramai orang yang pergi ke sana sembuh dari penyakit dan ada sembayang kesembuhan, kami bercadang untuk pergi kesana untuk mengikuti kebaktian disana sebelum balik ke kampung untuk menyambut hari gawai bersama keluarga. Kami bergerak konvoi sebanyak 3 buah kereta, kami bergerak dalam pukul 7.00am ini kerana jadual setiap waktu sembayang dekat sana bermula pukul 10.30am, sesampai kami di Mount Hosanna Chapel kami amat bersyukur kepada Tuhan kerana sampai dengan selamat dan sampai disana sebelum ramai lagi yang sampai dekat situ, hasrat saya untuk datang ke Mout Hosanna Chapel kesampaian. Sungguh indah betul kami lihat keadaan gereja itu bentuk dia seperti tiga lilin, penduduk tempatan situ mengelarkan gereja itu “ Gereja Putih” kerana bentuknya dan warnanya yang putih. Semasa kami melangkah untuk naik ke gereja itu sungguh peliknya bentuk tangganya, setengah tak dipasang jubin setengah lagi dipasang jubin sampai ke atas bukit dimana terletaknya gereja tersebut, semasa kami melangkahkan kaki memijak tangga tersebut badan saya berasa berat, sungguh berat ibarat memikul bag yang berat, setiap langkah saya melangkah tangga itu saya kira sebanyak 100 anak tangga untuk sampai ke gereja tersebut, sampai ditangga yang ke 100 badan saya sungguh berasa ringan macam langkah terakhir tersebut berjalan dia atas angin “ada yang mengatakan pada saya bahawa segala dosa yang kita buat ini telah dilepaskan oleh Tuhan Yesus Kristus, ada penduduk tempatan mengatakan bahawa kalau terlampau besar dosa yang dilakukan oleh orang itu maka dosanya tak diampunkan dan sakitnya tidak akan sembuh, selama beberapa jam kami mengikut kebaktian di Mout Hosanna Chapel last acara ialah untuk penyembuhan kepada yang sakit dibawa oleh Father Richard Khoo, serba sedikit sejarah tentang Mount Hosanna Chapel adalah sebuah Gereja Roman Katolik yang terletak kira-kira 34KM dari Bandar Sri Aman yang memang terkenal dengan senibina unik arkitekturnya, berbentuk 3 batang lilin yang bermaksud “Trinity” melambangkan “Father, Son and Holy Spirit” dan “Jacob’s Ladder” laluan 100 anak tangga itu menurut kepercayaan penganutnya ia adalah tangga menuju ke Syurga.
Semasa upacara penyembuhan itu berlangsung saya melutut dihadapan Alter bersama-sama jemaah yang sakit untuk meminta kesembuhan itu, setiap persakit yang datang melutut dihadapan Alter itu akan ditanya oleh Father Richard Khoo untuk beliau berdoa dan membuat penyembuhan, semasa giliran saya, saya memberitahu Father Richard Khoo dan bercerita apa yang berlaku kepada saya dan last sekali saya memberitahu Father Richard Khoo bahawa sebelum saya terbangun dari pengsan itu saya berdiri di tangga terakhir Mount Hosanna Chapel dengan memakai jubah putih dan berselendang hijau menunggu jemaah datang untuk sembayang pada hari ahad seperti yang dilakukan oleh setiap paderi setiap ahad pagi menunggu jemaahnya datang sembayang, beliau terkejut dan seakan tidak percaya dengan apa yang saya ceritakan dan dia bertanya kepada saya, dari aliran kristian apa saya membalas pertanya beliau mengatakan bahawa saya Kristian Anglican, beliau memanggil sister yang bertugas dan memberitahu pekara itu kepadanya sister tersebut juga terkejut dan mengatakan hal sedemikian tidak pernah berlaku di Malaysia kecuali luar negara katanya, dan beliau memberi pesan kepada saya supaya “melayani, memimpin gereja dan belajar supaya saya dapat mencari apa yang sebenarnya disebalik pesan Tuhan tersebut”.
Semasa saya mengikuti kebaktian di gereja ini saya sungguh tenang dan aman dari kesibukan dunia dan saya merasakan diri saya sungguh dekat dengan Tuhan Yesus Kristus, sungguh tenang jiwa, raga saya dan tubuh saya, seakan tubuh dan roh saya melayang-layang semacam berada di satu tempat yang suci. Sebelum bergerak balik ke kampung, saya sempat berdoa dia rumah suci Maria.
Gambar 1.4 Keadaan sebenar di dalam Mount Hosanna Chapel
Setiap balik ke sarawak saya mesti akan singgah di Mount Hosanna Chapel untuk mengikuti kebaktian di gereja ini untuk mencari sebenarnya pesan Tuhan kepada saya ini dan mencari kebenaran, selepas habis cuti gawai kami sekeluarga pun balik ke kluang, johor untuk memulakan kerja saya, dalam bulan tujuh selepas itu saya mendengar bahawa Father Richard Khoo telah kembali kepada bapa, saya ingat baru nak jumpa beliau untuk kali ke 2 pada musim perayaan gawai akan datang, tetapi hasrat tak kesampaian, saya berhasrat untuk meminta pandangan beliau untuk tentang hal tersebut, saya pernah memberitahu isteri saya bahawa saya akan mencari jawapan tentang pesan ini dan kejadian ini kepada paderi yang berpengalaman dalam hal-hal ini. Semasa dalam satu seminar yang saya ikut di gereja Agape di kluang, saya bertanya kepada salah seorang pencerah tersebut iaitu Pastor Alfred Tais dan saya menceritakan kisah saya yang terjadi kepada saya dan macam mana saya hendak mencari jawapan ini, jawapan yang sama juga yang diberitahu beliau kepada saya;
“ Kamu kenalah melayani Tuhan, memimpin Geraja dan belajarlah dan carilah, jawapannya ada pada Tuhan Yesus Krsistus kerana dialah yang Maha Tahu”
Sampai sekarang saya teringat akan pesanan itu dan saya melayani gereja sampai sekarang dan terus belajar Alkitab, beberapa bulan kemudian saya mendengar Pastor Alfred Tais pulak pulang kepada Bapa Yang ada disyurga, saya sungguh sedih akan perkabaran ini kerana dia hamba Tuhan dan penceramah yang banyak pengalaman dalam pelayanan beliau.
Dalam beberapa bulan sesudah saya melayani di gereja st lukes kluang johor, giliran sister marry yii dan keluarga transer ke st. Mark seremban negeri sembilan, semasa sister marry transer ke sana saya telah dipertanggungjawabkan supaya memimpin gereja dan mendirikan sembayang digereja tersebut. Menunggu sebelum penggantinya sampai, sungguh sedih kami rasakan kerana beliau transfer disebabakan kami sudah lama bersama dengan beliau sekeluarga, Banyak kenangan yang kami hadapi semasa mendiang Rev Johne Chan hidup yang tidak dapat kami lupakan sampai bila-bila, segala urusan gereja semuanya terletak dia bahu saya dan beberapa orang pemimpin lain lagi iaitu Lay-reader Musa dan Lay reader Danny, dan setiap minggu (Archdeacons southern) Ven. Edward M john datang untuk bersama kami dalam perjamuan kudus dan beliau juga meletakan tanggungjawab untuk menjaga dan mentadbir gereja kepada saya dan pemimpin lain sementara pengganti sister marry yii sampai.
Gambar 1.5 Gambar rakan seiman
Selama 6 bulan saya memimpin dan mentadbir gereja, kami sangat bersyukur kerana akan mendapat seorang lagi hamba Tuhan yang datang dari jauh dari gereja Cameron Highlands dari gereja All Soul’s Church Cameron Highlands iaitu Rev James Ming Sabaran, dengan kehadiran beliau akan merancakan lagi gereja kami ini. Dengan kehadiran beliau dalam gereja st. Luke’s membangunkan lagi semangat kami serta jemaah gereja, ini kerana selama 3 bulan juga gereja kami terbiar tidak ada paderi memimpin dan membimbing kami. Banyak aktiviti gereja yang kami lakukan tergendala kerana tanpa padri semua aktiviti ini perlu ada kelulusan daripada paderi, sebab kami tidak mahir dalam mentadbir dan menguruskan aktivit gereja dan kewangan gereja pun perlu paderi yang meluluskan. Dengan kehadiran Rev James Ming Sabaran saya lebih dapat mendalami pelajaran Alkitab, dia memimpin kami dalam kelas yang disediakan beliau setiap malam rabu dan sabtu. Kami belajar dengan Rev James Ming Sabaran, dia seorang yang banyak ilmu dalam mendidik kami dalam segala pelayanan, kami amat berterima kasih kepada beliau dalam mendidik kami ke arah ajaran Tuhan.
Gambar 1.5 Gereja St. lukes Kluang Johor
Setiap tahun kami akan terlibat dengan misi penginjilan, antara misi yang selalu kami lakukan setiap minggu ialah melayan gereja di mersing, st.Luke Kulai, dan pelayanan di gereja St. Crestoper johor (Archdeacons southern) Ven. Edward M john memberi kepercayaan kepada saya dalam pelayanan dan mendorong serta mengajar saya dalam melayani geraja dan Malayani Tuhan Yesus Kristus, dia selalu mengarahkan saya dan keluarga untuk melayani gereja st. Paul Mersing, setiap minggu ketiga saya dan keluarga melayani jemaah disana, saya dan keluarga sangat disukai oleh jemaah gereja St. Paul mersing kerana pelayanan kami di sana. Setiap setahun sekali kami akan melakuakan misi ke sarawak untuk pelayanan disana, saya selalu diajak oleh (Archdeacons southern) Ven. Edward M john untuk melayani dan mengikut misi ke sarawak. Dalam setiap pelayanan yang kami itu, saya sangat seronok kerana boleh berdoa bersama dan melayani Tuhan yesus Kristus.
Gambar 1.6 Mision ke St. Thomas Kuching Sarawak
Banyakjuga pengalaman yang saya alami dan pada 2017 saya telah mengikut kurus pelayanan yang dianjurkan oleh STM dan Anjuran gereja-geraj Anglican Bahasa Melayu dan orang asli yang kali pertama dianjurkan di Teluk batik, Perak antara tenaga pengajarnya ialah Ven. John kennedy, Ven. Canon Jacob George John, Rev junining Babian, Rev James Ming, Rev Doding dan Dss Dr Tan swee Bee merekalah yang banyak mengajar kami dalam pelayan serta mendidik kami dalam mendalami Al-kitab dan memberi pengalaman kepada kami menjadi seorang pemimpin yang berjaya, bertanggungjawab dan menjadikan kami orang percaya serta hidup menjadi anak Tuhan.
Gambar 1.7 Kursus Lay-Reader anjuaran BM dan AO (Anglican)
Akhir sekali pesanan saya kepada kawan-kawan, dan saudara saudari yang masih lagi tidak mengenal Tuhan, percayalah Tuhan itu sentiasa ada dimana-mana kita berada, manakala kepada yang telah percaya Tuhan Yesus Kristus teruskanlah pelayanan anda semua kerana setiap pelayanan yang kita buat akan dikira semasa kita Dihakimi di depan malaikat-malaikat dan Tuhan Yesus Kristus, Dia sentiasa menonton kehidupan kita, dimana-mana kita bersembunyi Tuhan akan ada walaupun kita dalam keadaan susah dan senang, dia menonton setiap perbuatan kita didunia ini, layanilah Tuhan Yesus Kristus kerana Dia adalah Tuhan yang Maha pengampun dan Dia sanggup mati di atas kayu salib kerana ingin menebus dosa-dosa kita. Seperti yang tertulis dalam Alkitab. ( Buku Yohanes Bab 14 Ayat 6)
"Akulah jalan dan kebenaran dan kehidupan. Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku”
Kesaksian Oleh: Wilfred William
Shalom boleh doa semoga sakit saya sembuh. Saya kagum dengan cerita awak ni. Sekiranya awak nampak komen saya boleh awak balas