Shalom!
Berikutan mukjizat pertama yang di naiksaksikan oleh pak Chita, maka terbukalah mata hati kami tentang hakikat kebenaran ajaran Tuhan Yesus pada muridNya , dulu dan kini.
Seterusnya lagi, kisah mukjizat dan usaha Tuhan Allah di Carey
.
Isteri Chita bernama Ambon ada jatuh sakit dan perlu bantuan untuk di hantar ke klinik di pelabuhan Klang. Pada waktu itu jerebu tebal menyelubungi nusantara dan Semenanjung. Di Pulau Carey, jerebu begitu tebal sehingga terbau asap pedih dan minyak tanah meresap ke dalam kereta walaupun tingkap tertutup. Hampir semua anak muda serta seisi keluarga di kampung turut sakit , batuk, lelah dan demam.
Ketika menghala ke kampung waktu jerebu, saya amat sedih dan mengeluh, memikirkan situasi anak- anak yg sakit. Belikan ubatan sebanyak mana pun tiada gunanya jika jerebu masih mengkapankan kampung.
Semasa saya mengeluh, Tuhan Yesus berbisik di hati saya,
"Nak! Apa yang aku pesankan tentang iman yang sebesar biji sawi?"
Saya di ingatkan firman di injil Matius 17:20 AVB
Yesus menjawab, "Ini kerana kepercayaanmu tipis. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, sekiranya kamu mempunyai iman sebesar biji sawi, kamu dapat ucapkan kepada gunung, 'Beralihlah ke situ!' maka bukit itu akan beralih. Tidak ada satu pun yang mustahil bagi kamu.
Saya masih sangsi dan menjawab,
"Tuhan! Itu dulu ....itu gunung! Batu boleh angkut! Ni sekarang! Ni asap di angkasa ni macam mana boleh!"
Tapi Tuhan menjawab," Kan dah aku firmankan? Habis! Kau Tunggu apa lagi?Bikin lah!"
Dengan ketakutan dan separa percaya saya membisik,
"Dalam nama Tuhan Yesus, aku perintahkan jerebu tebal ini alihkan diri dari angkasa dan mendap ke dasar laut!😱
Amin!!"
Selepas itu, saya sampai dan masuk ke kawasan kampung yang berteduhkan pohon sawit untuk membawa mak Ambon ke klinik.
Apabila, kami sampai kembali ke jalan besar di mana tiada pohon , saya sedar bahawa pagi dah terang terik disinari suria. Tiada langsung jerebu lagi di pulau Carey dan disepanjang jalan ke pelabuhan Kelang yg jaraknya 20km.
Kami semua hairan dan kagum atas keajaiban, karunia dan kepimpinan Allah Maha Esa!
Kehebatan Allah jauh melebihi kemampuan kita dapat sangkakan.
Mulai hari itu juga, mak Ambon dan pak Chita mula gelarkan kami anak!
Segala Puji syukur pada Tuhan Allah Bapa, Anak dan Roh Kudus!
Amin!
Banyak lagi perbuatan hebat yg Tuhan Yesus lakukan. Ini salah satu darinya
Yohanes 1:4â€-‬5 AVB
Hidup ada dalam-Nya, dan hidup itu cahaya manusia. Dan cahaya itu bersinar dalam kegelapan, dan kegelapan tidak menguasainya.
Tuhan telah membukakan mata saya. Tuhan kami bukan sekadar lakukan mukjizat pada zaman penulis Alkitab. Akan tetapi TUHAN kami masih melakukan mukjizat hari ini. Haleluya!
Teruskan koleksi cerita dari P Carey! Sgt membina iman!! Tksh!
Puji Tuhan ! Tuhan kita adalah Tuhan yang baik.