Pada waktu mula-mulanya ke Pulau Carey, kami dijemput ke rumah pak Chita untuk belajar tentang Yesus. Rumahnya dibuat dari papan lapis terpakai, bertiang batang bakau dan beratap daun nipah. Belum adanya bekalan elektrik di kampong itu pada ketika itu.
Kami menjamu Firman Tuhan di serambi rumah pak Chita bersama anak-anak,cucu dan cicitnya.
Firman Tuhan yang kami dengar petang itu dari injil Markus 4:35-41; Yesus redakan badai. Saya memohon mereka hafal dan ingatkan kisah itu, kongsikan dengan yang lain, dan kami akan imbas kembali pelajaran tersebut dalam minggu yang akan datang. Pada hakikatnya, saya sangsi sama ada akan diperlakukan.
Minggu kemudiannya apabila saya tanyakan sekiranya adakah mereka ingat lagi pelajaran minggu lepas, dan pak Chita dengan senyumnya berikan kesaksiannya.
Kesaksian Chita: “Beberapa hari lepas, saya dengan isteri saya menaiki perahu dan ke laut untuk mencari rezeki dengan menjaring ikan. Cuma dua ekor ikan tak seberapa besar hasil titik peluh kami. Cuaca mulai mendung dengan angin dan ombak kuat melanda kami, hujan lebat mengisi perahu dan saya tak nampak lagi persisiran pantai untuk dapatkan teduh. Saya terfikir mungkin hari ini saya dan isteri saya sudah sampai ajal. Tapi saya teringat pelajaran minggu lepas dan saya berdoa pada Tuhan Yesus, lalu mengucapkan supaya dalam nama Yesus rebut badai akan reda. Dengan itu, Chita henti bercerita dan senyum.
Saya : Apa yang berlaku selepas itu pak? ( Jantung saya laju berdegupan)
Chita : Ribut tu redalah! Laut jadi tenang dan saya dapat nampak jeti kampong saya. Bila sampai ke jeti, peraih ikan Cina ada menunggu saya walaupun dah senja. Dia belikan dua ekor ikan kecil hasil tangkapan saya tu dengan harga RM100. Tuhan selamatkan kita serta sampaikan rezeki …. katanya bersenyum dengan kenampakan gusinya .”
Saya teramat kagum sekali mendengarkan kesaksian firman Tuhan beraksi hidup zaman kini dan bukan setakat tertulis sahaja. Sewaktu kami semua bersekutu memuji Tuhan, Roh Kudus berbisik di hati saya dengan ayat penghujung pelajaran tersebut:
Yesus berkata pada murid Nya “Mengapa kamu begitu takut/sangsi? Mengapa masih belum percaya?
Tuhan Yesus adalah Firman hidup dahulu, kini dan selamanya…... tak akan berubah.
Hi Paul. Kesaksian hebat. Saya baru di KD. But i know you. Mungkin u tak ingat saya, tapi saya ingat you. Tuhan berkati
Wow, such a powerful kesaksian! Puji Tuhan!
hallelujah, seluruh kepenuhan Allah berdiam dengan sempurnanya di dalam Yesus Kristus. "jangan takut, percaya saja".
Amen
Amen ! Markus 10:27 AVB Sambil memandang mereka Yesus menjawab, "Bagi manusia hal itu mustahil, tetapi tidak bagi Allah; tidak ada satu pun yang mustahil bagi Allah."