Akan tetapi, Musa berkata kepada Allah, "Siapakah hamba-Mu ini sehingga hamba harus pergi menghadap Firaun dan membawa orang Israel keluar dari Mesir?" - Keluaran 3:11
Pada 30 August 2019 ketika Tuhan memberikan kepastiaan tentang panggilan-Nya, saya seperti Musa juga bergumul dengan masalah identiti diri. Fokusnya hanya tentang kelemahaan, kekurangan diri dan keluarga, ketidakmampuan, tidak yakin ketika berbicara dengan orang lain sehinggakan yang terkadang apa yang dibicarakan disalah ertikan. Siapakan aku ini Tuhan? Jika tanpa perkerjaan Roh Kudus yang membulatkan hati untuk percaya, tidak mungkin saya mampu menyaut panggilan tersebut.
"Akulah Aku," jawapan Allah kepada Musa. Tuhan tidaklah menyatakan sama seperti yang di katakan kepada Musa, tetapi maksudnya adalah sama, iaitu penyataan tentang siapa diri Allah. Tuhan kita sangatlah personal, kini telah hampir tiga tahun berlalu banyak penwahyu atau penyataan peribadi-Nya dinyatakan secara khusus dalam hidup ini dengan pelbagai cara melalui perkerjaan Roh Kudus. Kesannya membawa iman saya ke tahap demi tahap yang tinggi.
Selepas cuti Gawai yang panjang di kampung, saya mengalami deman dan batuk yang panjang hampir seminggu. Joyce dan Eldad juga turut serta demam. Daripada pengalaman diri, saya bukan jenis yang mudah demam ataupun deman panjang, malah ketika rawatan dahulu saya tidak pernah demam. Oleh kerana demam yang teruk, fizikal, emosi saya terganggau sehinggakan mempengaruhi hubungan saya dengan Tuhan. Roh diri mulai lemah dan lelah, mudah untuk menuruti keinginaan diri daripada menyenangkan hati Tuhan.
Pada Khamis 23 Jun 2022, dua minggu lalu, seperti kebiasaan saya menghadiri ibadah tengahari di kampus, hanya datang dengan fizikal yang belum segar sepenuhnya roh yang lesu. Ketika lagu penyembahaan dinyanyikan dibahagian lirik "menyintai-Mu Tuhan sepenuhnya"(bahagian ini suara saya kecil, kerana saya malu kepada Tuhan), tetapi di lirik "hidup untuk-Mu selamanya", suara ada sedikit lebih kuat. Kerana itu memang mimpi ku.
Tiba-tiba, tanpa saya duga ada kuasa hadirat Allah turun menjamah yang membuatkan air mata saya mengalir. Jamanan Roh Kudus itu bukannya penyegar biasa, tetapi sebuah pengurapan yang memberi impak yang besar kepada perubahan fizikal(disembuh dari demam), emosi, jiwa dan roh saya. Urapan tersebut memberi impak seperti dalam Roma 8 dan Isaiah 10:27(KIV) ...and the yoke shall be destroyed because of the anointing. Ada kekuatan oleh Roh Kudus untuk melawan keinginan daging, membawa kepada fasa hubungan yang dengan Tuhan lebih intim dan visi yang lebih besar. Allah yang mengurapi.
27 Jun sehingga 1 Julai lalu(Isnin hingga Jumaat) kami ada kursus kajian alkitab induktif yang sangat mengubah cara pandang kami terhadap alkitab yang lebih terperinci sehinggkan mengubah hati dan membesarkan iman.
Hari Khamis dan Jumaat kami banyak mengkaji, merenung dan berbincang lebih mendalam tentang kitab 1 Raja-Raja, kerajaan dan raja-raja Utara & Selatan, Raja Ahab dan juga Nabi Elia. Petang Khamis tersebut saya mulai larut dalam wahyu Tuhan kerana Roh Kudus mulai berbicara kepada saya tentang peribadi Allah Israel, Abraham, Ishak dan Yakub. Di akhir kelas tengahari Jumaat, saya berjabat tangan mengucapkan syukur kepada Tuhan dan terima kasih kepada pengajar Dr. Loh Kim Cheng. Di akhir ucapan tersebut muncul rasa kagum yang indah sehingga air mata mengalir dan tanpa diduga keluar dari mula saya perkataan, Allah Kita Berdaulat!
Begitulah awal semester dua ini, bagaimana cara Allah oleh Roh Kudus menyatakan peribadi-Nya secara khusus untuk siapa diri saya.
Allah yang menyertai dengan kesempurnaan. Dengan sukacita, saya juga rindu untuk mengongsikan peribadi Allah yang selama hampir tiga tahun ini Dia nyatakan, agar iman saya dan keluarga dipelengkapi untuk panggilan yang mulia dan kudus. Ketika kami sekeluarga balik ke kampung isteri di Kapit, kami mengunakan Saga FLX melalui laluan balak dan jalan tanah merah yang dimata orang kampung sangat mustahil, hanya kenderaan 4X4 saja mampu. Tetapi sekali lagi, saya dengan isteri merasakan Allah dalam kesetiaan-Nya menunjukkan peribadi-Nya sebagai Allah yang menyertai dengan kesempurna. Kami sekeluarga selamat pergi dan balik mengunakan Saga FLX.
Allah yang bertanggungjawab, seawal 2020 Roh Kudus berbicara dari firman-Nya bagaimana Allah yang memanggil dan bertanggungjawab memelihara Abraham.
Allah yang cemburu, ketika saya membaca Hosea Roh Kudus sangat kuat mengungkapkan perihal memiliki persekutuan intim dalam hadirat-Nya. Roh-Nya sangat kuat dirasai cemburu jika perkara lain lebih penting kedudukan Dia adalah Allah dan Raja dalam hidup.
Aku milik kepunyaan Allah, ketika saya bangun pagi lirik lagu Kumiliki Mu(JPCC) muncal dalam hati saya, padahal saya tidak pernah mendengar lagu yang telah lama keluar 2017. Allah menunjukkan hidup saya milik Dia secara multak.
Allah yang boleh dipercayai. Ketika 2021, ketika kuliah bermula secara zoom, Roh Kudus sentiasa menguatkan hati melalui Mazmur 121:1-2 Aku mengangkat mataku ke bukit –dari manakah datangnya pertolongan untukku? Pertolongan untukku datang daripada Tuhan, yang menjadikan langit dan bumi. Itu sebuah jaminaan yang sempurna.
Jiwa dan rohku sungguh rindu untuk mengenali, hidup dalam persekutuaan intim dan melayani Allah yang berdaulat sampaikan hubungan yang "saling mempercayai".
TUHAN MEMBERKATI
***nantikan kesaksian yang lain menyusul.
Sangat diberkati oleh perkongsian ini