Saya sedang bersarapan bersama ahli keluarga saya apabila seseorang menyebut tentang kenalan kami yang enggan datang ke gereja kerana berasa penuh dengan dosa dan tidak layak untuk berada dekat dengan Tuhan.
Mendengar hal itu, saya terdiam, merenung sejenak. Saya teringat suatu masa dahulu, saya berasa sangat jauh dari Tuhan, hingga berdoa sahaja terasa seperti seorang yang munafik. Setiap kali saya ingin berdoa untuk sesuatu, suara keras di fikiran saya berkata,
'Kamu munafik! Kamu tidak berdoa pun apabila kamu makan! Sudah berbulan-bulan sejak kali terakhir kamu berdoa. Sekarang, apabila keadaan menjadi sukar, kamu mahu meminta pertolongan Tuhan? Alangkah hebatnya kemunafikan kamu! Adakah kamu fikir Dia akan mendengar doa kamu? Dia tidak akan!'
Suara itu sangat kuat sehingga terasa seperti ada orang bercakap terus ke telinga saya.
Pada suatu hari, seseorang menjemput kawan saya dan saya ke gerejanya, yang mana kami terima dengan senang hati. Gereja ini kecil, dengan kurang daripada 20 jemaat. Pada hari itu, seorang pengkhutbah dari luar negara telah dijemput untuk menyampaikan khutbah. Apabila panggilan altar diadakan, saya pergi ke hadapan, kerana saya berasa malu untuk tetap duduk apabila semua orang kelihatan menuju ke hadapan.
Pengkhotbah meletakkan tangannya di atas kepala saya dan berkata,
'Tuhan berkata, Aku mengashimu anak Ku (I love you my daughter).'
Pada ketika itu, saya merasakan kehangatan menjalar di dada saya dan air mata mengalir di pipi saya. Perasaan kekosongan yang saya rasakan sebelum ini kini hilang! Saya berasa segar dan dikasihi!
Perkara ini berlaku beberapa tahun lalu semasa saya masih menuntut di universiti tempatan.
Kemudian aku mendengar suara lantang berkata di syurga,
"Sekarang penyelamatan, kekuatan, kerajaan Allah kita,
dan kuasa Kristus-Nya telah tiba;
kerana penuduh saudara-saudara kita,
yang telah menuduh mereka siang malam di hadapan Allah kita
telah disingkirkan.
(Wahyu 12:10)
Kepada yang selalu merasa tertuduh atas semua kesilapan dan dosa masa lalu, Tuhan berkata,
'Pulanglah wahai anak Ku, Aku mengasihimu' ❤️