Berapa bulan lalu, saya bercerita panjang dengan seorang teman seperjuangan NPC stage 2 tentang pengalaman ketika dia melalui rawatan. Dua bulan lebih dia tinggal di hospital, oleh kerana tertekan, dia pernah mengamuk menghalau doktor ketika doktor datang ke katilnya. Hari yang ke-14 dia mahu balik, tidak mahu teruskan rawatan. Isterinya terpaksa ugut dia, jika tidak mahu teruskan rawatan mahu diceraikan(ugutan sayang). Oleh kerana tidak mampu menelan makanan atau minuman, 3 kali dia melalui proses memasukkan tiub(untuk minum susu) melalui hidung sampai berdarah-darah hidungnya. Oh.....tidak mudah‼️
Sebelum memulai rawatan, perkara yang paling saya takuti adalah kesan sampingan yang teruk. Terutamanya apabila mendengar pengalaman teman seperjuangan seperti terpaksa masuk tiub kerana tidak boleh menelan apapun(air liur pun susah ditelan) kerana kesan radiotherapy. Begitu juga ada mengalami tabiat tidur yang tidak normal, seperti terpaksa tidur duduk dan banyak lagi kesan sampingan yang membuat takut untuk melakukan rawatan.
Apabila saya bandingkan dengan pengalaman dia, saya sangat bersyukur tidak seteruk seperti yangg teman-teman lalui. Saat melalui rawatan, semangat juang dari Roh Kudus sangat nyata. Mazmur 91:1-16 menjadi sandaran iman dalam doa, terutamanya...Walau seribu orang rebah di sisimu, dan sepuluh ribu di sebelah kananmu, tetapi itu tidak akan menimpamu. Hati saya dikuatan, Firman Tuhan ini akan berkerja, pengalaman orang yang membuat hati gentar tidak akan terjadi kepada saya. Begitu juga banyak lagi Firman Tuhan sangat nyata terjadi ketika melalui lembah kekelaman, kerana gada-Mu dan tongkat-Mu, itulah yang menghibur aku.
. Terima kasih semua untuk doa, support. Tuhan Pasti Memberkati.
Puji Tuhan
Amen Bro Yannes, Tuhan sangat baik!
Tuhan itu Baik
Haleluya! Ternyata sandaran anda pada Firman TUHAN yang memberi kekuatan dan hiburan. Sangat mendorongkan. Semoga TUHAN memberkati sharing anda.
Wow .. kesaksian yang powerful ..