Kisah benar terjadi di kehidupan saya......
Selama 2 bulan saya telah bekerja sebagai jurujual Air Soya dan Tau Fu Fa berhampiran tempat tinggal saya, oleh sebab sekarang MCO dan bisnes tidak berapa bagus, dan majikan buat keputusan untuk berhentikan beberapa pekerja dari situ dan saya telah diberhentikan kerja pada 12 Julai 2021. Dari hari itu saya bersungguh-sungguh dan berusaha mencari pekerjaan sudah beberapa pekerjaan yang saya mencari termasuk mencari pekerjaan di dalam online, tetapi hanya satu pekerjaan yang memanggil saya untuk temuduga sebagai tukang potong ayam / ikan di sebuah pasaraya, masa saya mohon juruwang, oleh sebab tiada kekosongan dan ada kekosongan hanya jawatan itu, lepas temuduga tiada jawapan dalam beberapa hari. Pada 27 Julai 2021 pagi terjaga dari tidur, ada panggilan tak dijawab dan saya pun telefonnya tersebut, ternyata panggilan dari LuLu Hypermarket yang telefon saya tadi dan katakan dia ada terima Resume saya dan suruh saya datang temuduga pada 29 Julai 2021. Selepas tamat panggilan dan pada petang itu saya terus mencari lokasi tempat yang hendak temuduga sambil beli belah disana. Pada 29 Julai 2021 sebelum ke sana tempat untuk temuduga, hati saya berkata, yang temuduga berhampiran tempat tinggal tidak ada jawapan atau panggilan untuk masuk kerja, mungkin itu bukan kehendak Tuhan, dan Tuhan akan berikan pekerjaan dan pengalaman sesuai untuk saya sampai itu saya yakin dan percaya pekerjaan ini adalah sesuai dengan kehendak Tuhan, sebab saya sudah banyak pengalaman dalam bidang juruwang. Selepas temuduga, PUJI TUHAN! Temuduga sudah berjaya dan akan lapor diri untuk masuk kerja pada 5 Ogos 2021. Beryukurlah kepada Tuhan, sebab Kau tunjukkan Kasih SetiaNya dan Kau menyediakan yang ku perlu. Amin.
Wow ! Puji Tuhan ..