Matius 28:18-20 (AVB) 18 Yesus datang dan berkata kepada mereka, "Segala kekuasaan telah diserahkan kepada-Ku, baik di syurga mahupun di bumi. 19 Oleh itu pergilah, jadikan semua bangsa murid-Ku. Baptislah mereka dengan nama Bapa, Anak dan Roh Kudus. 20 Ajarlah mereka supaya taat akan segala perkara yang telah Kuperintahkan kepadamu. Aku akan sentiasa bersamamu, hingga ke akhir zaman.”
Semua orang memerlukan Yesus dan amanat ini adlaah untuk semua orang yang ingin menjadi murid Yesus
Apabila kita melihat konteks murid-murid Yesus pada ketika itu ialah mereka adalah kumpulan orang Yahudi dan mereka mereka memikirkan bahawa mereka adalah orang yang terpilih. Dan bangsa-bangsa lain, adalah rendah dan dibawah mereka. Ada juga bangsa yang mereka anggapkan jijik dan kotor di mata mereka. Tetapi, Yesus memberikan amanat ini untuk memuridkan semua bangsa !
Apakah “assignment” atau tugasan kita?
Jawabanya adalah senang. Iaitu pergi. “Pergi” bukanlah satu cadangan. Bukanlah satu pilihan yang boleh kita buat. It’s not optional !. Tetapi adalah satu perintah. Jikalau kita adalah anak Allah dan jikalau kita adalah murid Yesus, Tuhan mahu kita pergi.
Apakah yang harus kita lakukan?
Pergi dan memuridkan semua bangsa ! Seorang murid (disciples) akan melakukan 5 perkara:
Untuk kita mengenal Tuhan dan mengasihi Tuhan
Untuk kita bertumbuh menjadi matang di dalam Tuhan
Melayani Tuhan dengan kurnia yang telah diberikan kepada kita oleh Tuhan
Memberitakan Injil
Menyembah Tuhan dengan sepenuh hati, jiwa, kekuatan dan fikiran kita.
Dengan kuasa apa yang kita lakukan?
Bukan kerajaan negeri. Bukan perdana menteri atau menteri atau ketua kampung. Tetapi kita lakukan ini dengan kuasa yang diberikan oleh Yesus Kristus.
Apakah responsibiliti kita?
Kita haruslah memuridkan, bukan sesetengah bangsa, tetapi memuridkan semua bangsa. Tidak ada bangsa yang terkecuali. Sebab itu di dalam Wahyu 7:9, kita akan dapati, semua bangsa akan diwakili di syurga satu hari nanti.
Wahyu 7:9 (AVB) Selepas itu, aku melihat lagi. Kulihat lautan manusia, tidak terkira banyaknya, daripada segala bangsa, suku, kaum, dan bahasa, berjubah putih dan memegang daun palma. Mereka semua berdiri di hadapan takhta dan Anak Domba.
Apakah aplikasi untuk kita?
Manakah mungkin, Kita orang yang berdosa, tidak mengongsikan kepada orang lain yang berdosa bagaimana untuk diselamatkan. Kita adalah seperti orang peminta sedekah yang telah menjumpai sumber makanan. Dan manakah mungkin kita tidak mengongsikan kepada para peminta sedekah yang lain.
Yohanes 3:17 (AVB) Allah mengutus Anak-Nya ke dunia bukan untuk menghakimi dunia tetapi supaya melalui Dia, dunia ini diselamatkan.
Marilah kita menjadi seperti Kristus. Kita tidak menghakimi dan mengkritik orang lain. Tetapi marilah kita menjadi sibuk untuk memberitakan Injil kepada semua orang dan semua bangsa.
Shalom.
Oops! Missing the word NOT in the title. Great Commission is NOT an option!